Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 April 2013

Lahad Datu : AIDC Tulis Tiga Dalang Yang Didedahkan DS @Zahid_Hamidi ?


AIDCNews – 29/04/13 – Satu minit mesyuarat dari ibu pejabat PKR, Petaling Jaya berkaitan dengan perancangan pencerobohan Lahad Datu telah bocor dan kini telah berada di tangan pihak kerajaan, dakwa blog Mymassa.
“Dalam satu Minit Mesyuarat PKR di Petaling Jaya, jelas menunjukkan pencerobohan di Lahad Datu adalah perancangan Anwar dengan beberapa ahli PKR.
“Minit Mesyuarat tersebut yang kami perolehi kerana Kelalaian atau Kebodohan Tian Chua yang meninggalkan kesan. Salinan Minit Mesyuarat tersebut telah kami berikan kepada pihak kerajaan Malaysia.
“Kebetulan Tian Chua dan R. Sivarasa adalah ahli jawatankuasa SUARAM, dan dana yang dihantar oleh Yayasan-Yayasan dan NGO milik George Soros hanya boleh diterima oleh NGO di Malaysia. Wang itu tidak direct kepada Anwar Ibrahim, kerana peraturannya dibuat sebegitu rupa, “dakwa blog itu.
Menurut Mymassa, tiga orang aktivis PKR iaitu Tian Chua, Naib Presiden PKR, R Sivarasa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Darrel Leiking, Timbalan Setiausaha Agung PKR ditugaskan ke Manila pada ke Manila pada 7 Februari, (2 hari sebelum bermulanya pencerobohan pengganas Kiram ke Lahad Datu) untuk melaksanakan misi tersebut.



“Cek sekeping itu dikhabar di Manila dibawa sendiri oleh Tian Chua kepada wakil Jamalul Kiram dan wakil MNLF, dengan disaksikan oleh R. Sivarasa dan seorang ahli PKR Sabah.
“Mereka berjaya menyelesaikan urusan tersebut dalam masa dua hari sahaja. Sungguh cepat. Namun mereka silap besar, kerana Perisikan Filipina telah merakam perbualan mereka, malah mengambil gambar-gambar mereka.
“Apabila kami membaca berita dari Manila bahawa 3 orang ini akan didakwa, kami yakin kerajaan Filipina sudah memberikan bukti-bukti tersebut kepada kerajaan Malaysia, jika tidak tak mungkin Dato Zahid berani mendedahkan tiga orang pengkhianat itu,” dakwanya lagi.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata nama tiga pemimpin pembangkang itu akan didedahkan selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Zahid turut melahirkan rasa pelik dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang melenting apabila mendesaknya agar mendedahkan nama dalam tempoh 24 jam.
“Mana boleh dedah sekarang. Kenapa mereka (pembangkang) nak terasa hati sangat? Kalau tak makan cili kenapa rasa pedas?
“Saya tak beritahu secara khusus siapa (terlibat dalam insiden Lahad Datu). Kenapa perlu melenting dan kenapa perlu beri amaran 24 jam?” katanya kepada media sewaktu melakukan tinjauan mesra di Perkampungan Nelayan Sungai Tiang, petang kelmarin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, N Surendran yang mendesak nama tiga pemimpin pembangkang terbabit didedahkan segera.
Ahmad Zahid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh menegaskan, pendedahan dan pertuduhan rasmi oleh pendakwaraya akan dibuat dalam masa terdekat.
Katanya, jangka masa selepas PRU13 merupakan saat terbaik untuk mendedahkan nama-nama berkenaan dan pembangkang perlu menunggu kerana sekarang adalah masa untuk semua pihak menghadapi pilihan raya.
“Bukan tanggungjawab beliau (Surendran) untuk mendakwa. Dakwaan dibuat oleh pendakwaraya dan siasatan terperinci dijalankan mengikut undang-undang.
“Saya tak sebut nama secara khusus. Kenapa nak terasa dan jika benar mereka tak bersalah, buat apa nak risau dan kenapa perlu terasa?” katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate