Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mac 2014

Malaysia tolak tuntutan-tuntutan kontroversi Comango | Portal Islam dan Melayu ISMA

Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya bergambar di dewan persidangan PBB di Geneva Oktober tahun lepas.

Timbalan Presiden ISMA Aminuddin Yahaya bergambar di dewan persidangan PBB di Geneva Oktober tahun lepas.

BANGI, 20 Mac – Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menolak segala tuntutan kontroversi yang diusulkan gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) semasa sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva pada Oktober tahun lalu.

Pendirian negara itu dinyatakan dalam satu dokumen rasmi PBB Rujukan A/HRC/25/10/Add.1 bertarikh 4 Mac 2014 yang dinyatakan semasa Sesi Penerimaan Muktamad di Geneva hari ini.

Antara usul utama COMANGO yang mendapat tentangan ialah gesaan memansuhkan atau meminda undang-undang yang mengharamkan perlakuan jenayah termasuklah aktiviti-aktiviti LGBT, gesaan menandatangani ICCPR, ICERD (mempersoalkan Perkara 153 berkenaan hak istimewa Bumiputera dan hak hak absah kaum lain).

Antara lain ialah Artikel 18 ICCPR apabila dibaca bersama Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) adalah berkaitan hak kebebasan beragama, yang termasuk hak untuk meninggalkan agama atau murtad, serta gesaan untuk mengkaji semula sistem undang-undang syariah.

Ekoran itu, Timbalan Presiden ISMA, Tuan Haji Aminuddin Yahaya yang kini berada di Geneva bersama rombongan MuslimUpro mengucapkan syabas kepada kerajaan Malaysia kerana telah menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah Hak Asasi Manusia yang diperjuangkan oleh pihak COMANGO itu.

"ISMA yakin ketegasan kerajaan ini adalah berkat doa dan usaha semua umat Islam di negara kita.

"Dalam pada itu, ISMA juga ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa MuslimUpro (MU) kerana telah berusaha keras untuk menghalang tuntutan COMANGO ini dari diterima oleh pihak kerajaan khususnya," ujar Haji Aminuddin.

Sementara itu menurut Ketua Delegasi MuslimUpro, Encik Azril Mohd Amin, rentetan daripada isu ini, MuslimUpro kelak akan menganjurkan persidangan nasional perundingan pakar bersama ilmuwan Islam dan syariah dan pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI).

Tujuannya adalah untuk memperhalusi Dokumen Penerimaan Muktamad Malaysia bagi meneliti penerimaan yang telah dibuat dan merangka tindakan susulan syor-syor yang diperakui, serta mempersiapkan gagasan kearah pusingan ketiga UPR tahun 2017 kelak.

"Usaha ini dijalankan  adalah untuk memperkukuhkan jaringan dengan NGO Hak Asasi Manusia di Eropah serta merangka pelan bagi mengisi penubuhan Pusat Kecemerlangan Ilmu Hak Asasi Manusia yang telah diumumkan penubuhannya semasa Seminar HAM pada 12 Mac 2013 lalu.

"Pusat ini bukan sahaja akan menjalankan penyelidikan mendalam isu isu Islam dan HAM, tetapi juga akan melatih aktivis-aktivis HAM dari kalangan ahli gabungan MuslimUpro," jelasnya lagi.

http://www.ismaweb.net/v4/2014/03/malaysia-tolak-tuntutan-tuntutan-kontroversi-comango/


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate