Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Januari 2014

Blog Penasihat Undang-Undang UMNO: Penjelasan Terperinci Punca UMNO Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap @TianChua dan Mustafa Ali cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Penjelasan Kenapa UMNO Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Tian Chua dan Mustafa Ali

KUALA LUMPUR, 15 Jan – Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau isu fitnah yang dibuat oleh pihak lawan.

Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan tindakan terbabit dibuat sebagai bukti keterbukaan UMNO yang tidak berdendam dan menerima pihak lawan dalam keadaan mereka mengakui kesalahan dan sanggup berubah.

"Tidak bermakna UMNO takut kerana kalau pihak lawan tidak mahu berubah maka kita tidak akan beralah tetapi dalam kes terbabit pihak lawan meminta untuk ia diselesaikan di luar mahkamah dengan beberapa terma dan akui kesilapan," katanya kepada UMNO-Online.

peguam-umno-hafarizam-harun-bn-barisan-nasional

Ujar beliau, UMNO bukan parti yang hanya mahu ke mahkamah tanpa sebab atau tanpa asas, bukan menyaman mana-mana pihak untuk mendapat ganjaran wang atau sebagainya tetapi UMNO berpaksi kepada prinsip bahawa, jika UMNO telah difitnah dan dimalukan maka ia tidak akan berkompromi.

Tapi sebaliknya tegas beliau jika mereka sanggup menyatakan pendirian sama ada meminta maaf atau menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan maka UMNO selaku parti siasah sentiasa berjiwa besar kerana imej UMNO bukan sewenang-wenangnya mendapat duit dari pihak yang disaman.

Mac lalu, tindakan undang-undang telah diambil terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkaitan kenyataannya yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO – Tian' yang seterusnya diterbitkan dalam KeadilanDaily.com. pada 1 Mac 2013.

Jelas Hafarizam, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikannya di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO iaitu:

1. Insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk tarik perhatian UMNO tentang isu RCI, atau apa-apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
3. Memohon untuk memastikan dia akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.

"Selepas terma-terma tersebut diperhalusi dan dipersetujui maka YB Tian Chua menarik balik segala tuduhan yang mengaitkan UMNO, yang bermakna beliau mengaku salah sebut UMNO sebagai perancang kepada insiden Lahad Datu, menarik balik kenyataan bahawasanya UMNO cuba mengalih perhatian daripada isu RCI kepada isu tembakan di Lahad Datu.

"Beliau juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf, iaitu dia mengaku bahawa dia tidak sepatutnya berkata begitu. Di sini hanya penggunaan kesal dan mohon maaf yang berbeza tetapi kesannya adalah sama iaitu UMNO tidak terlibat dalam insiden tembakan di Lahad Datu dan ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI," tegasnya.

Sebelum itu, Tian Chua telah diberi peluang untuk menyatakan pembelaannya terhadap kes saman malu yang dibawa oleh UMNO namun UMNO mempersoalkan kenapa perlu kaitkan parti terbabit dalam insiden tembak menembak di Lahad Datu jika ianya tidak pasti sama ada UMNO terlibat atau tidak, sementara isu RCI dan sebagainya tidak ada kena mengena dengan insiden Lahad Datu.

"Walaupun kes saman malu ini telah selesai, namun Tian Chua sedang hadapi satu lagi pertuduhan jenayah berbentuk hasutan kerana kenyataan yang sama dibuat dan beliau terpaksa menjawabnya di mahkamah nanti.

"Tidak semestinya dengan UMNO bersetuju menarik balik saman fitnah dan saman malu, maka pertuduhan jenayah yang dihadapinya akan terlepas kerana ia tidak ada kaitan iaitu kes terbabit adalah pertuduhan yang sedang dihadapinya di mahkamah jenayah yang dikatakan berbentuk hasutan.

Ab-Rauf-Yusoh-SUK-UMNO-Tian-Chua-PKR-Mahkamah-Fitnah-Demokrasi-Lahad-Datu

"Laporan polis yang dibuat oleh rakyat berkaitan Tian Chua dalam insiden Lahad Datu tersebut terangkum dalam laporan jenayah berbentuk fitnah yang sedang dihadapi oleh Tian Chua," maklumnya.

Tambah beliau, sebagai sebuah parti yang memegang tampuk kuasa dan memperoleh pertambahan kerusi selepas PRU lalu, maka tentunya fokus UMNO bukanlah kepada kes sedemikian sebaliknya ada agenda yang lebih besar misalnya transformasi UMNO, transformasi kerajaan dan politik UMNO.

"Sekiranya kita hanya melihat Tian Chua kepada kes yang sangat besar dan penting, maka kita akan dilihat oleh rakyat terlalu pendendam walhal Tian Chua telah bersetuju untuk menarik balik dan menyatakan kekesalan atas apa yang telah dilakukan."

Merujuk kepada kes Mustafa Ali pula yang telah disaman ekoran menuduh UMNO terlibat dalam penyebaran video seksnya yang dianggap sebagai kebiasaan untuk UMNO sebarkan fitnah, pihak terbabit turut memberikan tawaran.

"Beliau yang hadir bersama dua defendan lain iaitu peguamnya dan Editor Harakahdaily, telah ditawarkan kepada UMNO iaitu menarik balik apa jua kenyataan yang merujuk kepada UMNO dan melahirkan kekesalan dan akan keluarkan artikel itu dari Harakahdaily dengan kes tersebut tiada perintah berkaitan kos.

"Maka UMNO ambil sikap terbuka, sifat besar hati iaitu akan menarik balik demi menjaga nama dan maruah UMNO, maka kita setuju menyelesaikannya di luar mahkamah." - MediaUMNO

keadilan-tian-chua-lahad-datu-hina-polis








Sent from my iPhone

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

POLITIK UMNO POLITIK MURAHAN.
BAB KESELAMATAN PUN BOLIH KOMPROMI.
MANA ORANG TAK NAIK TOCANG.......
LOSING INTEREST AND TRUST IN UMNO.

Otak geliga berkata...

masalahnya Tian Chua dah bg tahu DIA TAKKAN MINTA MAAF.....maksudnya dia LANGSUNG TAK MENYESAL dgn kenyataan yg dibuat....betulkan Tuan Penasihat?

atau kenyataan "Beliau juga menyatakan kekesalan, yang mana kesannya sama dengan memohon maaf...." Tuan Penasihat ini adlh kenyataan SYOK SENDIRI sprtmana kata KJ?

asal berkaitan kaum mata sepet je WASATIYYAH....mmg HEBAT Tuan Penasihat kita mengHANCURkan pandangan rakyat terhadap UMNO

senangeja berkata...

Jika pihak Umno dan Tian Chua ditakdirkan terbalik, nescaya ini peluang Tian Chua mencari duit dan menjaja dia betul dan memang Umno parti yang kuat pembelot putar belit dan fitnah macam-macam.

Fikirkan jika itu berlaku, jangan ironi, sentimental, dramatik dan falsafah bagai. Tiada kuku lagi ke untuk senyapkan Tian Chua yang memang dah berkali2 menjejaskan martabat pemerintah!.. Sendiri ingat lah kenapa diketuk berkali2 tapi tak pernah melawan.

Maafkan mungkin saya salah emosional sgt, tapi boleh minta maafkan?

Tanpa Nama berkata...

Peguam yang bodoh.

Orang hendak kalau boleh DUA_DUA TINDAKAN SIVIL DAN JENAYAH di kenakan kau-kau atas haram jadah tu.

Sila baca komen pembaca ini yang di ambil dari Blog Jiwa Paradox.

__________
" Saman itu berlaku kerana Tian Chua mengaitkan nama UMNO dengan kejadian tersebut, apa kena mengena dengan pihak-pihak lain?"

Saya rujuk perenggan saudara di atas.

Masalahnya saudara jangan ingat kita semua tak tau pasal perbezaan tindakan sivil dan tindakan jenayah. Janganlah pandang rendah orang UMNO saudara macam kami ni bodoh sangat.

Kami mahu balasan semaksimum atas si haram jadah itu dalam kedua-dua tindakan sivil dan jenayah. Kami juga faham bahwa tindakan sivil mungkin ambil masa lama menunggu tindakan jenayah atas haram jadah itu selesai dahulu. Itu kami faham

Macam ni. saya tinggal di kawasan Ulu Kinta. Kawasan Kem Vat 69 di Ulu Kinta ada di sini. Saudara boleh check Ip address saya dan lihat dari mana saya buat sambungan internet malahan nama saya pun boleh keluar pun.

Maka di kawasan ini ada ramai rakan taulan yang berkait rapat dengan wira-wira yang terkorban. Mereka juga merasa terhina sebab Tian Chua seolah-olah mengatakan mereka ini barua UMNO atau Kematian mereka adalah sebagai anjing gunaan UMNO dalam konspirasi yang di dakwa oleh Tian Chua. Di tambah pula dengan sorak-sorai puak-puak mereka (red Bean Army misalnya)yang mengapi-ngapikan mengatakan pasukan keselamatan ialah anjing UMNO. Ini bukan isu Tian Chua seorang sahaja sahaja. Kata-kata Tian Chua di sambut oleh geng-geng cyber trooper mereka untuk menghina pasukan keselamtan kita. Jentera mereka secara besar besaran menghina terus pasukan keselamatan. (Contoh - pasukan keselamatan ke Sabah naik Air Asia.)

Kalau saya jadi mereka saya pun marah kerana mereka berjuang untuk agama dan negara. Mereka atau persatuan mereka tidak boleh membuat tindakan sivil kepada Tian Chua sebab mereka tiada Locus Standi dalam hal ini. UMNO ada locus standi. (ya mereka dan orang UMNO tidak bodoh saudara sebab kami juga tahu locus standi itu apa).

Mereka juga kebanyakkannya penyokong kuat UMNO (walaupun bukan ahli UMNO - boleh rujuk kepada rakan-rakan saudara yang ada di Bahagian UMNO Ulu Kinta.) maka mereka berharaplah tindakan sivil ini di ambil oleh UMNO dan menyokong penuh.

Malangnya UMNO buat perangai simpan telur. Mereka berjuang sampai mati walhal UMNO siap boleh salam tangan dan senyum-senyum dengan haram jadah tu ambil gambar dan tayang kat media.

Kalau saya perhatikan UMNO ada tindakan yang kukuh untuk menang dalam tuntutan sivil ini. Kenapa hendak tarik diri dan membuat penyelesaian sebegini? Kalau benarlah nak tarik balik buatlah syarat contohnya minta Tian Chua sebarkan minta maaf di akhbar muka penuh sebanyak tiga kali dalam akhbar utama misalnya.

Satu lagi saya muskil adalah Peguam yang ambil kes ini kompeten?

Akhirnya saudara dengan ini adakah saudara masih fikir hal ini tiada kaitan dan taida kena mengena dengan orang lain selain UMNO sahaja?

Jawapannya Tidak kerana ianya bukan hal UMNO sahaja tetapi meliputi gambaran yang lebih luas.

Orang lain sanggup mati bertempur berpanas membuat demo kecil-kecilan dan sanggup membuat laporan Polis yang saya ingat boleh cecah 1000 laporan mungkin lebih. Tiba-tiba UMNO yang ada kes kukuh tarik diri. Pihak yang di harapkan menjadi wira (sekurang-kurangya dalam tindakan sivil) tiba-tiba buat sebegini.

Tindakan Jenayah? mengikut Rekod kamar Peguam Negara rasanya selalu meihak kepada mereka puak haram jadah.

Saya berharap saudara berbesar hati dan berlapang dada dalam hal ini dan membuat siaran supaya kita boleh mengambil ikhtibar.
__________________


PEGUAM UMNO memang bodoh sebab bagi nasihat tidak tengok perkara sekeliling. KAMU ni BUKAN PEGUAM LUAR tetapi PENASIHAT UNDANG-UNDANG PEGUAM UMNO. Cerdik la sikit.... Saya tiap-tiap hari baca surat khabat tak nampak pun permintaan minta maaf HARAM JADAH ni. Dia buat minta maaf dalam Keadilan Daily ke? Berapa banyak orang baca tu?

Kenapa tak minta HARAM JADAH tu buat dalam akbar UTAMA? ATau kamu memang bodoh wahai PEGUAM UMNO?

Tanpa Nama berkata...

BODOH LAGI MEMBODOHKAN, BERAPALAH MAMAT HINDI NIE DAPAT

Tanpa Nama berkata...

Macamana orang melayu nak respect UMNO kalau pemimpinnya macam pondan

Tanpa Nama berkata...

NOK NOK
Bertingakt -tingkat lakebodohan UMNO, memang patot di kuburkan trus...phuuiiiii...

Tanpa Nama berkata...

Apa saja keterangan dari peguam Umno seperti diYou tube diatas tidak bolih diterima, belum lawan dah takut kalah bermakna peguam dan pihak Umno yang terbabit perlu letak jawatan kerana tidak bertelor serta x bermaruah.

Cari Blog Ini

Translate