Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Januari 2014

Keputusan UMNO tarik balik saman satu kesilapan - Jati

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua boleh dianggap sebagai satu kesilapan besar yang dilakukan oleh parti itu.

Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, ini kerana penarikan saman itu menunjukkan UMNO tidak yakin kepada tindakan mereka sehingga boleh menimbulkan lebih banyak kebiadaban daripada pihak pembangkang pada masa akan datang.

Katanya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada penyokong tetapi juga kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bekerja keras untuk memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.

"Pemimpin UMNO harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara. Isu tersebut (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej UMNO tetapi turut berkaitan dengan masalah bangsa, agama dan negara.

"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik UMNO sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan UMNO terhadap Tian Chua dan dua individu lain berhubung penyiaran artikel pencerobohan di Lahad Datu kononnya sandiwara UMNO telah diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Dalam penjelasannya, Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun memberitahu, penarikan balik kedua-dua saman tersebut bukan bermaksud UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat selain turut menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat pihak lawan.

Sementara itu, Mohd. Aidit turut menegaskan supaya UMNO konsisten dalam tindakannya untuk memperjuangkan bangsa, agama dan negara tanpa mengira masa.

"Kita tidak mahu UMNO dilihat sebagai parti bermusim. Apabila dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) atau Perhimpunan Agung UMNO, kita lihat UMNO sentiasa tegas dengan tindakan mereka.

"Jadi, kita on

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140119/po_04/Keputusan-UMNO-tarik-balik-saman-satu-kesilapan---Jati#ixzz2qrNTfGqv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

"Jadi, kita tidak mahu pemimpin UMNO hanya bertindak tegas secara bermusim sahaja, sebab musuh politik akan sentiasa cuba memburukkan parti itu tanpa mengira masa," tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Aidit turut menyarankan kepada pemimpin UMNO supaya meningkatkan keberanian dan ilmu pengetahuan dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140119/po_04/Keputusan-UMNO-tarik-balik-saman-satu-kesilapan---Jati#ixzz2qrNTfGqv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate