Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 Disember 2013

Pandangan @Panglima_Cyber Kenaikan Tol Kerajaan @NajibRazak di Malaysia


Isu Tol bagi saya 

1. Kerajaan kena mematuhi perjanjian dengan pemegang konsesi yang sudah dipanjangkan tempoh sebelum ini untuk elak kenaikan tol kepada rakyat 

2. Keuntungan tol akan kembali kepada GLC yang memegang saham majoriti 

3. Penggunaan tol yang tinggi akan diberi diskaun oleh pemegang konsesi

4. Pengguna boleh memilih memboikot produk yang naik harga 

5. Pengilang akan mengurangkan kos demi mengekalkan harga seperti syarikat Nestle lakukan 

6. Kebanyakan yang terasa kenaikan ialah golongan pengilang bukan pengguna. 

7. Jika kerajaan memungkiri janji MOU maka imej kerajaan akan dipandang negatif 

8. Dasar penswastaan tol telah banyak membantu mengurangkan kos kerajaan sehingga dapat diguna untuk kebajikan rakyat yang lain 

9. Bukan semua rakyat Malaysia menggunakan jalan tol 

10. Jalan biasa masih elok untuk diguna sebagai pilihan kepada kenaikan harga tol 

11. Rakyat yang bijak akan pandai potong belanja untuk serap kenaikan atau guna pengangkutan awam. 



Sent from my iPhone

1 ulasan:

Unknown berkata...

assalammualaikum.. ini fakta yang saya baca dari satu blog..dan saya selidiki memang benar.. kerajaan akur pada syarikat milik kerajaan? too dammn

Alasan bahawa tol mesti dinaikkan kerana ia sebahagian daripada perjanjian dengan syarikat konsesi terlalu dangkal dan tidak boleh diterima, kata PKR.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, ini kerana, sebahagian besar syarikat pemegang konsesi dikuasai oleh anak-anak syarikat kerajaan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

NONEAnggota Parlimen Pandan itu justeru berkata, kerajaan oleh itu mempunyai kuasa dan pengaruh untuk merunding semula terma berkaitan.

"Ini bermakna, kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dan pengaruh untuk duduk berbincang dengan pemegang-pemegang konsesi sama ada melalui pemilikan saham pemegang konsesi ini atau bantuan kewangan yang telah pun diberikan kepada syarikat pemegang konsesi," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar kelmarin berkata, kenaikan kadar tol yang dijangka tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Katanya, telah tiba masanya kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi juga berkata, tiga pemegang konsesi lebuh raya terbesar - Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Prolintas dan Gamuda - dikuasai oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Plus dikuasai Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Prolintas anak syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Hanya Gamuda merupakan syarikat swasta tetapi agensi-agensi kerajaan mempunyai sekurang-kurangnya 22.59 peratus pegangan (berdasarkan pemilikan saham akhir tahun 2010), kata Rafizi.

Sementara itu, Rafizi juga berkata, perlu juga diambil kira apabila sebahagian besar konsesi tol di negara ini juga mendapat bantuan kewangan penuh kerajaan semasa pembinaan.

Cari Blog Ini

Translate