Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Januari 2014

Apa Motif Blog OutSyed The Box Siar Tulisan Dr Kassim Ahmad @ Anti Hadis - Hina Imam Syafei ???


Saya pernah mendengar Blogger Outsyedthebox anti hadis. Kebetulan pula petang ini saya melihat buktinya yang kebetulan terjumpa semasa membuat sedikit berkenaan ajaran sesat di Malaysia.



Gambar : Blogger outsyedthebox di tengah bersama PM DS Najib Razak dan Mantan PM Tun Mahathir


Saya tidak kenal dekat Blogger Blog House aka Elit ini. Walaupun ada yang kalangan mereka pernah saya temui seperti Rocky Bru Theunspinners dan Apanama. Mereka ini satu kumpulan yang sangat bijak dan fasih Inggeris walau mungkin bilangan hits mereka tidak sehebat blog lain. Cuma akhir akhir ini kerap menghentam Najib walaupun sebelum PRU13 dikatakan amat rapat dengan beliau sehingga dicemburui pihak Blogger kumpulan lain.

Mohon alim ulama dapat memberi pandangan tentang entri oleh Blogger ini yang dikhuatiri boleh membawa penyelewengan kerana mempopularkan tokoh anti hadis yang menghina Imam Syafei dan memberi maksud seperti hadis sudah diragui kesahihannya.

Salinan imej artikel :











Meskipun beliau seorang berani dan saya salah seorang yang kagum dengan kelantangannya menegur Pembangkang termasuk pihak kerajaan namun jika ada niat mahu sebar ajaran sesat maka kita tidak boleh kompromi.

Saya juga ada menemui virus ini yang sudah berkembang dan cuba menyusup dalam kumpulan penyokong Tun Mahathir. Kumpulan sebegini memang licik masuk geng VVIP termasuk keluarga Pak Lah melalui isteri KJ dan Marina Mahathir sebelum ini. Saya khuatir alasan logik bab agama disediakan puak ini kepada Tun Mahathir sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap Umno dan Barisan Nasional sebelum ini seperti isu hudud dll.

Semoga Allah memberi taufik hidayat kepada kita semua dari disesatkan dengan ajaran sesat samada wahabi Syiah islam liberal ajaran Batiniyah  dll.


Petikan tulisan Dr Kassim ahmad  di blog dimaksudkan :

            Saya menulis esei ini untuk menjelaskan sekali lagi masalah Hadis, kerana ketaksuban umat Islam berpegang kepadanya. Kesilapan besar ini berpunca daripada umat Islam sendiri melalui tokoh agamawan mereka, Imam Shafi'e.  Di antara kewaftan Nabi Muhammad pada 632 T.M. dengan kemunculan pengumpul-pengumpul Hadis yang masyhur, Imam-imam Bukhari, Muslim dan lain-lain, wujud satu jurang masa antara 150 hingga 200 tahun.

Perhatikan bahawa Imam Shafi'e itulah yang telah menciptakan doktrin bahawa undang-undang Islam berdasarkan dua sumber utama, iaitu Quran dan Hadis dengan menyalah-tafsirkan ayat 4: 59. Ayat ini berbunyi: "Hendaklah kamu taat kepada Allah, dan hendaklah kamu taat kepada rasul, dan kepada mereka yang berkuasa di antara kamu ..."  Makna ayat ini sebenarnya: Orang Islam wajib berpegang kepada Quran sebagai sumber hukum yang pertama; pihak berkuasa boleh membuat undang-undang tambahan dengan syarat undang-undang tambahan ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran.   

Di antara tarikh kewafatan Nabi Muhammad (632 T.M.) dengan kemunculan doktrin baru yang digubal oleh Imam Shafi'e (m. 827), umat Islam berpegang kepada Quran, dan amalan-amalan Nabi Muhammad yang benar-benar sahih, seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, surat-surat beliau kepada pembesar-pembesar Parsi dan Romawi dan sebagainya, diterima sebagaiprecedent atau kebiasaan yang boleh diikut, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan. Yang mewajibkan itu, dengan doktrin dua sumber utamanya, Imam Shafi'e.

Mungkin Imam Shafi'e mempunyai sebab-sebab tertentu mewajibkan Hadis, tetapi apa yang nyata, doktrin beliau menyalahi ajaran Quran. Hanya selepas beliau menghalalkan Hadis sebagai sumber hukum bersama dengan Quran, barulah pengumpul-pengumpul Hadis muncul. Hakikat ini disahkan oleh pengkaji-pengkaji Hadis, sama ada dari kalangan sarjana Islam atau bukan Islam. 

Sepenuhnya :



Sent from my iPhone

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kau nak tahu, Syed Akbar Ali ni telah menjadi sesat lagi menyesatkan. Menyesatkan sebab: dia ada "secret facebook group" dalam facebook yang dia namakan Quranist or something, konon2nya memperjuangkan alQuran tetapi sebenarnya wadah taempat dia mencerca Nabi dan sahabat. Dan makin ramai orang melayu mengikut dia.

YA! Saya ulang sekali lagi: Cerca Nabi. Tapi dia pandai...kalau dia cerca Nabi direct dia tahu dia akan kene pulun, so dia tukar jadi Cerca Bukhari. Pengikut dia menganggap dia hero sebab berani menempelak hadis.

Contoh2 pegangan Syed Akbar Ali:

1. Israk Mikraj adalah dongeng. Kalau sesiapa masuk blog dia dan dia cerita "Pet Unicorn" tu anda semua tahu tak apa yang dimaksudkannya dengan Pet Unicorn tu: Ianya adalah Buraq tunggangan Nabi ketika Israk Mikraj. Dia menganggap Israk Mikraj sebagai dongeng tahap tinggi.

2. Mengatakan tak wajib Haji dan Kaabah itu adalah Batu biasa dan sesiapa tawaf keliling batu ini sama seperti menyembah batu.

Ishhhh banyak lagilah kesesatan dia. Bila tulisan dia popular cakap pasal politik, kemudian baru dia selang seli kan hal-hal agama dan kondem ulamak, Bukhari, Ibn Kathir dan memngagung2kan Kassim Ahmad, Goldziher (orientalis barat pemangkin golongan anti hadis). Dia pernah berguru kepada Pak Man yang satu ketika dahulu diburu oleh JAIS kerana mengeluarkan kenyataan seolah2 orang kafir.

Banyak lagilah nak cerita. Sesiapa yang cuba perbetulkan dia dalam blognya, dia delete dan tak keluarkan. Jadi kesudahannya seolah2 semua orang bersetuju dengan dia.

Ada org2 yg kenal beliau sejak dulu, kata kawan ni memang tak sembahyang atau pergi jumaat. Akidahnya sangat meragukan. Akidah dia sudah terbalik bila kata Tudung tak wajib pakai, Haji tak payah. Dia paling benci orang pakai jubah, serban dan berjanggut dan dia akan kutuk kaw-kaw punya. Bangsa arab dia anti nombor wahid. Kita semua tahu akan kedudukan bahasa arab dalam Islam kan?

Baguslah tu Syed. Kutuklah Sunnah Nabi SAW. (Oooops... Syed percaya Sunnah sunnah ni semuanya karut marut belaka)

Inilah dia orang yang akan memperjuangkan kita semuanya. Desperate sangat ker kita, terpaksa pulak guna orang sesat untuk jadi pro-BN?

Moh Alim

Tanpa Nama berkata...

Berdasarkan beberapa tulisan beliau ttg isu agama, begitulah tanggapan saya pdnya. Wahabiyah ego alim intelek style, puak ni pulak ego alim liberall style.

Tanpa Nama berkata...

Kassim ahmad bukan anti hadis.. Dia cuma mintak dikaji balik hadis. Sebab ada hadis bercanggah dengan quran.

Aku sendiri pun setuju dengan kassim ahmad.

Panglima Perang Cyber berkata...

Terima kasih atas info.

Tanpa Nama berkata...

saya mengikuti banyak penulisan outsyedthebox dan kata2 dia menghina nbai itu ada tidak benar, pembohong dan lain2.. dan saya akui, hujah beliau banyak kepada al quran, rujukan yg diberikan adalah dari sumber al quran, dan saya secara terus terang, lebih mudah mengikuti penulisan beliau. bagi saya, kassim ahmad dan outsyedthebox ialah pembuka minda muslim yg selama ini dah berkurun dipenjara oleh benda2 yg tahyul, khurafat dan pengetahuan2 yg dibuat2 oleh ilmuan agama...

Zallman

Koru berkata...

Sy x brp mahir dlm mghfl hadis. Bukankh nabi Muhammad s.a.w prnah brsabda bhw nabi mnggalkn 2 prkara yg mana selagi kita mgikutiny kita x kn sesat iaitu Al Quran dan sunnahnya. Bagaimanakh kita ingin mgetahui sunnahnya. Sudah tentu melalui hadis. Bknkh alquran ada myatakn ayat utk mentaati Rasulullah saw. mohon maaf diatas kelemahan mngutarakn dalil. Kpd pengikut anti hadis..insaflah

Tanpa Nama berkata...

As Salam. Dulu pun saya agak "kagum" dengan penulisan dan analisis OTB ni. Tapi tak taulah sejak bila, tiba-tiba saya rasa dia ni sesat lagi menyesatkan. Banyak kali saya dapati dia cuba ulas benda ikut kepala otak dia saja, dan saya agak pasti ilmu dia taklah sedalam mana, tapi dalam masa yang sama, cuma meyakinkan kita yang konon dia pandai sangat. Akhirnya sebab banyak sangat benda yang dia tulis saya tak setuju kerana saya dapati faktanya sukar dihadam, saya tak lagi kunjungi blog beliau. Adakan dengan mengatakan yang dia "walk alone" maka menjadikan dia sangat terer orang lain tak tercapai dia punya tahap intelektual? Sori, kami yang membaca ni makhluk yang berfikir, ye. Saya hanya doakan suatu hari Allah berikan dia hidayah supaya dapat dia gunakan akal fikiran dan bakat menulis beliau ke jalan yang benar.

Unknown berkata...

Salam,
Al-Quran menyatakan orang yang paling kuat berbohong dan munafik adalah org2 Arab (9:97), Nabi Muhammad SAW sndiri melarang menulis hadith-hadith (dan perlakuannya) selain dari Al-Quran, Allah SWT mentakan Al-Quran lengkap dan sempurna,Allah SWT menyuruh umat Islam mgkaji ayat-ayat Al-Quran, Allah SWT mengatakan Al-Quran mengeluarkan umat Islam dari kegelapan kpd cahaya. Kenapa umat Islam tdk mahu beriman dgn Al-Quran? Kenapa terlalu brdegil sgt?

Masalah skrang ialah Islam sudah mnjdai agama "Muhammadiyyah" sama seperti agama kristian. Para ulama menyanjung dan mengangkat Nabi Muhammad lebih tggi dari Nabi Isa. Para ulama cuba melahirkan keraguan kpd kehebatan Al-Quran dgn mengada2kan kitab lain iaitu hadith yg mana mudah bagi mereka melakukan tafsiran sednri dan putar-belit.

Fikirlah wahai sdra ku dalam Islam. Marilah kembali kpd tali Allah.

Unknown berkata...

terdapat byk blog2 tentang kajian Al-Quran seperti harunyahya.com, http://kajian-quran.blogspot.com/ , dan sebagainya.

lihat dan kaji sendiri tentang kehebatan al-Quran. Allah SWT mengatakan sesiapa yang memperlekehkan ayat-ayat Al-Quran (mengadakan kitab2 lain untuk bertanding dgn Al-Quran) maka tunggu sajalah azab yang pedih lagi menghina!

Tanpa Nama berkata...

Mereka yg menuduh en. Kassim anti hadis ternyata tidak menggunakan akal. En. kassim meminta umat islam utamakan allah dan jangan melebihkan manusia walaupun nabi. En. Kassim bukannya menghina nabi. Nabi sendiripun mengatakan beliau hanyalah pesuruh allah, menyampaikan isi alquran. Bacalah apa yg en. Kassim suarakan, bukannya menuduh membuta tuli. Adakah en. Bukhari juga anti hadis.. kerana membuang sebahagian besar hadis..beratus ratus ribu hanya kepada beberapa ribu sahaja?

Cari Blog Ini

Translate