Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Mac 2014

Jamil Khir Dedah Rahsia PM @NajibRazak Kepada Wartawan dan Bidas Pihak Perlekeh #SelawatPerdana


Jamil Khir Baharom


MUAR - Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjayamenghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.

Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Pentadbiran Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban.

"Sebagai umat Islam, sepatutnya mereka bersyukur kerana program itu berjaya menghimpun sebegitu ramai umat tanpa mengira fahaman politik, bersama-sama menunjukkan rasa cinta kepada Rasul dan taqwa kepada Allah," kata Jamil Khir ketika memberi ceramah sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Iman, Parit Bakar Laut, di sini malam tadi, Jamil Khir yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata pihak pembangkang mahu melihat program yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang menteri Kabinet beragama Islam itu, hanya dihadiri oleh beberapa ratus orang sahaja.

Pihak pembangkang melihat dari sudut yang buruk sahaja sedangkan program itu adalah untuk membina persepsi baik terhadap Islam yang kini dicemari dengan pelbagai imej negatif, katanya.

Dalam ceramahnya, Jamil Khir turut mendedahkan bagaimana seorang pemimpin badan bukan kerajaan (NGO)mempersoal kononnya pemimpin kerajaan tidak mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat MH370 yang hilang lebih dua minggu, sejak 8 Mac lepas.

"Oleh kerana didesak melalui khidmat pesanan ringkas tiga kali sehari daripada pemimpin NGO berkenaan, saya terpaksa menghubunginya dan menyatakan bahawa perdana menteri dan semua menteri-menteri kabinet serta timbalan menteri adalah kumpulan pertama mengadakan solat hajat selepas Zuhur sebaik sahaja menerima berita kehilangan pesawat pada hari Sabtu 8 Mac lalu," kata beliau.

Jamil Khir berkata beliau tidak gemar menggembar-gemburkan kerja ibadah kepada umum tetapi apabila ditekan bertalu-talu, beliau tidak ada pilihan lain selain terpaksa menghebahkannya.

"(Malah) kita bukan fikirkan orang Islam semata-mata tetapi semua penumpang dari pelbagai negara dalam pesawat itu," kata beliau sambil meminta semua umat Islam terus berdoa dengan mengerjakan solat hajat. - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejarah membuktikan...
Org yg pandai ckp, keja tarak
Ckp saja bergegar sana sini

Dan pak menteri di atas dah buktikan !
Sblm jd menteri, bergegar pentas Forum Perdana. Dah jd menteri, ada isu utama mcm syiah, isu kalimah Allah dan Comango.. mana suara dia

Stkt nakbersuara bela bomoh carpet terbang, mgknTok Najib kena pikir balik ttg jawatan dia ni

X mustahil lah.. smpi ada segelintir umat kita pnh kata "jamil sunnah kr syiah ?"

Alhamdulillah, Ustaz kazim tolak MT
Kalau x, hilang lg sorang ilmuan islam ditelan kuasa politik dan kuasa duit projek
Selepas

Cari Blog Ini

Translate