Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Oktober 2013

LAHAD DATU : Ancaman pengganas masih wujud - Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Oleh SOFIAN BAHAROM dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Ancaman daripada pengganas Kiram terhadap negara ini masih wujud meskipun ketuanya, Jamalul Kiram III mati semalam akibat kegagalan fungsi organ.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan, berdasarkan maklumat perisikan oleh pihak polis mendapati terdapat tujuh individu lain sedang berebut untuk mengetuai kumpulan pengganas yang kononnya mewarisi 'Kesultanan Sulu' berkenaan.

Ahmad Zahid tidak mendedahkan nama ketujuh-tujuh individu tersebut tetapi menegaskan bahawa pihak polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk berada pada kedudukan bersiap-siaga terhadap sebarang kemungkinan.

Katanya, polis dan tentera akan memantau dengan dekat kerana apa yang berlaku pada Jamalul Kiram bukan tindakan peribadi beliau semata-mata tetapi yang dikhuatiri ada tangan-tangan ghaib di belakangnya menyebabkan kumpulan pengganas berkenaan memasuki negara kita melalui Lahad Datu, Sabah.

"Saya telah memberitahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk lebih bersiap-siaga di kawasan tanggungjawab Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) dan tentunya pihak ATM juga akan mengambil tindakan sama namun kita memikirkan apa yang berlaku di Kepulauan Sulu dan penempatan Jamalul di Manila, Filipina.

''Ada maklumat perisikan yang akan dianalisis oleh pihak Malaysia terutama PDRM justeru, jangan terlalu selesa memikirkan selepas Jamalul meninggal maka tidak berlaku sebarang tindakan oleh mereka yang akan mengambil alih tempatnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pada Februari lalu, beratus-ratus pengikut Jamalul menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Pasukan keselamatan Malaysia kemudian melancarkan 'Operasi Daulat' untuk menghapuskan pengganas berkenaan selepas kegagalan rundingan selama sebulan untuk menggesa mereka berundur.
Dalam operasi itu, 10 anggota keselamatan Malaysia maut, 68 anggota pengganas ditembak mati, 173 ditangkap dan beberapa lagi pengganas Kiram melarikan diri.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, berdasarkan maklumat terperinci daripada pihak polis, kesemua tujuh individu yang kini merebut tempat yang dikosongkan Jamalul itu merasakan diri mereka sebagai pewaris sah kepada takhta kesultanan berkenaan.

"Ada tujuh individu yang merasakan mereka merupakan pewaris sah kepada Kesultanan Sulu berkenaan. Saya tidak dapat sebutkan nama mereka seorang demi seorang tetapi kita telah mendapat maklumat individu terperinci tentang individu- berkenaan dan kumpulan masing-asing yang merasakan kesultanan yang sebenarnya sudah tidak wujud lagi itu perlu dituntut.
--
"Kita merasa bahawa apabila putus hubungan kekeluargaan dan darah dari Sultan Jamalul Kiram I dan II, tiada anak lelaki, tiada pihak sepatutnya menuntut apa yang disifatkan sebagai Kesultanan Sulu itu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131022/dn_07/Ancaman-pengganas-masih-wujud#ixzz2iRBtNn6T
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya syaki si PENYAMAQ Bukan Islam Filipina (disyaki ejen Barat-Israel dgn. disyaki sekutu puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR mereka - si Kapir Filipina dan sekutunya asyik bunuh umat Islam Mindanao yg. amat kaya minyak-gas, mcm. pembunuhan umat Islam di selatan Thailand) mengetuai dan menghasut anak-anak muda Islam Sulu, yang telah tersesat direkrut jadi pengganas - sebab itu mereka sanggup membunuh dgn. amat BUAS, polis/tentera yang majoriti umat Islam!

Hasilnya juga sekrg., PUAKA- Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR sedg. menghasut secara amat agresif, Bumiputera Bukan Islam Sabah membenci umat Islam Sabah terutamanya BUMIPUTERA Sulu Sabah dr. Melayu Nusantara/Gugusan Pulau-Pulau Melayu, sebelum PENJAJAHAN British-Zionis/Cina lagi!

Kerana matlamat utama bagi Kapir Harbi dr. DAPBANGKAI/PKR (dan sekutu kuat PAP-Barat-Israelnya), MUSUH Islam/Melayu sekrg., ialah supaya sbg. permulaan, P. Pinang, Selangor, serta Sabah-Sarawak (yang amat kaya minyak-gas apalagi dengan penemuan terbaru), serta perkampungan Orang Asli, disyaki dapat diKRISTIANkan, supaya senang utk. diJAJAH!

Sebab itu, kita jgn. lagi bergantung kpd. Bukan Islam – tengok Israel/Singapura yg. TERUS bawa masuk imigran Bukan Islam sampai berjuta, dpt. kerakyatan dgn. mudah, utk. MENGECILkan Bumiputera Islam Palestin/Singapura.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).



Cari Blog Ini

Translate