Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 November 2013

@Khairykj umum @Ibdil ganti @Tunfaisal Teraju Unit Media Baru - Tahniah & Terima Kasih cc @AhmadMaslan

Terima kasih kepada Tun Faisal yang banyak berusaha dari awal hingga ke hari ini menjayakan UMB. Saya sejak awal penubuhan menyokong sesiapa sahaja yang memimpin unit ini demi parti dan pertiwi.

Tahniah pula kepada Saudara Ibdil yang akan memulakan tugas sebagai Pengerusi Unit Media Baru. Rasanya beliau bekerja dengan KJ selama ini.

Dalam satu pertemuan dengan Datuk Ahmad Maslan bulan lepas tak silap saya, kami para bloggers ada cadangkan para pejuang siber diletakkan terus di bawah Ketua Penerangan Datuk Ahmad bin Maslan.

Sejauh mana perkembangannya, Wallahu A'lam. Seingat saya ia ditulis sendiri oleh beliau semasa pembentangan.

Tak kisah di bawah siapa namun tugas memerangi persepsi fitnah jahat terhadap BN perlu mencapai matlamatnya.

Kita tidak mahu ada isu wang yang diperuntukkan semakin kurang apabila melalui pili air yang terakhir untuk diguna oleh para pejuang maya kita.

Kita juga tidak mahu ia menjadi alat kepada menaikkan pemimpin tertentu.

Sanggupkah Saudara Ibdil berikrar memastikan UMB badan bebas tanpa memihak kepada mana jua yang mungkin sedia memberi sedikit wang atau berjasa kepadanya atau elok biarkan sahaja orang lain memimpin UMB yang begitu penting fungsinya di era digital pada hari ini.

Ia mestilah dilihat bebas serta tegas menegur yang memimpin parti sebelum pihak lain membuat kritikan.

Jika ada kejayaan pihak siber inilah yang akan menghebahkan kepada semua terutama pembangkang agar mereka akan sedar jasa BN terhadap negara sehingga wajar dikekalkan berkuasa !

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate