Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Oktober 2013

7 Daripada 44 Senjata PDRM Yang Hilang Ditemui - @Zahid_Hamidi

Tujuh daripada 44 senjata api milik polis yang hilang sejak 2010 hingga 2012, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2012 telah dijumpai semula, 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, antara punca kehilangan senjata api yang dikenalpasti ialah kereta dipecah dan
senjata api tertinggal dalam kereta.

Punca lain, diragut atau disamun, tercicir ketika menjalankan tugas, kehilangan dalam tandas dan pejabat.

Secara keseluruhan kategori senjata yang hilang adalah pistol dan revolver.

Bahagian Teknologi Maklumat  PDRM katanya kini membangunkan sistem yang mengandungi submodul bagi tujuan pemantauan dan rekod kes kehilangan aset organisasi itu.

Ia dijangka beroperasi November ini. Sistem itu akan merekodkan kehilangan aset PDRM bermula daripada kehilangan sehingga peringkat tindakan diambil ke atas anggota terbabit.

Ia membolehkan semua kes kehilangan aset PDRM akan diketahui dengan mudah oleh urus setia pengurusan terbabit. Polis juga  mempunyai prosedur untuk menubuhkan jawatankuasa penyiasat, yang turut memberi syor bagi mengelak kejadian sama berulang.

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/7_Daripada_44_Senjata_PDRM_Yang_Hilang_Ditemui.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate