Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2013

Bukti Syed Qutb Idola Ikhwanul Muslimin & PAS Tuduh Sahabat Nabi Munafik & Penipu

Sayyid Qutb seorang tokoh Ulama terkemuka Ikhwanul Muslimin. Beliau dianggap sebagai idola di dalam perjuangan Islam termasuk PAS di Malaysia.Sehingga digelar As Syahid !

Namun jarang orang meneliti sejarah sebenar beliau sebagaimana sepatutnya. Kerana kita perlu mengkaji latar belakang seseorang tokoh sebelum menjadikan beliau sebagai idola.

ENtri ini tidak bermaksud untuk memburukkan mana-mana pihak kecuali demi mendedahkan perkara sebenar sebagai info tambahan kepada pembaca yang setia mengikuti blog Panglima di sini.

Kerana PAS melalui organ rasmi mereka sering mengagungkan Syed Qutb di dalam artikel mereka 
http://en.harakahdaily.net/index.php/articles/the-giant-muslims/7652-sayyid-qutb-the-man-who-raised-his-pen-for-islam.html

Manakala artikel ini 

http://en.harakahdaily.net/index.php/columnist/ahmad-farouk-musa/692-revisiting-sayyid-qutbs-milestones.html

ditulis Dr Ahmad Farouk Musa Presiden IRF iaitu Islamic Renaissance Front yang dikata dibarisi doktor latar belakang Barat dan berfikiran Liberal.



Jelas selepas membaca bahan di bawah ini kita akan dapati banyak keraguan timbul termasuk persepsi kononnya beliau keturunan Nabi atas alasan nama SYed juga terhapus melalui bahan disiarkan di bawah.

Akhir zaman memang banyak perkara benar dipalsukan dan perkara palsu dibenarkan !

Sebelum membaca mari kita berkenalan terlebih dahulu siapakah sebenar Syed Qutub yang juga menjadi sumber inspirasi kepada Al Qaeda ( link klik sini http://en.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Qutb )  :



Tanggal 29 Ogos 2008, genaplah 42 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.
Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan ‘kejam’ menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.
Sejarah Hidup Syed Qutb:-
(1) Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh Al-Quran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan) . Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi ‘Nazir’ sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.
Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun kononnya untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana.Tujuan sebenar Kerajaan adalah untuk men’sekular’kan pemikiran beliau.Namun,Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri.
Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.
(2) Tahun 1945:-
Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.
(3) Tahun 1954:-
Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir.
Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyeksaan yang ‘teruk’ terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang ‘teruk’ di dalam penjara.
(4) Tahun 1955:-
Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan ‘kerja berat’ oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis ‘pernyataan’ memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.
Kata Syed Qutb: “Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya”
(5) Tahun 1964:-
Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.
Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.
(6) Tahun 1966:-
Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.
Pagi Isnin 29 Ogos 1966,
Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..


Tulisan tentang kritikan Ulama terhadap Syed Qutb ( nama sebenar beliau ialah Sayyid bin Qutb ) :




JAUHI KARYA SAYYID QUTB: FATWA AL-'ALLAMAH ABDUL MUHSIN AL-'ABBAD

Soalan: Apakah Nasihat kamu kepada kami berkaitan membaca Kitab Tafsir al-Zilal?

Jawapan:

تفسير الظلال للشيخ سيد قطب رحمه الله فيه خلط بين الغث والسمين، وهو من الكتاب في الحقيقة وليس من العلماء، والعلم لا يحصل من مثل هذا الكتاب، بل يمكن للإنسان أن يبتلى بشيء مما في الكتاب، أو يحصل له شيء مما فيه خطورة بسبب ما هو موجود في الكتاب من الأمور التي لا تليق ولا تنبغي.

Maksudnya: "Tafsir al-Zilal karangan Syeikh Sayyid Qutb rahimahullah padanya terdapat campur baur antara baik dan buruk dan dia pada hakikatnya adalah daripada kalangan penulis sahaja bukan daripada kalangan Ulama', sedangkan Ilmu itu tidak diambil daripada kitab seumpama ini bahkan seseorang mungkin boleh ditimpa bencana daripada apa yang ada dalam kitab ini atau berlaku padanya sesuatu yang merbahaya disebabkan dengan apa yang ada dalam kitab ini daripada perkara-perkara uang tidak layak dan tidak sepatutnya"

والإنسان لا يتسع عمره لأن يقرأ كل شيء، وهناك كتب سليمة، وفائدتها كبيرة، وهي كتب علمية، وأصحابها من أهل العلم الذين يعول عليهم سواء في المتقدمين أو المتأخرين، فكون الإنسان يقرأ في مثل تفسير ابن جرير، وتفسير ابن كثير، وتفسير الشيخ عبد الرحمن بن سعدي من المعاصرين يجد فيها الخير الكثير، ويجد كلام العلماء، ويجد نفَسَ العلم والعلماء، لا سيما مثل تفسير ابن سعدي رحمه الله، فهو تفسير نفيس مع وجازته، عباراته واضحة سلسة، وفيه استنباطات دقيقة، وهو كتاب يصلح للخواص والعوام، لو قرئ على العوام في المساجد حصلوا منه الفوائد وعرفوا معاني القرآن، ولو اطلع عليه الخواص لوجدوا فيه العلم ودقة الاستنباط، فإن الرجل أعطي فهماً في كتاب الله عز وجل، ووفق للاعتناء به، فمن يقرأ كتبه وتفسيره يجد العلم الغزير، ويجد كلام العالم، ولهجة العالم التي هي واضحة وجلية.

Maksudnya: "dan seorang insan itu tidaklah cukup umurnya untuk membaca semua benda maka di sana ada kitab-kitab yang sejahtera dan faedahnya besar dan ia merupakan kitab-kitab ilmiah dan penulisnya adalah daripada ahli ilmu yang dipegang atas mereka sama ada daripada kalangan mutaqaddimin mahupun mutaakhirin, maka seorang insan itu membaca seperti Tafsir Ibn Jarir, dan Tafsir Syeikh Abdul Rahman bin Si'di daripada kalangan ulama' masa kini maka dia mendapati pada (kitab-kitab ini) kebaikan yang banyak dan dia mendapatkan (padanya) perkataan Ulama' dan nafas ilmu dan Ulama' terutama seperti Tafsir Ibn Si'dirahimahullah, ia adalah tafsir yang amat berharga walaupun ringkas, ibaratnya jelas dan mudah, terdapat istinbat-istinbat yang terperinci, dan ia kitab yang sesuai untuk golongan khusus dan awam, jika dibaca untuk orang awam di masjid-masjid pasti akan memberikan faedah-faedah daripadanya dan mereka dapat mengenal makna-makna al-Quran, jika ditelaah oleh golongan khusus mereka akan mendapati padanya ilmu dan istibat yang halus, ini kerana beliau diberi kefahaman dalam Kitab ALLAH azza wa jalla, diberi taufiq untuk memberikan fokus berkenaannya, maka barangsiapa yang membaca kitab-kitab beliau dan tafsir beliau akan mendapat Ilmu yang amat banyak, akan didapati padanya kalam seorang 'alim dan lenggok bahasa seorang alim yang mana ia jelas dan terang".

وأما كتاب سيد قطب فإن فيه ما فيه، فعلى الإنسان أن يشتغل بما هو خير، وبما هو مأمون الجانب، وبما يأمن على نفسه العواقب منه من كتب نافعة، وأما مثل هذا الكتاب الذي فيه تخليط، وفيه جموح فكري، وإرخاء القلم بأن يكتب أموراً لا تنبغي ولا تصلح، كالكلام في بعض الأنبياء، بأن يقول عن موسى: إنه عصبي، ويقول عن عثمان رضي الله عنه في بعض كتبه: إن خلافته فجوة، وهذا حط من شأن عثمان، وأنه في خلافته أدركته الشيخوخة، وأنها فجوة.

Maksudnya: "Adapun Kitab Sayyid Qutb maka padanya terdapat apa yang terdapat padanyamaka hendaklah seseorang itu menyibukkan dirinya dengan benda yang baik dan benda yang selamat dan dengan apa yang sejahtera atas dirinya daripada terjebak dalam kesan-kesan buruk daripada kitab-kitab yang bermanfaat, adapun seumpama kitab ini (Fi Zilal) yangterdapat padanya campur aduk, padanya terdapat pemikiran yang melampau dan melepaskan pena untuk menulis perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditulis dan tidak baik seperti perkataan berkenaan dengan sebahagian nabi dengan mengatakan bahawa Musa itu seorang Fanatik dan berkata berkenaan Usman radiallahu 'anhu dalam sebahagian kitabnya: bahawa khilafah beliau suatu lowong, ini merendah-rendahkan kedudukan Usman, dan berkata bahawa ketika khilafahnya beliau sudah tua dan ia merupakan satu lowong".

هذا كلام ساقط لا يصلح ولا يليق، بل أمير المؤمنين عثمان بن عفان رضي الله عنه حصل في زمنه الخير الكثير، وحصلت الفتوحات، وكان إلى نهاية حياته في عقله وفهمه وعلمه، ما حصل عنده شيء يجعل مثل هذا الشخص يقول: إنه أدركته الشيخوخة، وأن خلافته كانت فجوة.

Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek tidak layak diucapakan bahkan Amirul Mukminin Usman bin 'Affan radiallahu 'anhu di zaman beliau telah berlaku banyak kebaikan, berlaku padanya pembukaan-pembukaan, dan adalah beliau sehingga ke akhir hayat berada dalam keadaan berakal, penuh kefahaman, dan keilmuan, tidak berlaku pada beliau sedikit pun perkara yang menyebabkan si lelaki ini (Sayyid Qutb) untuk berkata:Bahawa beliau menjawat jawatan Khalifah dalam keadaan sudah tua dan khilafahnya merupakan satu senggang".

هذا كلام ساقط خدمة لأعداء الإسلام والمسلمين الذين يريدون أن يأخذوا ممن ينتسب إلى السنة شيئاً يستدلون به على أهل السنة.

Maksudnya: "Ini adalah perkataan yang jelek yang menjadi khidmat bagi musuh-musuh Islamdan kaum Muslimin yang hendak mengambil perkataan orang yang menisbahkan dirinya kepada Sunnah sesuatu yang boleh mereka gunakan untuk berhujjah atas Ahlus Sunnah".

والحاصل: أن مثل هذا الكتاب لا ينبغي أن يشتغل به، وإنما يشتغل بما هو مأمون الجانب، وبما فيه السلامة، وبما فيه العلم، والكتاب الذي يخرج بنتيجة وبسلامة، يخرج الإنسان منه بعلم وبسلامة، أما كتاب سيد قطب فإنه لا يحصل فيه علماً، وقد يخرج منه ببلاء.

Maksudnya: "Kesimpulannya: bahawa kitab seumpama ini tidak patut disibukkan dengannya, yang sepatutnya disibukkan dengannya adalah apa yang selamat, yang terdapat padanya keselamatan, yang ada padanya ilmu, kitab yang memberikan natijah yang baik dan sejahtera, dan seorang insan mampu memperoleh daripadanya ilmu dan kesejahteraan,adapun Kitab Sayyid Qutb maka tidak diperoleh daripadanya Ilmu dan boleh jadi yang diperolehi daripadanya adalah bencana".

وأما طعنه في عمرو بن العاص رضي الله عنه، فهو موجود في كتاب شخصيات إسلامية.
تكلم عن عمرو بن العاص ومعاوية قال: إنهم أصحاب غش ونفاق.

Maksudnya: "Adapun celaan dia terhadap Amru bin al-'As radiallahu 'anhu maka ia ada dalam Kitab Syakhsiat Islamiah (yakni kitab: Kutub wa Syakhsiat). Dia bercakap berkenaan Amru bin al-'As dan Muawiyah bahawa mereka ini golongan menipu dan munafiq.

هذا معاوية بن أبي سفيان كاتب الوحي عنده غش، فمعناه: أنه يدخل في القرآن شيئاً ليس منه، وهو كاتب الوحي، والرسول ائتمنه على كتابةالوحي! نعوذ بالله من الخذلان! وأبو زرعة الرازي يقول: من ينتقص أحداً من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فإنه زنديق، وذلك أن الرسول حق، والكتاب حق، وإنما أدى إلينا الكتاب والسنة أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، وهم يريدون أن يجرحوا شهدونا ليبطلوا الكتاب والسنة، والجرح بهم أولى وهم زنادقة.

Maksudnya: Ini Muawiyah bin Abi Sufian, seorang penulis Wahyu di sisi dia (Sayyid Qutb adalah seorang penipu maka maknanya beliau memasukkan sesuatu ke dalam al-Quran apa yang bukan daripadanya, sedangkan dia penulis wahyu, Rasulullah –sallallahu 'alaihi wa sallam- telah mempercayai beliau untuk menulis Wahyu! Kami berlindung kepada ALLAH daripada kehinaan! Abu Zur'ah berkata: Barangsiapa yang mencela seseorang daripada Sahabat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam maka sesungguhnya dia seorang Zindiq, ini kerana; Rasul adalah benar, al-Kitab adalah benar, sedangkan yang menyampaikan al-Kitab dan al-Sunnah kepada kita adalah para Sahabat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam,sebenarnya mereka ini (yang mencela Sahabat) hendak mencela saksi kita untuk membatalkan al-Kitab dan al-Sunnah, maka celaan atas mereka itu lebih layak kerana mereka itu kaum Zindiq".

[Sumber: Syarah Sunan Abi Daud, pelajaran ke-170; oleh Syaikh Abdul Muhsin al-'Abbad hafizahullah, Ulama' Besar Madinah Munawwarah]

~ by Muhammad Asrie Sobri on Thursday, June 28, 2012


https://www.facebook.com/notes/muhammad-asrie-sobri/jauhi-karya-sayyid-qutb-fatwa-al-allamah-abdul-muhsin-al-abbad/10151054056531745/




Jika anda mengkaji maka anda akan dapati bahawa latar belakang Syed Qutb maka anda akan dapati beliau bukan seorang berpendidikan Islam mahupun alim bab Islam.

Bahkan banyak tulisan beliau bercanggah dengan ajaran sebenar Islam sehingga dikritik ulama-ulama termasuk Yusuf Qaradawi. Artikel panjang lebar tentang kesalahan beliau klik sini http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/051-bahaya-pemikiran-sayyid-qutub.html

Budaya Arab Mesir memang mendidik anak menghafaz quran dari kecil tidak bermakna beliau memiliki ilmu yang mencukupi untuk membedah makna Al Quran sehingga boleh dianggap sebagai tokoh ulama kepada sebuah perjuangan Islam.

Latar belakang Syed Qutb bidang Sastera boleh dibaca di sini 

http://hasbiemuda.wordpress.com/2008/08/29/mengenang-perjuangan-as-syahid-syed-qutb/


Semoga pendedahan ini bermakna dan bermanfaat kepada anda semua.

Berjuangan untuk Islam wajib kepada semua orang tetapi jangan salah tempat atau jemaah kita berjuang takut kesesatan di akhir perjalanan.

Wallahu A'lam.



Baca artikel berkenaan Syed Qutb di sini sebelum ini :

http://www.penembak-tepat.com/2013/01/kenali-syed-qutb-idola-pemimpin-pas.html


Kajian terperinci pemikiran dan sejarah Sayyid Qutb

http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/syed-quthb-jemaah-islamiyah-dan-pas.html?m=1


Kesesatan Sayyid Qutb dan kaitan dengan PAS

http://www.penembak-tepat.com/2013/01/blog-anakbukitgantang-dedah-14.html



3 ulasan:

Xpas berkata...

Adapun Para Sahabat r.anhum. berbeza beza tingkatan dan tahap keilmuannya, dan kita pula tersgt sgt jauh kedudukannya dr mrk, itu pun kalau ada kedudukannya di sisi Allah swt. Kekhilafan dan perbezaan pendpt di kalangan mrk utk kita jadikan pengajaran dan contoh iktibar serta mempelajari sikap sikap mulia mrk menghadapi perbezaan pandangan, bukan utk kita mencela mrk yg mungkin saja akan mencelakakan kita di Akhirat nanti, na'uzubillah.
Semulia mulia di kalangan kita bersedekah walau segunung emas, tidak lebih nilainya di sisi Allah swt berbanding Sahabat r.anhum. yg bersedekah sebiji atau setengah biji korma.

Pemikir berkata...

Assalamu'alaikum,

Asrie Sobrie nih wahhabi pekat mengkafirkan ulamak dan umat Islam tanpa hak.

Carila sumber dari ulamak muktabar Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang lain.

Takkan anda promosikan wahhabi di blog ini pula ?

Panglima Perang Cyber berkata...

Fakta yang sesuai kita gunakan.

Cari Blog Ini

Translate