YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
31 Disember 2014
Nasihat Ulama kepada Umat - @Youtube (Sebarkan)
http://www.youtube.com/watch?v=uMZriiuOsnw&sns=em
Ringkasannya :
Nasihat daripada Habib Abu Bakr Masyhur hafizahullah buat para pelajarnya di Ribat, Yaman. Semoga ia juga bermanfaat buat saya & anda.
===============================================
1. Jika kalian mahu mati dengan husnul khatimah, hendaklah bersabar dengan orang yang bangunkan anda, bersabar dengan orang yang menjaga anda, bersabar dengan perkataan yang menyakitkan anda.
2. Ribat ini akan ditutup suatu hari nanti, Yaman akan kembali seperti zaman penjajahan & kalian akan pulang ke tanahair kalian. Oleh itu, rebutlah peluang masa yang masih ada ini. Jangan buang masa kalian.
3. Kami (Habib) di sini membawa manhaj salafunassoleh, kami membongkar perancangan syaitan yang tampak baik atas nama agama namun bertujuan menjauhkan manusia darinya. Syaitan cuba menjauhkan manusia dari agama atas nama agama.
4. Habib membaca surah al-Qaf ayat 37 & sebuah hadis secara mafhum;
"Hendaklah kalian ketika itu (zaman fitnah) menjaga diri sendiri & tinggalkan urusan orang lain (jangan masuk campur)."
5. Sifat-sifat orang soleh yang dikenali sebagai عباد الرحمن. Boleh rujuk surah al-Furqan ayat 63-68.
6. Habib melafazkan الحمد لله kerana kita bukan golongan musyrikin. Jika ada yang menuduh kita dengan gelaran musyrikin maka CUKUP & MEMADAILAH kita mendoakan hidayah buat mereka. Tidak ada manfaatnya lagi untuk berbincang, berbahas & berdebat dengan mereka itu. Semua itu boleh membuang masa ummah. Seorang menafikan maulid, seorang lagi mempertahankannya. Seorang mempertahankan ziarah kubur, seorang lagi menafikannya. Ini adalah "permainan iblis". Disebabkan perbalahan ini, maka banyak permasalahan yang lagi penting tertangguh atau terhenti.
7. Jika kalian dapat memahami apa yang kami (Habib) bicarakan ini, maka sebenarnya tiada siapa yang mengajak kalian kepada pergaduhan. "Kami tidak mahu kalian menyimpan rasa tidak puas hati terhadap siapa sahaja yang beragama Islam walau sebesar zarrah sekalipun. Walaupun kalian & mereka itu berbeza atas nama (fikrah) apa sekalipun".
8. Kami tidak pernah dengki dengan orang Islam yang solat, tapi kami berasa sangat sedih dengan mereka yang tidak solat. Tatkala kami melihat orang yang bercakap atas nama orang alim untuk mencaci orang lain, bercakap atas nama agama bertujuan membawa konflik dalam ummah maka inilah yang menyesakkan dada-dada kami.
9. Semua ini kami mengetahuinya daripada para masyayikh & Imam kami. Di mana mereka ini tidak pernah sia-siakan nafas (hidup) mereka kecuali sentiasa mengingatkan kami kepada Allah, Rasulullah صلى الله عليه وسلم & para sahabat.
# Nota mafhum bercampur catatan semula dari terjemahan asal di dalam video di sini; https://m.youtube.com/watch?sns=fb&v=uMZriiuOsnw
-----------------------------------------------
Ayuh sahabat, kita terima nasihat beliau. Muhasabah buat kita sebagai pemegang watak-watak di zaman hampir kiamat. Semoga Allah redha, ampuni dosa-dosa & sayang kita, amin.
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah sampaikannya."
#copyshare
Sent from my iPhone
30 Disember 2014
29 Disember 2014
MB : Terengganu Ambil Anak Angkat Anak-Anak Guru Nurhayati Yang Lemas Selamat Kertas Peperiksaan
ATM nafi arah penduduk tinggalkan Pekan
Mohon Elak Awan Komunikasi Terakhir AirAsia QZ8501 Sebelum Hilang
KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok ke kiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan.
Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia).
Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin.
-- BERNAMA
27 Disember 2014
SKMM Ingatkan Jangan Sebar Berita Tidak Sahih di Media Sosial - Semasa - Sinar Harian
PUTRAJAYA - Pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi status berbentuk spekulatif mengenai bencana banjir tanpa berpandukan fakta daripada sumber yang sahih.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata perbuatan berkongsi atau 'forward' berita yang tidak tentu sah itu boleh mengeruhkan keadaan dan mengelirukan masyarakat.
Beliau berkata, maklumat palsu yang disebarkan pada waktu kritikal seperti sekarang bukan hanya akan menyulitkan kerja-kerja mencari dan menyelamat, malah boleh menyebabkan kekeliruan dalam operasi bantuan serta menambah rasa risau dan panik di kalangan anggota keluarga mangsa.
"Niat untuk membantu dengan menyampaikan maklumat memang baik, tetapi sebelum menyebarkan sebarang berita, tanyalah diri sendiri sama ada ia akan benar-benar membawa kebaikan atau menambah buruk keadaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Sharil berkata SKMM bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi sedang giat menjalankan usaha membaik pulih dengan menggunakan 'generator set' atau 'genset' serta kenderaan 'Cellular on Wheels' atau COW di kawasan yang tidak ditenggelami air.
Beliau turut meminta orang ramai mengurangkan penggunaan telefon selular di kawasan banjir bagi menjimatkan bateri bagi membolehkan ia bertahan lebih lama untuk kegunaan jika berlaku kecemasan. - Bernama
Sent from my iPhone
25 Disember 2014
24 Disember 2014
Tanah Runtuh Lori Jatuh Gaung Laluan Gerik Jeli
Tanah runtuh laluan Jeli / Gerik, 1 km selepas R&R Banjaran Titiwangsa menghala ke Gerik....sebuah lori ayam terjun gaung...
Menurut sumber berlaku jam 10 malam.
23 Disember 2014
Fenomena ‘new moon’ burukkan keadaan banjir - Utusan Online
23 Disember 2014 4:47 PM
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Fenomena 'New Moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.
Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.
"Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena 'new moon' yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
"Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.
"Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan," katanya.
Dr. Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.
"Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari," katanya.
Dr. Mohd. Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.
"Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.
"Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya. - Bernama
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/fenomena-8216-new-moon-8217-burukkan-keadaan-banjir-1.40028Sent from my iPhone
Virus Melalui SMS - Sebarkan
Dia akn spread mesej tu kpd semua contact dlm fon kita. Begitulah seterusnya. Kita kena format SD card. Ada juga maklumat sblm ni mengatakan maklumat2 dlm fon akn hilang.
SINGAPORE - An SMS spreading a virus is currently circulating in S'pore with the message "Is this your photo?"
The SMS comes with an attached link that, when clicked on, will download and install an Android application package called Photoviewer, Hardwarezone.com reported.
Some members of the public have said that they received the SMS messages from friends' mobile phone numbers.
The virus seems to be a variant of the ransomware virus that has become widespread in the United States, said Hardwarezone.com.
Users should not click on the link and probably should delete the SMS immediately
* saya dan isteri pun masing2 dapat mesej "Is this your photo" tu pagi tadi Selasa 23hb Disember 2014, maksudnya nombor kawan yang hantar mesej tu dah terkena virus tu. Saya terus delete mesej tersebut tanpa membukanya.
Mesej dari Whatsapp
Sent from my iPhone
21 Disember 2014
Aliaa Majida Alir Darah Haid Atas Kalimah ALLAH Mati Kemalangan Ngeri
Jangan sesekali cuba melawan kuasaNya!
Aliaa Majida Al Mahdi atau dikenali juga Aliaa Magda Elmahdy,23, sebelum ini telah menggemparkan dunia apabila telah menitiskan darah haidnya ke atas kelimah ALLAH.
Andai apa yang dilaporkan oleh media ini benar mati beliau pasti dilaknat.- Siakapkeli.com.my
http://www.vvip.my/2014/12/aliaa-majida-alir-darah-haid-atas.html?m=1
Sent from my iPhone
Risalah Politik Diedar Kepada Peminat Bola Sepak
Stesen TBS dipenuhi poster kempen politik Pakatan Rakyat menaikkan kemarahan peminat bola sepak.
20 Disember 2014
Gambar2 - Banjir makin buruk di Pantai Timur - Utusan Online
Banjir makin buruk
Di Kuala Krai, seramai 2,951 mangsa daripada 775 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Kota Bharu (1,019 mangsa), Machang (362 mangsa) dan Tanah Merah (695 mangsa).
Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 8,806 orang petang ini berbanding 9,098 orang pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 6 petang, tujuh daerah terjejas oleh banjir melibatkan 2,527 keluarga yang ditempatkan di 128 pusat pemindahan.
Daerah Besut paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa teramai iaitu 4,359 orang di 49 pusat, berbanding jumlah mangsa 2,232 orang dari 582 keluarga yang ditempatkan di 25 pusat pada sebelah pagi.
Di Setiu, 643 orang dari 169 keluarga masih berada di 14 pusat pemindahan berbanding 1,904 mangsa dari 500 keluarga di sebelah pagi.
Di Mersing, sebanyak 305 orang daripada 87 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di sekitar Mersing selepas kediaman masing-masing dinaiki air kira-kira satu meter berikutan hujan berterusan sejak awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohamed Shahar Abdul Aziz berkata, kawasan yang terlibat adalah Kampung Che Wook, melibatkan 250 mangsa daripada 73 keluarga yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai.
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-makin-buruk-1.38761Sent from my iPhone
Kenyataan @ZulkifliNordin Bantah Tindakan Pulau Pinang Larang Perarakan Maulid
17 Disember 2014
Police to open investigation paper on 1MDB - Zahid Hamidi | Astro Awani
Police to open investigation paper on 1MDB - Zahid Hamidi
Astro Awani | Updated: December 15, 2014
(First published on: December 15, 2014 18:24 MYT)
Home Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said, his ministry has also requested the Royal Malaysia Police (PDRM) to carry out an investigation according to procedure after the investigation paper was opened.
"A police report has already been made, so the police will carry out an investigation according to procedure," he said during a press conference in Kuala Lumpur today.
He added, the report lodged by Khairuddin was strictly personal and had nothing to do with Umno.
"It has nothing to do with the Malay party, Umno. It's Khairuddin's personal report against 1MDB," he said.
On Friday, Khairuddin had lodged a police report and called for a thorough investigation to address and identify the root of the problem facing 1MDB and its subsidiaries.
He also urged Umno leaders to stop being cowards in raising the issues concerning the future of the debt-ridden government company and the risks it is facing.
His comments came on the heels of Penang Umno Liaison Committee deputy chairman Datuk Seri Reezal Merican Nainca Merican's statement that the former's actions were always subject to the party's code of ethics.
However, Reezal said that Penang Umno was in no rush to act against Khairuddin.
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor has also reportedly urged Khairuddin to retract his police report.
Sent from my iPhone
@Zahid_Hamidi : 306 people held since POCA came into force | theSundaily
Zahid: 306 people held since POCA came into force
Last updated on 16 December 2014 - 10:34am
Charles Ramendran
newsdesk@thesundaily.com
KUALA LUMPUR: Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (pix) today said 306 people have been arrested for suspected involvement in illegal activities since amendments to the Prevention of Crime Act (POCA) came into force in April.
The amendments include provisions that allow a person to be detained without trial for up to two years.
Ahmad Zahid said 10% of the 306 were freed while the rest will face prosecution or detention under the new provisions of the Act.
He said the order to detain an individual without trial will only be made after the Prevention of Crime Board, a five-man panel headed by a judge thoroughly examines a case and deems it fit to do so in public interest.
"The amendments are not just to eradicate crime but to prevent it as well," he said at the Police Officer's College in Cheras after a handing over of duties ceremony between new Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim and police administration department director Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun who was acting DIGP.
On the proposed Anti-Terrorism Act which will be enacted next year, Ahmad Zahid said apart from holding discussions with law practitioners, the government was also engaging with non-governmental organisations involved in crime prevention before a detailed study is carried out.
He said the papers would be tabled in Parliament by end of February next year.
Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar said to maintain national security there was a critical need for preventive laws in thwarting militancy in the country.
He said the police have also provided their feedback and suggestions to the Attorney-General's Chambers on essential laws that should be considered for the Anti-Terrorism Act.
"Those who go overseas to become militants and then return home may pose a potential threat to the country. This is where we need to take steps to avoid untoward incidents." he said.
Sent from my iPhone
Jawapan Ridhuan Tee 'Siapakah Ekstremis Sebenarnya' Isu Surat 25 Bekas Penjawat Awam
SANGAT geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Datuk, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.
Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak.
Ingin juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauh mana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?
Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?
Mereka mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental.
Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Fundamental, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit sahaja.
Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta-tuli atau membabi-buta atau membawa ajaran sesat.
Terus-terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya.
Tidak dinafikan bahawa dialog antara agama dan peradaban itu sangat penting pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana kita berlapang dada dan memahami makna keadilan.
Ramai hari ini melihat keadilan itu 1=1. Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang menjadi ekstrem.
Izinkan saya menjawab saranan 25 tokoh Melayu itu.
Pertamanya, katanya pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Sejauh mana tokoh Melayu ini faham tentang undang-undang dan masalah yang dihadapi. Saya sarankan pergi berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan barisan pakar mereka, untuk berdiskusi, sebelum mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam) belum tentu dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.
Kedua, katanya kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?
Adakah benar bahawa undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan Islam dalam Perlembagaan.
Ketiga, hak rakyat untuk membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini.
Persoalan saya, rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen?
Adakah mereka ini pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Kenapa terlalu lantang hari ini setelah pencen?
Keempat, perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya, sejauh mana ilmu mereka dalam ilmu fiqh? Berapa kitab yang telah dibaca? Serahkan kepada yang pakar.
Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh Melayu berasakan diri mereka terlebih pakar?
Kelima, melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini. Semua pakar tersebut telah ada. Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang disyorkan.
Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari apa yang benar, apa yang salah.
Sebenarnya semua keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu. Umat Islam terpaksa bangun mempertahankannya.
Jika tidak, pasti agama Islam akan cair dalam negara berteraskan kepada Islam dan Melayu ini. Peliknya, kenapa mereka hanya menyalahkan umat Islam, tidak langsung merujuk kepada ultrakiasu yang mencetus dan melakukan provokasi.
15 Disember 2014
Jawapan Kepada Surat 25 pesara kerajaan dan penerima pencen oleh 26 Tan Sri - Mesti Baca
Surat Jawapan oleh 26 Tan Sri
Kami, para Tan Sri yang bertandatangan di bawah ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua individu di atas yang dengan beraninya telah menyuarakan hasrat hati umat Islam di negara ini akan kemelut besar yang sedang melanda negara ini.
Anda semua adalah para perwira dan negarawan sebenar, meskipun pekerjaan anda jarang diperhatikan oleh masyarakat umum. Kebimbangan-kebimbangan dan rasa prihatin yang anda semua nyatakan di dalam surat di atas adalah percerminan kepada apa yang telah sekian lama tersurat di hati kami.
Dalam membicarakan tentang Islam dan cabaran yang sedang dihadapi dewasa ini, kita semua adalah setaraf dan sepasukan. Apa yang anda semua suarakan tidak mampu di gambarkan dengan lebih jelas dan terang oleh para penganalisa, tokoh akademik, para cendekiawan mahupun para ulamak hari ini.
Tahniah kepada anda semua, wahai saudara kami!
Dan khusus kepada para penentang Islam, pembawa musibah dan virus liberal, pelampau, ekstremis dan modernis…
Kami tahu siapa kamu dan siapa dalang di belakang kamu.
Kami tahu siapa yang memberi dana kepada agenda dan aktiviti-aktiviti kamu.
Kami tahu tipu muslihat dan perancangan kamu.
Kami tahu betapa kamu telah memperdayakan begitu ramai tokoh untuk bersama kamu.
Kami tahu rencana apa kamu melaga-lagakan sesama Melayu dan umat Islam.
Kami akan mendedahkan tempat-tempat perjumpaan rahsia dan persembunyian kamu.
Kami akan dedahkan identiti kamu seorang demi seorang.
Kami akan londehkan satu persatu kemunafikan kamu.
Kami akan pastikan umat Islam dan bangsa Melayu mengenali dan mengawasi kamu.
Kami adalah mimpi ngeri kamu, siang dan malam!
Yang Menjalankan Amanah,
- Tan Sri yang kenal sangat golongan Liberal ekstremis.
- Tan Sri yang menghormati dinamisme pemuda dan pemudi Islam.
- Tan Sri yang tidak akan mengkhianati bangsa sendiri.
- Tan Sri yang tidak sanggup melihat kepentingan Islam dipermainkan.
- Tan Sri sangat jengkel dengan politik hawa nafsu.
- Tan Sri tidak lupa jasa pemimpin yang amanah.
- Tan Sri tidak suka membuang masa dengan perkara tidak berfaedah.
- Tan Sri selalu mengawasi pergerakan Evangelis Kristian.
- Tan Sri kenal rapat Al Marhum Ustaz Fadhil Noor.
- Tan Sri cemas dengan politik agenda peribadi.
- Tan Sri tidak akan bersekongkol dengan agenda Yahudi Zionis.
- Tan Sri menyokong usahawan Muslim dan Bumiputera.
- Tan Sri sedih dengan nasib bangsa yang diperjudikan.
- Tan Sri yang mengutamakan kerja-kerja kebajikan.
- Tan Sri sangat menghormati Majlis Fatwa Kebangsaan.
- Tan Sri biasa terlibat dengan program-program PERKIM.
- Tan Sri sedih melihat NGO-NGO Islam telah diperalatkan.
- Tan Sri peminat tegar Ustaz Kazim Elias.
- Tan Sri selalu berbicara dalam Bahasa Melayu.
- Tan Sri tidak terkejut dengan perjuangan Cauvinis Sosialis parti DAP .
- Tan Sri tidak suka melepak di coffeehouse Pan Pacific.
- Tan Sri suka melihat penyatuan perjuangan PAS dan UMNO.
- Tan Sri sangat memuliakan wanita Islam.
- Tan Sri sangat berbulu dengan Bar Council.
- Tan Sri really hates IRF.
- Tan Sri meluat sungguh dengan SIS.
- Tan Sri pernah mengamuk pasal Lawyers For Liberty.
- Tan Sri penyokong agenda perjuangan ISMA.
- Tan Sri baru cancel langganan MalaysiaKini.
- Tan Sri merasa kasihan kepada penyokong kuat Negara-Ku.
- Tan Sri tidak pernah percaya kepada penerima dana NED.
- Tan Sri berharap PAS bercerai dengan DAP.
- Tan Sri selalu menonton TV Al Hijrah.
- Tan Sri selalu menziarahi ulamak dan tokoh-tokoh berwibawa.
- Tan Sri selalu mendirikan Solat Tahajjud.
- Tan Sri akan sentiasa bersama Umat Islam.
_____________________
Nota kaki:
Penyusun meminta maaf kerana terlalu ramai Tan Sri yang rela hati untuk memasukkan nama sebenar mereka dan bilangan mereka sendiri melebihi kuota 26 nama yang telah diputuskan. Namun untuk tidak menghampakan mereka, penyusun masukkan sekali tambahan 10 orang Tan Sri lagi yang bersemangat. Bagaimanapun, nama sebenar mereka terpaksa dirahsiakan demi keselamatan dan untuk menjaga hati dan perasaan pihak-pihak yang terdekat dengan mereka (termasuk rahsia-rahsia peribadi mereka).
P/s …
Ini adalah karya fiksyen semata-mata. Ia bersifat parodi dan sebagai satu simbol mengekspresikan hak untuk berkarya secara kreatif. Ini juga sebahagian daripada hak asasi saya sebagai seorang penulis.
Tidak ada mana-mana Tan Sri yang telah diapa-apakan atau diperdayakan. Karya ini juga tidak ada kena-mengena dengan mana-mana manusia sama ada yang masih bernyawa atau sudah tamat riwayatnya. Kalau ada pun, secara kebetulan sahaja dan telah ditetapkan sejak azali lagi.
Untuk makluman, tidak ada seekor anjing pun yang disentuh dalam menyiapkan surat rayuan dan jawapan balasnya ini.
Sent from my iPhone