Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 Oktober 2013

Pengerusi Selangor @NohOmar Putus Pemilihan Semula Wanita PJS Bahagian Gombak Puteri Pemuda Sepang

TANJONG KARANG - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Bahagian Gombak serta Pergerakan Puteri dan Pemuda Bahagian Sepang diarah mengadakan semula mesyuarat pemilihan sayap masing-masing oleh Jawatankuasa Aduan Umno Selangor.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan menghantar laporan kepada Umno pusat berhubung aduan yang diterima berkaitan pemilihan kepimpinan sayap peringkat bahagian Sabtu lepas.

"Jawatankuasa aduan ini menerima 12 aduan dan selepas diteliti, empat aduan ini mempunyai bukti yang kukuh dan perbincangan selama dua hari telah diadakan sebelum dimajukan kepada Umno pusat," katanya pada sidang akhbar di Dewan Dato' Hormat di sini, hari ini.

Beliau berkata, aduan membabitkan sayap Wanita PJS adalah berkaitan pertukaran perwakilan sehingga menimbulkan pertikaian perbezaan dua undi untuk jawatan Ketua Wanita Umno bahagian itu.

Wanita bahagian Gombak pula membuat aduan berhubung perkiraan undi yang meragukan dengan beza satu undi sahaja selepas empat kali kiraan juga bagi jawatan Ketua Wanita, katanya.

Noh berkata, aduan sayap Puteri Sepang pula melibatkan 10 anggota jawatankuasa yang baharu dipilih manakala Naib Ketua Puterinya meletak jawatan kerana tidak puas hati dengan proses pemilihan yang dijalankan walaupun memenangi jawatan masing-masing.

Beliau berkata, aduan Pemuda Sepang pula berkaitan perjalanan pemilihan di bahagian itu yang didapati tidak mengikut prosedur standard yang ditetapkan oleh Umno pusat.

Panel Jawatankuasa Aduan itu yang terdiri daripada Noh, Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz, Pengerusi Pemantau Jawatankuasa Pemilihan Umno Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar dan Setiausahanya Datuk Salamon Selamat akan mengadakan mesyuarat pada Selasa ini bagi memutuskan tarikh mesyuarat pemilihan semula untuk keempat-empat sayap bahagian itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate