Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Oktober 2013

KISAH SEBENAR DS @ZAHID_HAMIDI DI MELAKA YANG DIPUSING @MALAYSIAKINI

Harap penjelasan ini dapat menjelaskan isu sebenar kepada semua pihak...

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Pembangkang seperti biasa tetap membangkang walau perkara yang mendatangkan kebaikan.

Portal berita mereka juga memang tidak mengamalkan etika apabila melagakan semua pihak dan bermain isu perkauman.

Mudah sahaja, portal malaysiakini adalah proksi nyata kejahatan didanai puak Barat untuk jatuhkan kerajaan Malaysia !!!

Jika mereka tidak menerima dana asing seperti yang diakui mereka sendiri sebelum ini sudah tentu  mereka akan menyokong Ops cantas KDN laksanakan. Bukan sebaliknya.

Baca kiriman email di bawah :

KISAH SEBENAR DATUK ZAHID DI MITC, MELAKA
Pada Sabtu lalu – 5 Oktober 2013 saya dan rakan perwakilan UMNO yang lain bergegas ke MITC Melaka untuk bertemu Datuk Zahid Calon Naib Presiden UMNO(VP01) buat kali kedua dalam satu perjumpaan tertutup.
Jujurnya, sambutan dari sahabat rangkaian politiknya di Melaka sangat dahsyat. Sebagai calon Naib Presiden UMNO, beliau telah berucap dengan santai, tenang dansambil menyentuh isu semasa yang berlaku dalam negara untuk membangkitkan semangat orang Melayu.
Saya dan rakan perwakilan khusyuk mendengar ucapan penuh bersemangatnya. Bagi kami beliau adalah seorang pemimpin “Ultra Melayu” yang pasti mendapat sokongan akar umbi.
Dalam pada itu, salah seorang sahabat perwakilan kami ternampak kelibat kaum lain berada dalam “Majlis Melayu” ini. Pantas kami membisikkan hal ini kepada urusetia penganjur kerana isu yang dibangkitkan olehDatuk Zahid ini agak berat dan sukar untuk dihadam oleh persepsi masyarakat majmuk.
Maka, pihak urusetia meminta kerjasama rakan wartawan untuk beransur keluar dengan segera dari majlis. Namun kumpulan wartawan tersebut berdegil dan tegar untuktidak keluar dari majlis atas alasan mereka telah dijemput oleh penganjur.
Beberapa orang pegawai bertanggungjawab membujuk para wartawan namun ia memakan masa yang agak lama sehingga menyebabkan campur tangan daripada DatukZahid sendiri yang pada ketika itu sedang ghairah berucap di majlis tersebut.
Lantas, beliau telah mengeluarkan arahan dengan nada yang tegas kepada semua wakil media meninggalkan majlis dan mengingatkan mereka agar tidak melaporkan kenyataan tersebut serta menghormati keputusannya.

Kami para perwakilan memberi tepukan dan sorakan padukepada Datuk Zahid atas ketegasan beliau. Sebenarnya, kami para perwakilan berasa marah dengan kehadiran wartawan Bukan Melayu dalam majlis tertutup ini.Persoalan yang mengejutkan saya, bagaimanakah para wartawan lebih-lebih lagi bukan Melayu boleh berada di dalam perjumpaan politik ini ?
Umpamanya, ibarat satu mesyuarat keluarga yang diadakan di rumah tiba-tiba ada pula kehadiran orang luar dalam perbincangan keluarga tersebut ! Ini tidak manis.
Namun saya tidak nafikan, sebilangan kecil rakan media yang diminta keluar berasa kecil hati, sentap dan marah sehingga mengeruhkan suasana di luar dewan.
Apa-pun saya puji usaha penganjur dan pegawai mengawal keadaan tersebut secara berhemah danprofesional. Akhirnya, media menerima baik bujukan tersebut namun kelihatan seorang wartawan yang saya duga dari Oriental Daily masih tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk Zahid.
Jangkaan saya tepat apabila semalam, saya terbaca isu ini di Malaysiakini yang telah  memutar belit dan memanipulasi kejadian sebenar yang bersumberkan dari Oriental Daily.
Memang wartawan tersebut berniat jahat dan ingin membalas dendam dengan menyalurkan isu ini kepada Malaysiakini yang sedang berusaha mensabotaj DatukZahid walaupun telah diberi amaran oleh YB Menteri untuk tidak mengambil gambar dan membuat laporan ucapannya. Pihak wartawan telah melanggar etika kewartawanannya sebagai pengamal media.
Bagi kami orang Melayu akan bergading bahu dan menambah sokongan kepada Datuk Zahid sebagai Calon VP01. Walau apa pun kaum lain dari Pembangkang cuba untuk menjatuhkan imejnya, kami tetap sokong Datuk Zahid. UMNO memerlukan pemimpin yang tegas, berani dan vokal seperti YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate