Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mac 2013

Kisah Serangan Pengganas Ke Atas Kapal Ronda PX27 Yang Tidak Diketahui Awam


Kisah PDRM Yang Tidak Didendang. Serangan Kapalronda PX27





Serangan keatas Kapalronda PX 27Pada 29 Jun 1976 jam 0600 hrs, kapalronda PX 27 yang pada ketika itu dalam rondaan rutin telah berlepas dari Pulau Berhala Sandakan menuju ke perairan Pulau Tambisan.

Pada waktu itu, rondaan berkonsepkan rondaan rutin yang memakan masa 1 minggu. Tiada sebarang Kod Operasi digunakan untuk sebarang rondaan pada ketika itu. Rondaan pada ketika itu lebih kepada menjaga keselamatan dari kemasukan tentera MORO dari selatan Filipina.

Pagi yang cerah itu tidak menduga akan berlaku satu malapetaka yang akan menimpa kapalronda PX 27 dan krewnya. Seperti biasa laluan dari Sandakan ke Tambisan akan melibatkan laluan Sandakan – Outer Bouy – Royal List dan kemudian ke Tambisan.

Pada pagi itu jurumudi bertugas adalah Konst Awang Jinin sementara Konst. Jarkata bertugas sebagai Look Out. Setibanya dikawasan perairan antara Kuala Segama dan Kuala Meroup pada jam lebih kurang 0900 hrs, look out telah melapurkan bahawa terdapat 1 speedboat yang mengandungi lebih kurang 7 orang dan 1 buah pumboat bersayap yang mengandungi lebih kurang 15 orang sedang merapat antara satu sama lain.


Kpl Sadikul yang menjadi OOD pada ketika itu mengarahkan Konst Jarkata supaya memanggil kedua-dua buah bot tersebut menggunakan Adlis Lamp untuk tujuan pemeriksaan.Selepas konst Jarkata memanggil bot tersebut, didapati pumpboat tersebut telah melarikan diri kearah laut sementara sebuah lagi speed bot masih kekal dikedudukan asal.

Kapalronda PX 27 terus bergerak menghampiri speed bot tersebut. Ketika ketiga-tiga bot yang terlibat itu dalam kedudukan 3 segi, orang-orang di pumpboat tersebut mula melepaskan tembakan kearah PX 27.

Begitu juga dengan orang-orang di speed boat tersebut turut melepaskan tembakan. Tembakan dari kumpulan penjenayah tersebut disedari oleh Kpl Sarikul apabila cermin tingkap dikedua-dua belah kapal pecah ditembusi peluru.

Beliau kemudian berteriak “Kapal diserang” sambil membunyikan loceng kecemasan. Kpl Ustin Bajau yang pada ketika itu bertugas di MCR adalah orang pertama yang terkena tembakan dipunggung. Tembakan dari 2 penjuru itu telah menimbulkan suasana panik. Badan kapal yang diperbuat daripada kayu jati ditembusi peluru dari arah kiri dan kanan.

Konst Rabani yang pada ketika itu bertugas sebagai tukang masak terpaksa menggunakan lesung batu untuk melindungkan kepalanya dari terkena peluru musuh. Konst Shahbudin Ahmad terus naik keatas Open Brige dan melepaskan tembakan di sebelah Port.

Dalam keadaan bersemangat membalas tembakan itu beliau telah ditembak ditangan kanannya. Selain itu juga beliau nyaris terbunuh apabila sebutir peluru telah melalui antara rambut dan cuping telinga sebelah kiri menyebabkan luka diatas telinganya.

Memandangkan Konst Shahbudin telah tercedera, tempatnya telah diambil alih oleh Kpl Sadikul dan beliau terus melepaskan tembakan GPMG kearah pump bot tersebut.Konst Usop Etin yang pada ketika itu sedang memanjat tangga untuk ke open brige telah ditembak dikakinya dimana sebutir peluru telah menembusi lutut kiri dan kanannya.

Konst Jarkata yang baru sahaja mengambil senjata jenis Carbine dan berada dibelakang Konst Usup Etin turut terkena tembakan di bahu sebelah kiri. Konst Omar Amit juga telah terkena tembakan dibahagian belakang badan.

Pegawai Pemerintah pada ketika itu adalah K/Insp Ahmad Matali yang lebih dikenali sebagai Tn Mat Janggut mengarahkan semua mempertahankan kapal disamping mengarah supaya kapal dikendalikan keluar dari kedudukan bahaya.

Senjata yang digunakan oleh Polis Marin pada ketika itu adalah GMPG, Carbine dan Oerlikon. Namun senjata Oerlikon tidak dapat digunakan disebabkan mengalami kerosakan makenikal. Pentempuran berlaku selama lebih kurang 10 minit dan penjenayah memberhentikan tembakan apabila kedudukan ketiga-tiga kapal adalah selari dimana PX 27 ditengah-tengah.
Namun anggota polis meneruskan tembakan.

Beberapa orang penjenayah dilihat terpelanting jatuh kelaut dari pump bot akibat terkena tembakan GPMG. Namun telah ditarik naik ke atas pump bot. Kedua-dua bot penjenayah kemudian telah melarikan diri kearah laut lepas.

Bantuan pada ketika itu sukar diperolehi memandangkan perhubungan yang ada terhad pada kawasan tertentu sahaja dan permohonan bantuan dari pasukan sahabat sukar dilakukan.Memandangkan hampir separuh dari anggota polis telah mengalami cedera parah, Pegawai Pemerintah PX 27 dengan segera meneruskan perjalanan ke Pulau Tambisan bagi tujuan rawatan anggota yang tercedera.

Sampai sahaja di Pulau Tambisan, kesemua yang cedera telah menerima rawatan kecemasan di Klinik Bidan Pulau Tambisan. Turut membantu merawat anggota yang cedera adalah Doktor Askar yang berpangkalan di Kem Tambisan.

5 orang anggota polis marin yang cedera telah diterbangkan dari Tambisan balik ke Sandakan menggunakan helikopter Sabah Air dan telah mendarat di SMK St Mary dan kemudian telah dibawa ke Hospital Duches of Kent Sandakan.

Kesemua yang cedera berjaya dirawat kecuali Konst Jarkata dimana sebutir peluru telah menembusi tulangnya hingga mengenai urat sarahnya dan doktor menyatakan sekiranya peluru itu dicabut berkemungkinan besar Konst Jarkata akan mengalami lumpuh. Peluru tersebut masih terseimpan di tulang sebelah kiri beliau hingga ke hari ini. Kesemua yang terlibat dengan kejadian tersebut telah pun bersara kecuali konst Jarkata.

Kini Konst Jarkata bertugas di PGM Sandakan sebagai SI Panduarah PX 30 sebelum kapal tersebut dipindah milik kepada APMM dan akan bersara pada 12 Oktober 2012.Kejadian serangan keatas kapalronda PX 27 merupakan kejadian yang agak besar yang melibatkan pegawai dan anggota PGM selepas peristiwa Bukit Kepong yang turut mengorbankan 3 anggota Polis Marin selain rakan-rakan polis yang lain.

Sejarah serangan keatas kapalronda PX 27 ini ibarat Syair yang tidak didendangkan dan pergi begitu saja bersama-sama masa. Kepada semua yang terlibat, diucapkan Syabas kerana mempertahankan kapal dari ditawan dan mungkin dilarikan.

Kecekapan pegawai dan anggota dalam menilai situasi perlu dipuji. Semoga paparan ini dapat mengingatkan satu peristiwa yang hampir kesemua warga PDRM tidak mengetahuinya berbanding peristiwa Bukit Kepung.

Mereka yang terlibat dalam pentempuran tersebut.K/Insp Ahmad MatliSI Hj BulatSM Yusof ApoKpl SarikulKpl Ustin BajauKonst Omar AmitKonst HasmatKonst TaslimanKonst Awang JininKonst Shahbudin AhmadKonst Usop EtinKonst Rabani BalimbangKonst Jarkata Malinking

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate