Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Januari 2014

BN boleh tumbang disebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera - Tun Mahathir

Pandangan negarawan ini memang wajar diperhalusi dengan persepsi positif atas komen beliau.

Teguran ini demi masa depan BN dan jika diabaikan tidak mustahil hancur musnah masa depan kita semua.

Menegur kerana kepentingan tidak sama menegur kerana keikhlasan.

Kadangkala pahit berkata benar walau pahit itu memang menjadi ubat. Banyak kesan dari kebenaran kita perkatakan dan kadangkala menimbulkan kemarahan kawan dan lawan.

Baca teguran Mantan PM kepada Kerajaan seperti di bawah.


KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak menolak kemungkinan BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang sekiranya isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan tidak diatasi dengan segera.

Menurutnya, biarpun kerajaan kini giat menjalankan operasi pemantauan dan kawalan harga di seluruh negara, namun jika kerajaan gagal menangani kemarahan rakyat itu, peluang mempertahankan kerusi kerajaan dikhuatiri tipis.

"Ya boleh, tapi sekarang ini saya nampak ada sedikit kawalan harga yang dilakukan oleh pemerintah, ini adalah usaha yang baik tetapi pendapat Tun Daim itu memanglah mempunyai asasnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum yang bertajuk 'Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam' di Pusat Islam, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin pada Selasa lalu meramalkan BN akan tumbang sekiranya pilihan raya diadakan ketika kemarahan sedang memuncak berikutan isu kos sara hidup.

Kata Daim lagi, kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak cekap dan boleh mendatangkan mudarat hilangnya kuasa BN dalam PRU14 akan datang.

"Kerajaan gagal mengawal isu kenaikan harga barang.

"Isu pengurangan subsidi yang selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan di mana rakyat nampak kerajaan boros dalam perbelanjaan negara," katanya.

Dalam pada itu, mengulas isu kalimah ALLAH, Mahathir menegaskan, kerajaan perlu mengembalikan keputusan asal hanya penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja yang diberi kebenaran menggunakan Bible dalam Bahasa Melayu.

"Ketika saya dalam kerajaan, penyelesaiannya ialah kitab Bible berbahasa Melayu itu hanya digunakan di Sabah dan Sarawak.

"Cuma kita tidak perlukannya di Semenanjung Malaysia," katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mobile/dr-m-bn-tumbang-jika-gagal-tangani-harga-barang-1.243971


Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kata2 dr kedua2 Tun tu ada kebenarannya dan logik. Pada DS Najib kadang2 perlu juga mendengar pendapat org lain demi kebaikan org islam dan melayu.Kemana lg kami nk pergi jika tanah melayu diperintah oleh pembangkang.Jgn penting diri sendiri sahaja tanpa memikirkan rakyat bawahan sprti kami. Sia2 saja barisan kabinet dibarisi oleh islam dan melayu tp pengecut tkda telor mcm pondan.

Cari Blog Ini

Translate