Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Januari 2014

UMNO Online - @TianChua Dipenjara Sebulan, Denda RM1,000 Langgar Arahan Perintah Kawasan Larangan


KUALA LUMPUR, 23 Jan – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hari ini dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, dua tahun lalu.

Hakim Mahmud Abdullah memerintahkan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Mahmud membenarkan permohonan peguam Eric Paulsen yang mewakili pemimpin pembangkang itu, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu selesai.

Mahkamah menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM500 kepada RM1,000.

Mahmud dalam keputusannya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, selepas mendengar keterangan sembilan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan..

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tidak mematuhi perintah pegawai polis DSP A.Rajagopal untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak, di sini pada 2.30 pagi 29 April 2012, iaitu sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Amirah Mohamed Yusoff memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan itu adalah serius walaupun tiada kecederaan berlaku semasa tertuduh berada di Pulapol.

"Sebagai Yang Berhormat, tertuduh perlu memberi contoh yang baik kepada masyarakat, tetapi dia telah melanggar perintah polis. Pohon beri hukuman setimpal dalam bentuk pemenjaraan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan kesalahan sama," katanya.

Eric pula memohon mahkamah mengenakan hukuman denda sahaja kepada anak guamnya atas alasan ia adalah satu kesalahan teknikal yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada orang ramai dan juga tertuduh.



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate