Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Jun 2013

Pembangkang Mula Bising dalam Parlimen Bila Speaker Mereka Tidak Dipilih Majoriti Ahli - #PRBiadap





Sejak dulu mereka memang tidak pandai untuk menghormati keputusan undian samada dilaksana oleh SPR atau oleh Setiausaha Dewan. Lihat jelas undi majoriti memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker Dewan Rakyat selepas pengundian secara telus dengan ditanda pada kertas dan ditandatangan.


Lihat bukti  ketelusan undian ini di portal pro pembangkang yang membenarkan bahawa setiap ahli parlimen menulis dan menandatangan kertas undi mereka untuk memilih.

parliment
KUALA LUMPUR, 24 JUN : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikaikan proses pengundian Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat yang menggunakan kaedah ‘undi bersurat’ yang didakwa tidak memberi kebebasan kepada anggota dewan untuk membuat pilihan.
Ia berikutan, setiap anggota Dewan Rakyat perlu menulis nama calon Speaker dan nama mereka sendiri serta menandatangani kertas undi sebelum diserahkan kepada Setiausaha Parlimen, Rosmee Hamzah.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar antara yang terawal mempertikaikan kaedah pengundian itu sebelum ia disokong oleh pimpinan PR lain antaranya, Tian Chuan (PKR-Batu) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).
“Kenapa perlu tandatangan? Perdana Menteri tidak percaya dengan ahli Parlimen BN sendiri ke?” sindir Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu.
Terdahulu, Setiausaha Parlimen mengumumkan dua calon yang masing-masing dikemukakan oleh PR dan Barisan Nasonal (BN).
PR melalui Ahli Parlimen Bandar Tun RAzak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, sementara BN menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker.
Bagaimanapun, keputusan undian memihak kepada Pandikar Amin dengan jumlah undi sebanyak 133 manakala Abdul Kadir mendapat 89 undi.
Keputusan itu sekaligus mengekalkan Pandikar Amin sebagai Speaker Dewan Rakyat buat penggal kedua selepas dilantik secara rasmi pada 28 April 2008.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate