Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

17 September 2013

BERNAMA - Ribuan Umat Islam Ziarah Jenazah Ulama Masyhur Indonesia

JAKARTA, 16 Sept (Bernama) -- Ribuan umat Islam termasuk Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menziarahi jenazah ulama masyhur Indonesia Allahyarham Habib Munzir Al Musawwa di Jakarta Selatan pada Isnin dan menyembahyangkan jenazahnya sebelum dikebumikan selepas Zohor.

Habib Munzir, 40, pemimpin Majlis Rasulullah, sebuah majlis zikir terbesar di Jakarta, meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada Ahad setelah terjatuh di bilik air di rumahnya. Beliau sebelum ini dilaporkan mederita beberapa penyakit.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Kompleks Makam Habib Kuncung, Kalibata, Jakarta Selatan.

Majlis Rasulullah menghimpunkan sejumlah umat Islam pada hari Selasa setiap minggu untuk berzikir.

Yudhoyono dalam ucapan belasungkawanya berkata Habib Munzir merupakan ulama muda yang penuh dengan teladan kepada umat Islam Indonesia.

"Saya sering bersama beliau. Beliau sangat mendambakan Indonesia yang beragama, Islami dan rakyatnya sejahtera," katanya.

Presiden Indonesia itu meminta seluruh jemaah Majlis Rasulullah supaya meneruskan pergerakan yang didirikan Habib Munzir pada tahun 1998 itu selain berharap anak-anak lelaki Habib Munzir akan menyambung segala usaha Allahyarham.

Majlis Rasulullah harus diteruskan. Kita beri teladan kepada seluruh umat di Indonesia dan di seluruh dunia," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=978024


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate