Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 Mei 2013

AFTERDARK WRITES!: PETISYEN RAYUAN KEPADA UMNO @NAJIBRAZAK OLEH BLOGGER WATCHERS GROUP

KAMI, THE WATCHERS GROUP DENGAN INI MERAYU KEPADA YANG BERHORMAT DATO SERI NAJIB BIN ABDUL RAZAK AGAR MEMFOKUSKAN PERJUANGAN UMNO KEPADA MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM DAN MENYATU-PADUKAN ORANG ISLAM.

Jika UMNO berjaya mempertahankan Putrajaya, maka tiada sebab untuk tidakmemperhebatkan usaha mengajak PAS kembali bersepakat dengan UMNO. Malahan terdapat banyak pembaharuan politik yang boleh diperkenalkan bagi memujuk PAS kembali kepada perpaduan. Antaranya ialah:-
  1. Mewujudkan dan menawarkan jawatan di Jabatan Perdana Menteri kepada tokoh-tokoh PAS yang bukan Anwarinas. Saya secara peribadi sangat bersetuju jika Dato Harun Din ditawarkan sebagai Menteri Penuh dan berhak memilih Timbalannya manakala Ustaz Nasha ditawarkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika anda tanya saya apa jawatan yang sesuai untuk Dato Harun Din maka saya akan katakan "Menteri Dalam Negeri"! Hahaha.. At least lebih baik daripada si Kerismuddin. Malahan sebagai Menteri Dalam Negeri Dato Harun Din akan dapat access kepada segala bukti-bukti mengenai cubaan musuh Islam menguasai negara ini. Mudah-mudahan maklumat seperti ini akan kembali menyedarkan Dato Harun Din betapa merbahayanya individu-individu yang sebelum ini bermuka-muka dengan beliau.

  2. Memperkenalkan majlis penasihat kepada Majlis Tertinggi UMNO yang berfungsi seperti majlis syura di dalam UMNO. Tokoh-tokoh PAS seperti Dato Harun Din, Ustaz Nasha dan tokoh lain yang bukan Anwarinas hendaklah dipujuk menganggotai serta berdampingan dengan tokoh-tokoh seperti  Tuan Guru Abdullah Samaah, Ustaz Fathul Bahri, Ustaz Mohd Kazim Elias, Dr. Juanda dan semua mufti-mufti bagi negeri-negeri di Malaysia. Majlis ini juga hendaklah diberi kekebalan daripada undang-undang dalam menyuarakan isu-isu yang berkait dengan permasaalahan umat Islam.

  3. Sudah sampai masanya agar UMNO mengkaji semula hubungannya dengan golongan dakwah yang terbukti berjaya dalam bidang perniagaan seperti kumpulan Ikhwan dan Tabligh. Memandangkan Tun Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa dasar DEB gagal mencapai sasaran seperti yang diharapkan, maka pendekatan yang digunakan oleh golongan Ikhwan dan Tabligh harus dikaji, diperhalusi dan cuba ditiru dengan galakan Kerajaan. Jika terdapat kemusykilan mengenai fahaman dalam kumpulan ini yang dikhuatiri sedikit off, maka saya yakin tokoh-tokoh ugama kita mampu berbincang dengan pimpinan mereka bagi tujuan saling menasihati dalam isu berkaitan akidah ahli sunnah wal jamaah. (P/S: Syiah group? No way!)

Seterusnya baca :

http://afterdarkwrites.blogspot.com/2013/05/petisyen-rayuan-kepada-umno.html

Usaha pihak ini sangat jujur demi melihat Islam kekal berkuasa di tanah tumpah Malaysia. Mereka tiada agenda peribadi melainkan demi Allah semata. Perbincangan lanjut boleh dibaca di blog diatas. Sangat ilmiah bukan emosi dan disertai ramai yang hebat latar belakang berdasar tulisan yang mereka siarkan.

Sent from my iPad

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

No to syiah. Bayangkan sudah 300k penyokong mereka d msia. Di kaw gombak tu tok sah cerita la...dan mereka bijak mengambil pengikut2 yg professional dan byk wang. Jais take serious note la.

Cari Blog Ini

Translate