Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Disember 2013

#PanasBerapi - REZQEEN HILL: @Ibdil Tunggu Tahun 2014, Baru Mula Kerja? #1Malaysia #UMNO @Khairykj @NajibRazak

Panglima sudah lama mengenali Blogger Rezqeen Hill ini. Pemuda yang berjuang dengan semangat Melayu Islam yang kental dan rela berkorban apa sahaja demi parti. 

Kami bersama menjayakan Blogger pembela negara semasa Unit media Baru Umno belum ada selepas tamat PRU 12 tahun 2008. Bersama Papagomo Parpukari Pisau Gerakan Anti PKR Garamanis dll.

Episod #bedilIbdil nampaknya memasuki pusingan baru. Serangan baru dan lebih padu. Adalah sengaja atau tidak, firasat Panglima mengatakan ia berlaku tanpa koordinasi dan lebih kepada luahan hati. Lebih menarik Blogger hebat Mazidul dan Helen Ang turut bersatu tenaga dengan kami semua kali ini.

Dalam hal ini jika yang ditegur sudah berubah sudah tentu artikel sebegini tidak akan muncul lagi. Namun ada sesuatu yang tidak kena dan sudah pasti serangan ini bukan bermotifkan wang atau jawatan sebenarnya.

Jika Pengerusi Biro Media Baru Ibdillah Ishak  ini tidak berubah selepas berkali ditegur maka pihak atasan perlu buat sesuatu. Jangan menunggu beruk turun dari pokok jika sudah disuruh turun dengan membaling batu dan kayu kecuali dengan memanggil tuan beruk untuk memanggilnya turun.

Kita tahu dalam Umno ada kelompok elit dan marhaen, situasi yang sama dalam parti lain. Namun dengan kuasa yang sudah mencecah setengah abad maka Umno dilihat dengan imej korporat dan #lifestyle yang boleh memerangkap parti dan menjauhkan generasi Y untuk mendekati perjuangan suci ini.

Kita tidak mahu kata semua ini berlaku kerana ada udang sebalik mee. Iaitu seolah-olah Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin mahu melemahkan cybertrooper (dengan izin) Umno.

Namun apabila ia berlaku dan dibiarkan maka persepsi itulah yang akan bersarang di setiap minda pemerhati, pemimpin atau ahli parti sendiri.

Hakikatnya saudara Khairy Jamaluddin memang sangat berbeza dengan pemimpin pemuda yang ada dan banyak yang menyakitkan hati manusia melebihi yang membanggakan mereka. 

Pahit tetapi itulah hakikatnya...

Kisah menegur FAM dan biadap dengan orang lama sehingga mengheret Siti Nurhaliza menegurnya sudah tentu sangat memalukan Umno! Inilah kualiti yang dimiliki parti dan sombong dari mengubah diri sendiri? Susah sangat ke sebagai Menteri untuk meminta maaf atas kelemahan dan kesilapan ? Isu penumpang semasa sukan SEA juga menarik jika mahu diungkit namun biarlah lain edisi kita suarakan.

Jika perkara ini gagal diselesaikan maka pimpinan paling atas juga akan terancam. Kerana ucapan yang bersemangat oleh Presiden Umno tentang media baru di persidangan akhirnya hanya tersekat di dinding dewan tanpa mampu dibawa keluar untuk dipraktikkan dengan sebenar seperti yang sepatutnya. Bukan sahaja Ketua Pemuda bahkan Presiden juga boleh goyang jika gagal menawan kembali hati pejuang yang fikir mereka seperti tidak dihargai parti dalam isu ini.

Jangan sampai ada yang melihat Presiden sudah lemah dan tidak mampu tegas membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang disuarakan.

Memang benar kami bloggers dilihat hanya pandai mengutuk orang dan tidak sedar diri sendiri ada juga kelemahan. Namun harus diingat kami berjuang untuk kebaikan parti dan menegur demi parti.

Kami bukan alat kepada sesiapa kecuali untuk menjadi alat untuk kepentingan parti dan pertiwi. Pena kamilah yang bergerak siang malam membela Kerajaan dan parti Umno dan juga menegur Kerajaan dan parti Umno jika ada kesilapan dan kelemahan.

Maka teguran kami tidak akan menjadikan kami naik menjadi pemimpin atau memberi keuntungan duniawi sedikitpun. Bahkan hari ini ramai kalangan kami sedang diburu masalah kewangan namun ia dipendam dan ditelan dengan perit demi masa depan generasi akan datang.

Semangat yang mengalir di dalam urat darah ini hasil semangat datuk nenek moyang kami tidak mampu ditukar dengan ganjaran dunia atau jawatan. 

Jika tidak betul maka bersedialah untuk menerima kritikan dan menunggu saat kejatuhan lantaran kesombongan dari menerima teguran akibat yakin dengan kekayaan dan kuasa yang dimiliki tidak akan hilang.

Baca entri Rezqeen ini untuk perkongsian kisah perjalanan unit media baru umno yang nampaknya semakin layu di saat berbagai isu sedang berlaku...

Kita tunggu berapa kurun masalah sebegini mahu dibenarkan terus berlaku.


Sebenarnya malas la nak tulis pasal cerita budak UMNO sorang ni yang tak berapa pandai buat kerja untuk Pergerakan Pemuda tapi jari ni asyik gian je nak menaip. Sementara saya duduk di bangku hospital, menunggu isteri saya di dalam wad. Saya cuba ambil kesempatan untuk menaip di dada henpon ini.

Hakikat sebenarnya saya tak suka membalun orang UMNO pasal prinsip saya dan penulisan dalam blog ini diwujudkan bukan untuk menjatuhkan sesama kita tetapi lebih kepada menangkis fitnah & memperbaiki fikiran pembaca dengan pandangan lain atau 2nd opinion berbanding dari informasi yang tidak berguna dari sebelah Pembangkang.

Ibdil yang saya kenali sebenarnya seorang yang mempunyai visi dan idea yang agak bukan Melayu. Itu 1st impression saya apabila saya bertemu dengan beliau secara tidak sengaja di Riverside, PWTC.

Dalam pertemuan tersebut, saya menawarkan kepada beliau untuk bertemu dengan sahabat-sahabat bloggers dari seluruh negara yang akan turun berhimpun pada Perhimpunan Agung UMNO 2013. Saya boleh arrangekan sebab saya pernah berbuat demikian sebelum ini dengan pemimpin UMNO juga. So alang-alang bloggers dah ada di Kuala Lumpur, maka ianya lebih mudah kerana Ibdil tak perlu mengeluarkan kos yang banyak selain daripada belanja bloggers ni minum & makan malam di tempat tertentu.

Selanjutnya baca :



Sent from my iPhone

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Saudara Blogger yg hebat,

Pohon link kan pautan ni untuk dikongsi dalam blog sahabat.

http://mediagagak.blogspot.com/

Terima Kasih

Cari Blog Ini

Translate