YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
31 Januari 2013
Tawaran DAP Kepada Anak Raja Satu Penghinaan Bukan Penghormatan
Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.
Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang 'berbau' Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.
30 Januari 2013
Apple rolls out iOS 6.1 update, brings additional LTE carriers, Siri movie ticket support | NDTV Gadgets
The new iOS 6.1, which is available as a free software update will now allow users in the US to purchase movie tickets through Fandango via Apple's voice-assistant Siri and iTunes Match subscribers can download individual songs to iOS devices from iCloud.
Apple's marketing chief Philip Schiller said, "iOS 6 is the world's most advanced mobile operating system, and with nearly 300 million iPhone, iPad and iPod touch devices on iOS 6 in just five months, it may be the most popular new version of an OS in history. iOS 6.1 brings LTE support to more markets around the world, so even more users can enjoy ultrafast Safari browsing, FaceTime video calls, iCloud services, and iTunes and App Store downloads."
The statement noted that it will include maps "with Apple-designed cartography, turn-by-turn navigation and Flyover view." Apple has also added a way to reset your Advertising Identifier, which monitors a user's web activity and provides the information to advertisers.
Other minor updates include redesigned playback controls on the lockscreen, minor changes in Safari and slight changes to boarding passes in Apple's Passbook software.
The previous iOS 6 update came in the form of iOS 6.0.1 in December last year accessible only on to iPhone 5 and iPad mini users. It brought a fix related to Wi-Fi issues on the company's newest devices.
Prior to this, the company released the iOS 6.0.1 software update in November 2012, which was the first update to iOS 6 since its release in September 2012. It brough various bug fixes including one that kept iPhone 5 users from installing over-the-air software updates. It also fixed an issue with lines appearing on the software keyboard and a bug that deleted meetings from calendars when accepting an invitation.
To date, iOS users have uploaded over nine billion photos to Photo Stream, sent over 450 billion iMessages and received over four trillion notifications.
Apple shares rose 2.2 percent Monday to $449.55, but remain down some 35 percent from last year's record highs amid concerns about slowing growth for the US tech giant.
Here is a complete change log of the iOS 6.1 update:
- LTE support for more carriers (complete list of supported carriers at www.apple.com/iphone/LTE/)
- Purchase movie tickets through Fandango with Siri (USA only)
- iTunes Match subscribers can now download individual songs from iCloud
- New button to reset the Advertising Identifier
(With Inputs from AFP)
Source :
http://gadgets.ndtv.com/mobiles/news/apple-rolls-out-ios-61-update-brings-lte-siri-movie-ticket-support-323480Sent from my iPad
Cucu Tok Selampit: Surat Skandal Seks ADUN DAP Aulong Tersebar Luas Di Taiping
Surat Skandal Seks ADUN DAP Aulong Tersebar Luas Di Taiping
Berdasarkan salinan surat di atas, ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya sehingga dikatakan pembantu peribadinya yang hanya dinamakan sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya.
Surat seperti di atas telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat berkenaan. Jangan selepas ini UMNO pula dipersalahkan seperti biasa sebagai pihak yang mengedarkan surat berkenaan.
Sumber
http://khairulryezal.blogspot.com/2013/01/surat-skandal-seks-adun-dap-aulong.html?m=1
Sent from my iPad
Mahasiswa & NGO Bantu PM @NajibRazak Realisasikan Tranformasi Rakyat Menerusi #JelajahAnakMalaysia
Program Jelajah Anak Malaysia yang bertemakan Transformasi Rakyat akan diadakan dari 30 Jan hingga 12 Mac ini bertujuan untuk memastikan anak muda dapat berkongsi pengalaman dan merasa sendiri denyut nadi rakyat di seluruh Malaysia.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, program tersebut turut mendapat sokongan daripada 46 NGO yang akan bersama menjayakan jelajah kali ini.
Menurutnya lagi, program itu akan dijalankan dalam tiga bentuk fasa iaitu 30 Januari hingga 16 Februari di Semenanjung Malaysia, 25 Februari hingga 3 Mac(Sarawak) manakala 5 hingga 12 Mac di Sabah.
Terdapat 11 kategori aktiviti ketika kami menjalani program tetapi program yang utama adalah Pusat Perkhidmatan Rakyat (Rakyat Service Centre).
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong gerakan anak muda ini dan berilah mereka peluang untuk merasai sendiri pengalaman bersama rakyat akar umni disepanjang perjalanan mereka.
Kita doakan semoga mereka berjaya dan terus berjaya kerana mereka inilah yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang. - PDTM
Insyaallah...
Ikuti laporan terkini dari blogger yang turut menyertai konvoi tersebut :
mymahasiswa.blogspot.com
shahalamrebels.blogspot.com
penadaritanahmelayu.blogspot.com
braderjai.blogspot.com
Facebook : http://www.facebook.com/JelajahAnakMalaysia
Twitter : @JTranformasi
Website : Jelajah Anak Malaysia
Sumber http://yuseriyusoff.blogspot.com/2013/01/mahasiswa-ngo-bantu-realisasikan.html?m=1
Sent from my iPad
3 Program @Anwaribrahim Di Terengganu Batal Akibat Tentangan Pas Krisis Dalaman PKR ? | AIDC
Program Anwar Di Terengganu Batal ?
AIDCNews – 29/01/13 – Blog cucu tok selampit (CTS) melaporkan program Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu yang dijadualkan 02 Februari 2013 terpaksa dibatalkan.
Menurut blog itu, tiga program yang telah diatur terpaksa dibatalkan adalah; "Meet Anwar" di Grand Continental Hotel (5.00-7.00 petang), Ceramah di Seberang Pintasan, Dungun ( 9.00-10.00 malam ) dan Ceramah Perdana di Kampong Baru, Kerteh (11.00-12.00 malam).
"Apakah pembatalan ini atas desakan Ketua Umum sendiri yang menjangkakan program ini tidak akan mendapat sambutan?," soal CTS yang mendakwa mendapat sumber dalaman tentang pergolakan dalaman PKR Terengganu.
Sehingga ke hari ini PKR Terengganu gagal mengemukakan tokoh dari negeri itu untuk memimpin parti sehinggalah YB Azan Ismail, Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota, Pahang untuk menjadi pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Pada Mac tahun lalu, Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi meminta PKR "mengukur baju di badan sendiri," sebelum menuntut untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-13.
"Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini," katanya.
Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu 'makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan'.
"Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu," katanya lagi
Sent from my iPad
Pas Semakin Jumud Dengan Pecat Ust Nasharuddin Selepas Singkir Hassan Ali
Akhirnya Pas mengambil tindakan terhadap bekas Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa dengan menggugurkan beliau daripada keanggotaan Majlis Syura Ulama parti itu.
Keputusan itu sememangnya sudah dijangka dan tidak mengejutkan hanya persoalan mengapa Pas mengambil masa begitu lama untuk bertindak ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.
Sejak Nasharuddin kalah kepada Mohamad Sabu untuk mempertahankan jawatannya dalam pemilihan semasa Muktamar Tahunan Pas ke 57 pada tahun 2011 dan sejak itu beliau telah banyak bermuhasabah diri mengenai isu perpaduan umat Melayu di negara ini.
Sikap Nasharuddin yang lunak dalam isu perpaduan dengan UMNO menjengkelkan malah menaikkan bulu kening pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Murshidul Am, Nik Aziz Nik Mat.
Kepada Nik Aziz dan geng Anwarinas, Nasharruddin dilabel sebagai pengkhianat kerana berkawan dengan UMNO.
Malah heboh pada tahun 2009 isu kerajaan perpaduan yang dipelopori oleh kumpulan UG atau Unity Government yang mahukan kerjasama politik dengan UMNO demi kesatuan dan mengukuhkan posisi politik orang Melayu di Malaysia.
Nasharuddin adalah antara tokoh utama UG disamping Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tetapi malangnya Nik Aziz telah berjaya mempengaruhi pimpinan parti untuk menolah inisiatif UG.
Sejak itu Nasharuddin menggangap dirinya seperti melukut di tepi gantang, disisih oleh partinya sendiri.
Malah beliau sendiri sebagai Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pas dikatakan tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat ang diadakan.
Beliau sebaliknya menumpukan perhatian mengetuai sebuah badan swadaya yang dipanggil Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.
Atas kapasiti itu Nasharuddin sering kelihatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ini telah menaikkan darah Nik Aziz dan sekutu-sekutunya yang pro-Anwar atau Anwarinas.
Gambar beliau bersama Perdana Menteri di Mekah bertemu dengan ulama-ulama di kota suci itu telah menjadi heboh di kalangan ahli Pas.
Nik Aziz lebih sakit hati apabila melihat Nasharuddin menemani Datuk Seri Najib semasa lawatan sehari ke Semenanjung Gaza baru-baru ini.
Mungkin itu menjadi 'the straw that breaks the camel's back' atau penyudah kepada perbuatan 'khianat' Nasharuddin terhadap partinya, lantas beliau dikeluarkan daripada badan tertinggi penentu dasar dan halatuju parti itu.
Nik Aziz juga berang dengan Nasharuddin yang sebelum ini menggesa Pas mengkaji semula kerjasama parti itu dengan PKR dan Dap dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga berlaga angin pendirian Pakatan Rakyat dan Pengerusi Dap Kebangsaan, Karpal Singh mengenai isu hudud.
Tindakan ke atas Nasharuddin didakwa berlawanan dengan semangat 'jemaah' tetapi hakikatnya Pas adalah sebuah parti yang jumud dengan aliran pemikiran yang beku dan kaku.
Parti itu berlagak seperti hero Islam malah nama agama dipakai pada nama parti tetapi sebenarnya kepentingan politik Nik Aziz yang diperjuangan, bukan parti, ahli mahupun umat Islam.
Pas iri hati dan cemburu apabila melihat pemimpinnya seperti Nasharuddin bersikap bebas dan tidak terikat dengan budaya parti yang menjadikan UMNO sebagai musuh tradisi untuk selama-lamanya.
Inilah pemikiran yang dibawa oleh Nik AZiz dan dipaksa ke atas pas menjadikan parti iaitu sebuah organisasi siyasah yang statik dan progresif.
Nasharuddin seorang pemimpin Pas yang berfikiran terbuka serta mempunyai pandangan jauh berkaitan perpaduan Islam.
Bagi beliau perbezaan peendekatan politik yang diambil oleh UMNO dan Pas tidak bermakna perpaduan tidak boleh dicapai melalui kaedah lain.
Inilah yyang dilakukan olehnya apabila sanggup bersama-sama Perdana Menteri demi agenda memartabatkan kepentingan Islam.
Jika Nik Aziz berfikiran terbuka dan berlapang dada, apa salahnya Nasharuddin berganding bahu bersama pemimpin kerajaan Barisan Nasional demi perjuangan rakyat Palestin?
Juga apa salahnya Nasharuddin menjadi perantara bagi Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan ulama-ulama tersohor Mekah?
Tetapi bagi Nik Aziz dan kuncu-kuncunya perbuatan Nasharuddin adalah antara dosa paling besar, malah kalau berdasarkan 'Amanat Haji Hadi, sudah tentu beliau boleh dijatuhkan hukum kafir!
ends
Kiriman Email
29 Januari 2013
Sinar Harian Lapor Azrul Azwar Nafi Ahli PKR Walau The Malaysian Insider Mengesahkannya !!! #PakatanPenipu
Adakah analisa beliau boleh dipercayai?
Sent from my iPad
Sah Azrul Azwar Tidak Jujur Analisa - The Malaysian Insider Sahkan Beliau Ahli PKR Putrajaya
Beliau sebelum ini meramalkan BN kalah dalam PRU 13. Dan mendakwa analisa dibuatnya tidak bias mana-mana pihak.
Namun jelas beliau adalah ahli PKR Putrajaya.
Kisah beliau membuat ramalan sila baca di sini http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/15943-ramal-bn-kalah-ketua-ekonomi-bank-islam-digantung
RIDHUAN TEE: Sejauh manakah kita pakar ?
Sent from my iPad
Lebih 1,000 bermunajat di Putrajaya mohon rapatkan ukhuwah umat Islam di Malaysia Sabtu Lepas
Lebih 1,000 bermunajat mohon rapatkan ukhuwah
PUTRAJAYA 26 Jan. - Hampir 1,000 orang umat Islam bermunajat dan berdoa demi merapatkan ukhuwah Islamiah serta perpaduan ummah dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Putra di sini hari ini.
Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dihadiri oleh para jemaah pelbagai lapisan umur itu mendirikan qiamullail seawal pukul 4.30 pagi didahului solat sunat tahajud, solat sunat hajat, dan solat sunat witir.
Seterusnya diikuti dengan solat subuh, bacaan ayat-ayat suci al-Quran, tazkirah dan bacaan zikir Istighasah beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum program itu berakhir pada pukul 8.30 pagi.
Setiausaha MPM, Dr. Hasan Mad berkata, matlamat utama penganjuran adalah meminta pertolongan luar biasa daripada Allah bagi menyatukan umat Islam agar dilindungi daripada bencana dan musibah disebabkan perbalahan yang sering timbul.
"Perlu diingatkan, program ini tiada kaitan dengan politik mahupun sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, jika ada ahli politik yang hadir sekalipun beliau akan dianggap sama dengan jemaah lain," katanya dalam sidang akhbar selepas program itu selesai.
Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Istighasah al-Kubra, Datuk Seri Isahak Yeop Mohd. Sha dan Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.
Program anjuran MPM itu mendapat kerjasama daripada Masjid Putra dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
Hasan berkata, lebih ramai lagi jemaah tanpa mengira ideologi dan fahaman politik akan diundang untuk menghadiri program itu pada masa hadapan.
Beliau menyifatkan program itu berupaya menjadi sebuah gelombang untuk mengenepikan apa jua perbezaan ideologi politik dan perbalahan.
Pada masa sama, beliau berkata, program itu akan diperluas ke masjid-masjid negeri dan daerah terutama di Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Johor. - UTUSAN
Sent from my iPad
28 Januari 2013
@NajibRazak : Pengguguran Nasharuddin Bermotif Politik
KUALA LUMPUR, 28 Jan - Tindakan PAS menggugurkan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura dilihat bermotif politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di sini, Isnin.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.
Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh dilaporkan berkata pada Ahad bahawa Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan telah dibuat pada 13 Januari lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Zawawi berkata antara sebab keputusan itu diambil ialah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan parti, iaitu tidak hadir mesyuarat.
Sementara itu, Najib berkata matlamat utama lawatan beliau ke Gaza berjaya dicapai.
"Sepatutnya matlamat kita membantu rakyat Palestin, memperjuangkan isu Palestin dan tak membiarkan mereka terpinggir dan keseorangan.
"Dan mereka (rakyat Palestin) amat menghargai lawatan tersebut," katanya.
Sent from my iPad
Why Chinese Prefer @anwaribrahim to be PM
UM Centre Of Democracy And Election (UMCEDEL) once again ran a survey regarding the election on December 26, 2012 until January 11, 2013 which involves 1409 respondents. Prior to that, they did the same survey involving 2282 respondents from March 31, 2012 - April 15, 2012 and 1536 respondents from September 1, 2012 - September 16, 2012.
UMCEDEL previously discovered that 50% chooses BN and 30% remain undecided. However, BN supporters did not really take the results seriously because they take UMCEDEL as same as Merdeka Center, a research centre which is led by foreign party and it cannot be trusted.
And with the background of UMCEDEL's Director, Professor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman, the former President if ABIM who is still loyal towards Anwar Ibrahim and seems open with the idea of liberalism. Besides that, Prof. Redzuan is also questioned regarding his credibility in handling political census considering that he is from the Faculty if History and Literature.
Thus, when he announced that the recent survey found that there is a decline in support towards BN, it is expected. It is just a standard strategy for Merdeka Center to show declining support as General Election comes closer to bring down BN's moral, and it is UMCEDEL's responsibility to do the same.
However, to be fair, we should have an open mind and accept the findings presented by UMCEDEL, which showed that 78% from 1409 respondents have their doubts on BN on issue of integrity and power abuse and from the 78%, 95% of the respondents are Chinese, showing signs that component party, MCA, will be facing a tough challenge in getting back their seats.
What is more interesting is that, NFC issue, Lynas and Deepak is also said to be a huge issue among rakyat and it could become a possible threat for BN.
While for the opposition, the issue which becomes priority for rakyat would be the internal conflict. However, it is surprising that only 59% takes it as the main issue, while 21% is not sure and another 20% do not care if their government often fight among one another.
Issues such as PTPTN, free tolls and reduce oil price shows that 50% respondents believe that opposition will be able to fulfil their promise. Thus, showing that Malaysians still fail to understand the logical explanation on the logic of managing the country's and global economy to believe that the could do such a thing without having to suffer financial crisis in such short notice.
Whatever it is, if we are to consider that the 1409 respondents are the voice of rakyat, then one thing which we would have to look on would be the Chinese's tendency to choose PRm or accepting Anwar Ibrahim as the Prime Minister.
Support from the Chinese towards PR, or Anwar Ibrahim if true, is seen through the factor of PR's characteristics which is liberal and that they are prepared to abolish the 'Islamic State' clause in the constitution as well as getting rid of Malay rights. Moreover, PR is also known to be supporting Christians activities as well as their openness towards LGBT group.
Even though PAS is supposed 'balance' things out on PR's liberalism, everyone knows that PAS's voice does not matter in the coalition. PAS cannot do anything other tha objecting the matter with their mouth, or their best, step on DAP's flag. That is about it.
This is because PAs is scared if they are kicked out from PR.
The fact is, PAS cannot put their hope on PKR to help then defend Islam even though the party is led by Anwar Ibrahim, a Muslim Malay. Anwar is a pluralist, liberal and he is much more comfortable to be around Christian DAP than PAS.
We are not surprised why the Chinese chooses PR and we are not surprised if they are willing to take Anwar as their Prime Minister. Considering that all of Anwar's secret is still in DAP's hands, UMCEDEL's survey findings may be credible after all.
However, the thing which might be in question would be their motive in supporting PR because we believe that the government's integrity is not part of the issue. If that is the issue, then DAP's integrity in terms of corruption and vote rigging is a lot worse, thing goes to PKR and PAS as well.
The conclusion, the Chinese choose to go with PR because PR is willing to sacrifice Islam and Malay rights. Malays chooses PR because they want to 'get rid' of corruption, even if they have to sacrifice Islam and their own race.
Terkini : Blog jinggo-fotopages: Kenyataan Dr Hasan Ali mengenai Nasharudin Mat Isa
Sent from my iPad
Cucu Tok Selampit: Panas & Eksklusif !!! Gambar @NikAbdulAziz Potong Birthday Cake Di Rumah Karpal Singh
Sent from my iPad
Lawatan Kemanusiaan Gaza : Ucapan PM @NajibRazak di #KLIA Sejurus Selamat Tiba Di Tanahair 27/1/2013 - YouTube
Walhal mereka sendiri tidak mampu lakukan seperti mana Umno lakukannya.
Sudahlah gagal menghulurkan bantuan kepada rakyat tertindas di Palestin, menghina pula pihak yang melakukannya.
Jenis manusia apakah ini ?
Senang cerita yang bersikap sebegini layak digelar munafiq.
Mencari kesilapan sepanjang masa bukan mencari kebaikan saudaranya. Mudah mengutuk dari memuji walau berlainan parti.
Rakyat sudah cerdik... Rakyat sudah bijak untuk menilai apakah baik atau tidak lawatan Perdana Menteri ke Gaza yang diikuti isteri tercinta bergadai nyawa demi saudara seagama.
Menurut sumber memberitahu, lawatan ke Gaza tidak disyorkan pihak yang menjaga keselamatan namun diteruskan juga oleh Perdana Menteri yang mengikut gerak hatinya yang mahu ke sana.
Mari kita berbangga dengan PM berani seperti Mohd Najib Tun Ab Razak dan jangan biarkan parti Barisan Nasional tidak mendapat 2/3 dalam PRU akan datang.
BN pilihan kita dulu, kini dan selamanya.
http://www.youtube.com/watch?v=i1-6Mq1l1fA
Sent from my iPad
27 Januari 2013
UMNO Online - Tindakan Ketua Pemuda Pas Cemuh Lawatan PM Menyedihkan Kata @Razaliibrahim
MUAR, 26 Jan – Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan mencemuh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin Selasa lalu, sebagai sesuatu yang menyedihkan.
Beliau berkata kenyataan pemimpin sayap kanan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam membuktikan beliau tidak matang dan terperangkap dalam kejumudan.
Katanya kunjungan Perdana Menteri bukan berunsur politik tetapi bertujuan membantu negara Islam yang sentiasa ditindas Israel.
"Nasrudin perlu melihat lawatan itu sebagai wakil negara secara keseluruhannnya, bukan melihat pada kacamata sempit semata-mata kerana beliau (Najib) adalah pengerusi Barisan Nasional dan presiden Umno," katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Daerah Mengundi Parit Keroma, Jalan Temenggung di sini hari ini.
Razali berkata Nasrudin mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berfakta malahan dikuasai perasaan emosi serta berbaur politik semata-mata.
Beliau sedih kerana Ketua Pemuda PAS Pusat itu hanya ingin mencari populariti tanpa berusaha membawa perubahan dalam kepimpinannya yang sangat diharapkan oleh anggota sayap kanan parti itu.
"Sebab itu Datuk Nik Aziz Nik Mat cakap, selama 26 tahun jadi Menteri Besar (Kelantan) dia belum nampak lagi pelapis yang boleh mengambil alih tempatnya," kata beliau.
Razali berkata langkah Perdana Menteri melawat negara Islam itu harus dihormati kerana dilakukan seorang pemimpin negara ketika rakyat Palestin memerlukan sokongan saudara seagama mereka dari seluruh dunia.
Sent from my iPad
Graduan Mesir Pengerusi Cawangan DAP Keluar Parti Kerana Kalimah Allah- YouTube
Sent from my iPad
POLITIK HARIAN: Ustaz Nasha Digugurkan Dari Majlis Syura PAS Kerana Ikut PM @NajibRazak ke Gaza ?
Adakah kerana bersama Presiden Umno maka keimanan beliau sudah gugur?
Majlis Syura yang lemah dan lembab akan semakin teruk ekoran tindakan tidak waras seperti ini.
Kerana ketaksuban politik maka segala-galanya dijadikan alasan menghalang pihak yang mahukan perpaduan.
Baca lagi berita pengguguran keahlian Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang mengecewakan lagi ahli Pas termasuk umat Islam yang pernah berharap Pas mampu membela umat menyatukan semua pihak...
http://brojinggo.blogspot.com/2013/01/ustaz-nasha-digugurkan-dari-majlis.html?m=1
Sent from my iPad
Tun Mahathir dan Isteri Turut Hadir Bersama Sambut PM @NajibRazak #WiraKeamanan
Live : Suasana di KLIA Sambut Wira Keamanan Dunia YAB PM @NajibRazak
sumber gambar dari Twitter @zinmohamed @m_kayveas @ahlipekembar @azlierahmmn
Sekarang jam 11 pagi di RTM1 juga disiarkan sambutan diiringi selawat oleh rakyat yang hadir.
Bangga Malaysia memiliki PM yang anak jantan sanggup ke medan perang mencari jalan perdamaian Fatah Hamas selepas berjaya di Thailand Bosnia Somalia Rohingya dan terkini di Filipina.
Jika masih ada yang menghinanya nyatalah sifat munafiq mereka yang menghalang ia melihat hakikat yang kita nampak.
Ketika ini pesawat yang membawa PM dan isteri baru sahaja tiba dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan sedang berucap di balai ketibaan.
Laporan lanjut selepas ini....
11.05 am
26 Januari 2013
Isteri PM @NajibRazak Rosmah Serah Sumbangan USD800 Ribu Kepada Hospital Kanak-Kanak di Gaza - YouTube
http://www.youtube.com/watch?v=_IzRRLMPDes
Sent from my iPad
BN POST: Semalam Menteri Pertahanan DS @Zahid_Hamidi saman @RafiziRamli yang makin galak menfitnah beliau cc @NajibRazak
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.
Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.
Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.
Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.
Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.
Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.
Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama
25 Januari 2013
@NajibRazak bakal damaikan Fatah Hamas di Palestin Selepas Berjaya di Selatan Thailand, Bosnia, Somalia dan Filipina - Allahu Akbar !!!
Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati. Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.
Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak. Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.
Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada. Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato' Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012. Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.
Kejayaan tersebut membawa Dato' Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan. Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.
Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.
Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.
Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah. Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.
Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004. Punca konflik ini juga begitu 'klasik' atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan. Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.
Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.
Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya. Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama. Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.
Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.
Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato' Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu. Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.
Ini kerana, Dato' Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai. Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.
Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi 'ugutan' pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur. Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato' Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis 'serangan' pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato' Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut 'menepis' hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.
Kiriman Email
Kenyataan Media Jelaskan Presiden PERKASA Hanya Akan Bakar Bible Jika Guna Bahasa Melayu Jawi dan Kalimah Allah
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
25hb Jan 2012
Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia memandang kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memulakan isu penggunaan kalimah ALLAH ini, secara terang pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan isu ini serta tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kristian yang memberi bible ini kepada pelajar-pelajar Melayu di jelutung, Pulau Pinang tempoh hari. Kenyataan Dato Ibrahim Ali sudah diputarbelitkan Dato Ibrahim Ali ada menyatakan akan membakar bible versi Melayu & Jawi yang mengandungi perkataan ALLAH. Bukan akan membakar bible yang sedia ada.
Tindakan yang sepatutnya di ambil kepada Lim Guan Eng kerana membangkitkan isu ini, tetapi a tiada tindakan yang diambil terhadap mereka-mereka ini. Kenyataan Dato Ibrahim Ali ini menunjukkan kemarahan umat Islam serta mempertahankan ugama persekutuan. Penghinaan demi penghinaan terhadap Agama Islam.
Rentetan peristiwa peristiwa penghinaan yang berlaku terhadap Agama Islam di Malaysia yang menjadi titik mula hingga Islam dihina secara terang terangan secara berterusan dan bila cuba ditentang akan diputar belitkan fakta faktanya sehingga yang memperjuangkanya dicerca dan dihina oleh bangsa sendiri yang buta hati.
TIADA TINDAKAN TERHADAP PADERI YANGG MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD SAW.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan seorang paderi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak(Petikan dari akhbar Berita Harian yg bertarikh 28-9-2010, tetapi masih tiada apa-apa tindakan diambil setelah pelbagai laporan telah dibuat oleh beberapa pihak di mana kes tersebut berlalu hampir 2 tahun dan ini adalah titik permulaan penghinaan terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di mana ia dipandang remeh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab sehingga perkara tersebut berterusan sehingga ke hari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP LIM GUAN ENG DAN PASTOR-PASTOR YG MAHUKAN NEGARA INI DIJADIKAN NEGARA KRISTIAN.
Isu pertemuan paderi dari seluruh negara yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan Jefry Ooi yang dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan diambil sehingga kehari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG REMAJA YANG MEMBALING CAT MERAH DAN BOTOL ARAK DI SURAU TAMAN PULAI IMPIAN, SIKAMAT, SEREMBAN.
Walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.
TIADA TINDAKAN KEPADA ORANG YANG MENYURUH MEMPERLAHANKAN AZAN.
Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Seakan-akan ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia.
TIADA TINDAKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN SEDANGKAN DALAM ARTIKEL 11(4) ADA MENYATAKAN TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENYEBAR AGAMA –AGAMA YANG LAIN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM.
Isu ini juga seperti isu isu yang sebelum ini. Tiada apa apa tindakan diambil terhadap individu individu yang terbabit dalam perkara tersebut yang mana perkara tersebut terang-terangan melanggar peruntukan di dalam "Article 11 (4) – State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam".
Para penganut agama lain di Malaysia perlu dididik tentang pentingnya mereka menerima ketinggian kedudukan Islam khususnya di sudut Perlembagaan Negara (Artikel 3). Hanya Islam sahaja yang menjadi agama negara dan tidak agama lain. Maka sudah tentu, para penganut agama lain perlu menghormati kedudukan ini. Islam sentiasa menjamin kebebasan penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka.
TIADA TINDAKAN TERHADAP BEBERAPA BUAH MASJID YANG DILETAKKAN KEPALA KHINZIR.
Tidak cukup dengan isu lontar cat merah dan botol arak di surau dan sekali lagi kita umat Islam dikejutkan dengan perbuatan meletakan kepala khinzir dibeberapa buah masjid di Selangor dan Johor. Juga tiada sebarang tindakan atau tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa walaupun pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangkap dalang disebalik perbuatan tersebut.
Ada pihak yang ingin melihat keharmonian Negara tergugat dan melakukan berbagai provokasi supaya rakyat berbilang kaum dan agama di Negara ini yang hidup aman dan damai terguris.
TIADA TINDAKAN TANGKAPAN TERHADAP 3 ORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN YANG MENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR MELAYU ISLAM DI JELUTONG PENANG
Apakah sebenarnya dan maknanya dengan memberikan bible tersebut kepada pelajar Melayu walaupun bible tersebut tidak mengandungi Kalimah Allah jika ada saya yakin ianya hanya mahu menyesatkan anak-anak Melayu Islam.
Bayangkan jika ada Kalimah Allah di dalamnya pasti anak Melayu akan menjadi keliru bila mana nama Allah tercatit di dalam bible sedangkan penggunaannya telah dilarang untuk agama lain selain agama Islam.
Secara terang terangan memang wujud gerakan untuk menyebarkan agama kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Sedangkan kita umat Islam tidak pernah berbuat demikian walaupun kita boleh berbuat demikian kerana Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kita masih boleh bertolenrasi jika tiada perkara yang boleh menganggu gugat Islam di Malaysia.
Dari semua yang disebutkan diatas dan beberapa isu lagi yang berkait dengan peghinaan terhadap Agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia adalah titik mula bagi penghinaan yang akan berterusan jika tiada sebarang tindakan yang agresif diambil bagi membendung konflik tesebut dan kadang kala isu isu tersebut akan diputarbelitkan oleh pihak pihak yang tertentu mahupun individu yang berkepentingan dalam ingin menjadi juara dalam isu tersebut.
Kami Wira Perkasa Malaysia tetap akan bertegas dan akan menyokong tindakan Presiden Perkasa yang mana tindakan beliau adalah bertujuaan mempertahankan akidah dan memelihara Umat dan Ugama Islam.
Kita tidak gentar akan suara suara pengkhianat pengkhianat ugama yang cuba memesongkan akidah umat Islam. Saya sesungguhnya percaya bahawa, keamanan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini, datangnya melalui usaha kita dengan izin Allah dan bukannya secara kebetulan. In Sha Allah.
Irwan Fahmi Ideris
Ketua Wira Perkasa Malaysia.
24 Januari 2013
Promo Buku "Sirah Teragung Muhammad SAW" + Album Eksklusif Hafiz Hamidun - YouTube
Tanpa makrifat mustahil akan terbit mahabbah kepada Nabi Muhammad saw.
Semoga Allah mencurahkan kasih Nabi dalam hati kita agar tetaplah dapat kita semua akan syafaat di hari akhirat.
Allahumma solli wasallim wabaarik alaih....
Videonya :
http://www.youtube.com/watch?nomobile=1&v=y2eJZ0DoBw8
Setiap buku akan mendapat album terbaru Hafiz Hamidun.
Sent from my iPad
PM @NajibRazak Dedah Dua Anak Angkat Palestin Bukti Perihatin Sejak Dulu Bukan Hanya Sekarang
Lawatan kemanusiaan - PM
KAHERAH 23 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lawatan beliau ke Gaza, semalam berasaskan kepada faktor kemanusiaan sekali gus menunjukkan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin.
Kata Perdana Menteri, ia juga sebagai simbol keprihatinan Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza yang menerima tekanan cukup hebat, terutama sekali penghujung tahun lalu apabila dalam masa lapan hari kerajaan Israel melakukan keganasan di situ dan ia menyentuh hati rakyat Malaysia.
"Oleh itu berdasarkan kepada perkembangan tersebut dan isu terkini, maka amat wajar saya melakukan lawatan kemanusiaan mewakili rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kita kepada perjuangan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di hari terakhir lawatan tiga hari ke Mesir dan Gaza di sini hari ini.
Najib mengulas kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang tidak senang dengan lawatan bersejarah Perdana Menteri Malaysia itu ke Gaza, dan menganggap ia seolah-olah memberi kelebihan kepada Hamas.
Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, lawatan itu juga bagi melihat sendiri apa yang berlaku dan hasil pengamatan yang dilakukan, hampir semua tempat yang dimusnahkan melalui serangan Israel tidak ada signifikan dari segi nilai ketenteraan.
"Ia juga sebagai satu peluang dan kesempatan untuk melahirkan sokongan kepada Fatah dan Hamas menubuhkan kerajaan perpaduan secepat mungkin.
"Kewujudan kerajaan perpaduan itu adalah pra syarat kepada rakyat Palestin untuk mencapai matlamat yang diidam-idamkan oleh mereka," katanya.
Mengenai reaksi Mahmoud Abbas, Perdana Menteri berkata, mungkin berlaku salah tafsir terhadap tujuan lawatan tersebut.
"Saya telah menjelaskan kepada Menteri Wakaf dan Agama Palestin, Mahmoud Habash dalam pertemuan malam tadi di sini bahawa ia lawatan kemanusiaan dan Gaza merupakan isu terkini bukan Tebing Barat.
"Saya tidak dapat melawat Ramallah sebab terpaksa melalui ruang udara yang dikawal oleh Israel dan mereka tidak akan memberikan kebenaran melainkan kita ada hubungan diplomatik dengan mereka," katanya.
Oleh itu kata beliau, berdasarkan kepada kesukaran itu adalah lebih baik beliau melawat Gaza kerana inilah isu yang dekat di hati rakyat Malaysia dan tidak harus disalah tafsir sebagai memberi kelebihan kepada mana-mana pihak atau mengurangkan pengaruh pihak yang lain.
"Saya juga ada bercakap dengan Presiden Mahmoud Abbas sebelum bertolak ke sini dan kenyataan beliau seperti mana dilaporkan oleh media asing sememangnya sudah dijangkakan," katanya.
Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Mahmoud Habash, adalah jelas Fatah dan Malaysia masing-masing mempunyai perspektif sendiri berhubung lawatan berkenaan.
"Apa yang penting kita dan Fatah ada komunikasi tetapi masing-masing ada perspektif sendiri. Dalam perspektif saya, ia semata-mata lawatan dasar kemanusiaan.
"Perspektif Fatah, mereka tidak mahu lawatan saya disalah tafsir sebagai menyokong dan memberi kelebihan kepada Hamas berbanding Fatah," katanya.
Najib turut menjelaskan, isu Palestin sememangnya dekat di hati beliau dan menjejak kaki ke bumi Palestin sememangnya idaman beliau sejak dahulu lagi.
"Semasa menjadi menteri, saya mengambil dua kanak-kanak Palestin sebagai anak angkat. Saya membiayai pelajaran dan menghantar wang kepada mereka setiap bulan melalui Institut Penyelidikan Sosial Malaysia (MSRI) yang dikendalikan oleh Allahyarham Elijah Gordon pada masa itu," katanya.
Sent from my iPad