Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 November 2013

#PRKSgLimau : Perlihatkan Ramai Pengundi Berhijrah ke BN - Pertambahan 4 Menjadi 10 dari 6 PDM PRU Lepas


YAN, 4 Nov – Walaupun Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pilihan raya kecil hari ini, kemenangan moral adalah milik Barisan Nasional (BN).

Tentangan yang diberikan BN kepada Pas kali ini cukup hebat kerana BN menang di 10 daripada 19 daerah mengundi berbanding hanya enam dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

semangat-berani-hijrah-umno-bn-mukhriz-najib-pembangunan-transformasi-islam-moden

BN menawan empat daerah mengundi iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50), di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU13 dengan majoriti bertambah.

Daerah mengundi yang dikekalkan adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada PRU13, Simpang Tiga (48 – 46), Selengkoh (195 – 119), Sungai Daun (293 – 137), Dulang Kechil (939 – 506) dan Dulang Besar (533 – 187).

Kemenangan Pas juga tercalar oleh kemerosotan majoriti undi sebanyak 61 peratus berbanding majoriti yang diperolehi dalam PRU13, Mei lepas.

Calon Pas Mohd Azam Abd Samat menang dengan majoriti 1,084 berbanding majoriti 2,774 yang diperoleh bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada PRU13.

Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi mengatasi Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi. Undi yang diperoleh Mohd Azam berkurangan 1,225 atau 9.2 peratus daripada jumlah undi yang diraih Azizan pada PRU13 iaitu sebanyak 13,294 undi.

Sementara di pihak BN, majoriti pada PRK DUN Sungai Limau bertambah 4.4 peratus atau 465 undi. Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 1,100 atau 4.5 peratus daripada 24,349 pada PRU13.

Kekuatan Pas bergantung kepada nama Azizan yang banyak digunakan semasa kempen pilihan raya kecil itu, termasuk menggambarkan Mohd Azam sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan saudara dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.

Malah parti itu juga didakwa menggunakan gambar "superimpose" Mohd Azam bersama Azizan dalam risalah kempen parti itu yang sebenarnya gambar wartawan kanan akhbar Sinar Harian yang berkunjung ke pejabat Azizan pada 2011.

Kemenangan Pas ini sedikit sebanyak mengubati kedukaan parti itu, yang kehilangan penguasaan ke atas Kedah pada PRU13.

Kemenangan ini mengekalkan "status quo" kedudukan kerusi DUN Kedah kerana Pas masih kekal dengan 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 36 kerusi DUN, dengan BN menguasai 21 kerusi.

Kejayaan BN mengurangkan majoriti sebenarnya menunjukkan BN berjaya menarik ramai pengundi untuk "Hijrah" dan mengurangkan bilangan pengundi yang "Kekal".

BN masih boleh berbangga kerana berjaya memaksa Pas bertungkus lumus sepanjang tempoh berkempen sejak 23 Okt lepas, sehingga ke tahap melakukan serangan peribadi terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Sebelum hari pengundian hari ini pun, di atas kertas, Pas sudah mempunyai kelebihan kerana selain daripada DUN Sungai Limau merupakan kubu kuat parti itu, parti itu mempunyai 9,499 anggota sebagai pengundi manakala BN pula mempunyai 9,230 anggota dan selebihnya 8,493 merupakan pengundi atas pagar.

Mukhriz sebelum ini mengakui bahawa BN adalah "underdog" tetapi BN tetap mahu bertanding pada PRK kali ini kerana mahu membuat tawaran kepada penduduk DUN Sungai Limau tentang apa yang boleh dilakukan BN terutama soal pembangunan.

Walaupun tewas, penduduk di DUN Sungai Limau tetap mendapat banyak manfaat daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, satu bukti kerajaan BN tidak meminggirkan kawasan-kawasan yang dikuasai parti pembangkang.

Di sebelah BN pula, ramai yang mengaitkan kekalahan ini dengan faktor calon, berikutan sifatnya yang terlalu "low profile", yang dianggap tidak sesuai untuk menjadi seorang wakil rakyat.

Kepimpinan UMNO Bahagian Jerai baru beralih daripada Datuk Mohd Suhaimi Abdullah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada pemilihan bahagian Jerai 19 Okt lepas.

Ada juga yang beranggapan kebanyakan pengundi masih kekal dengan Pas bukan kerana terlalu yakin dengan Mohd Azam tetapi sebagai "check and balance" untuk kerajaan Kedah yang dikuasai oleh BN.

Jika dilihat sokongan pengundi kepada Mukhriz ketika berkempen, penduduk di DUN Sungai Limau ini sebenarnya dilihat semakin yakin dengan Mukhriz dan kerajaan negeri, dan hanya masa yang menentukan BN akan kembali menguasai DUN Sungai Limau.

Apa yang boleh dirumuskan, PRK DUN Sungai Limau hari ini menyaksikan Pas tidak menang sepenuhnya dan BN tidak kalah sepenuhnya.




Sent from my iPhone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno kalah PRK Sungai Limau. Ertinya masih ada melayu di Sungai Limau yang celik dan cerdik. Tindakan pengundi melayu di Sungai Limau menolak Umno adalah tindakan yang BETUL kerana ..... (kemudian kita akan jelaskan). Tahniah kepada Pas. Tahniah kepada Ustaz Azam.

Pro Umno

Tanpa Nama berkata...

Kemenangan PAS disungai limau, akan melebarkan lagi permusuhan diantara Ahli Pas dianta penyokong Utz Azizan dan Mahfuz/Mat sabu .. Peralihan sebahagian besar undi kepada UMNo adalah bukti ada dikalangan ahli PAs menolak kepimpinan mahfuz/Mat sabu ini.Takziah PAs kerana semakin hancur

ExPAS2012

Tanpa Nama berkata...

xdak makna nya,,,dlm tb x habeh2 pngundi cina jugak yg dipuja2..konon nya dh undi BN balik..padahai smua org tau hakikat sebenaq..yg aku geram awat najib lapaq sgt ka undi2 puak depa sdgkan org2 kita yg mngkan dia masa PRU 13 haritu...aku malu tgk brita kat tb,selak suratkabaq kat kdai kopi baca knyataan menteri yg nampak sgt2 "mendewakan tahap menjilat" puak yg mmg xsedaq dek untong tu sedangkan depa hnya pratusan kecik saja kat situ...

HAI NAJIBBBBB NAJIB...! HANG JANGAN MIMPI LA NAK DAPAT UNDI PUAK2 DEPA KALAU HANG TAK MAMPU NAK BAGI JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI..

Cari Blog Ini

Translate