Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Mac 2013

Menteri Pertahanan @zahid_hamidi : Bekas Jeneral Sokong Pembangkang Perlu Ingat Sumpah Mereka Kepada Agong & Negara



zahidhamidiaskar
Peringatan kepada bekas-bekas pegawai tinggi ATM yang menghina dan memperlekeh anggota-anggotanya agar segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Ini ekoran terdapat beberapa bekas pegawai kanan yang kini dilihat menjadi “suara pembangkang” serta menggunakan pentas pembangkang mengkritik kerajaan.
 
Bagaimanapun bagi Menteri Pertahanan, puak-puak yang memperlekeh anggota tentera dalam misi mempertahan dan menghapuskan penceroboh di pantai timur Sabah perlu bertaubat.
 
Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak sanggup melihat pasukan anggota tentera dihina dan diperlekehkan oleh golongan ini kerana para anggota tentera sentiasa berjuang bermati-matian mempertahankan kedaulatan Negara.  
 
"Jika ada empat, lima kerat bekas-bekas Jeneral dulu semasa mereka menjadi pegawai-pegawai dalam angkatan tentera mereka telah bai’ah, mereka telah ikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan ikrar ini bukan hanya berkuatkuasa ketika mereka berkhidmat ianya terus berjalan sehingga ke hari ini.
 
"Oleh yang demikian jika ada dikalangan mereka yang memperlekehkan dan menghina angkatan tentera Malaysia kita minta mereka kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kerana sumpah mereka pada Negara dan Yang DiPertuan Agong,’’ katanya.
 
Kenyataan Zahid dibuat ketika berucap di Majlis Jamuan Makan Tengah Hari Bersama Warga Tentera di Hangar Rejimen Ke 3 Artileri Diraja Kem Kamunting Jumaat.
 
Turut hadir dalam program berkenaan ialah Brigadier Jeneral, Dato’ Md Dzahir Abd Rashid, Adun Kamunting, Dato’ Mohamad Zahir Abd Khalid dan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Shalimin Haji Ahmad.-16/3/2013




Panglima : 

Apa pembangkang tidak buat hina anggota keselamatan dan anggap kes Lahad Datu sebagai sandiwara.

Apa pembangkang tidak buat apabila terus menerus menggadaikan kalimah Allah untuk Kristian walau ditolak ijmak (majoriti) Ulama.

Apa pembangkang tidak buat untuk rosakkan keamanan apabila terus menerus menganjurkan himpunan haram mengganggu rakyat dan mencetuskan keganasan.

Fikirkan dan jangan anggap semua bekas askar akan sanggup bersama pembangkang kecuali mereka yang terpedaya dengan janji manis atau telah terpengaruh dengan umpan wang dan jawatan yang belum tentu akan ditunaikan sebagaimana mereka menipu rakyat yang hingga kini melopong menunggu janji janji ditunaikan.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate