Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 April 2013

Kempen Jentera BN Perlu Masuk 'Gear Penuh' - @zahid_hamidi

Gambar : Naib Presiden UMNO bersama pelajar Kolej TUDM dalam Utusan Malaysia muka 4 hari ini.


Berita :

Kempen jentera BN perlu masuk 'gear penuh'

Ahmad Zahid Hamid menyenduk makanan kepada pelajar-pelajar Kolej Tentera Udara Malaysia ketika lawatan kerja Menteri Pertahanan ke kolej itu di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.

ALOR SETAR 26 April - Gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) kini perlu berada paras kelajuan pemanduan 'gear penuh' selepas tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 memasuki minggu kini mula memasuki minggu terakhir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, masa untuk berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hati atau bergerak pada 'gear' perlahan sudah berlalu sebaliknya tempoh kempen yang masih berbaki mesti dimanfaatkan sepenuhnya demi kemenangan parti.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu juga bagi memastikan momentum sokongan yang ditunjukkan rakyat terhadap BN terus meningkat supaya parti tersebut dapat memenangi lebih dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.

"Jentera di peringkat tempatan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) harus memasuki 'gear lima' dan tidak boleh berpatah balik kerana momentum dalam kalangan rakyat memperlihatkan gelombang cukup baik bagi BN," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, usaha BN memperoleh lebih dua pertiga majoriti boleh direalisasikan kerana pakatan pembangkang kini berpecah dan kemenangan besar mereka dalam pilihan raya lalu ekoran wujud kelemahan dalam BN ketika itu.

Walau bagaimanapun, katanya, BN yang kini dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperlihatkan iltizam dan prestasi cukup tinggi seperti dibuktikan menerusi kad laporan yang dibentangkan kerajaan.

"BN juga mempunyai produk baik yang ditawarkan kepada pengundi. Sehubungan itu, tiada sebab untuk kita tidak boleh menang kerusi Dewan Rakyat dengan lebih dua pertiga majoriti dan merampas semula negeri-negeri dikuasai pembangkang asalkan calon dipilih parti tidak dicucuk dari belakang," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengingatkan pihak tertentu tidak mencetuskan spekulasi kononnya pegawai atasan pasukan keselamatan negara menanda kertas undi anggota yang terlibat dalam pengundian awal 30 April ini.

Katanya, meskipun pengundian anggota pasukan keselamatan diadakan lebih awal namun proses pembuangan dan pengiraan undi tetap dibuat pada hari pengundian 5 Mei ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memanggil wakil calon daripada parti bertanding untuk menyaksikan proses membuang dan mengira undi.

"Kita mesti memberi keyakinan kepada pemikiran anggota pasukan keselamatan negara dan jangan rendahkan kemampuan mereka membuat pilihan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti dan maklumat mengenai tindakan beberapa bekas pegawai kanan tentera yang diturunkan pangkat kerana melakukan kesalahan semasa dalam perkhidmatan tetapi masih menggunakan pangkat lama ketika berceramah.

Sumber :

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=PilihanRaya2013&pub=Utusan_Malaysia&furl&Pilihan_Raya/20130427/px_09/Kempen-jentera-BN-perlu-masuk-gear-penuh

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate