Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2013

Video Temuramah Dengan Bapa Jamil Khir Nafikan Fitnah Jahat Mahfoz Omar #PRKSgLimau

Di bawah adalah video dan penjelasan Haji Baharom : 



Haji Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan 'bahan kempen' untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya. Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

"Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus," ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Baca selanjutnya :



Sent from my iPhone

3 ulasan:

Wak Labu Farm berkata...

VDO yang dah di potong2 dan di edit......

Tanpa Nama berkata...

Mr bean.....BIJAK mana, cerdik mana. .?

Tanpa Nama berkata...

WAK LABU,
VIDEO BESI LAH.........JOM SILAT DGN GANGSTER, LEPAS TU PEGI LAUNCH !

Cari Blog Ini

Translate