Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Februari 2013

Video Isu Air - Tolong Sebarkan






Video ini juga menjawab tawaran Khalid Ibrahim (Selangor) sebanyak RM 9 billion untuk mengambil alih 4 Syarikat yang menguruskan air di Lembah Klang iaitu; Syabas, Abaass, Sg Semenyih dan SPLASH. Menurut penerangan video ini Tawaran tersebut tidak boleh  dibuat kerana ia menyalahi Perjanjian Konsesi yang ditandatangani oleh 4 Syarikat berkenaan. 

Selain itu dengan prasarana aset air yang maseh berada di bawah Kerajaan Selangor dan TIDAK DISELENGGARA dengan baik, maka tawaran sebanyak RM 9 billion itu sebenarnya sangat rendah dan tidak dapat menampung kembali kos pembangunan prasarana (CAPEX) dan  kos operasi (COPEX) sumber air dari empangan, logi rawatan, rumah takungan air, perpaipan, perawatan air , gaji pekerja, latihan sumber manusia  dan lain lain lagi.

Kerajaan Selangor sepatutnya tidak bermain Politics Of Hatred sehingga mengabaikan kepentingan dan HAK RAKYAT untuk mendapat air bersih (air terawat) dengan kadar tarif yang rendah (kerana disubsidikan oleh Kerajaan Pusat)

Sepatutnya Kerajaan Selangor mengikut langkah Pulau Pinang untuk menerima Pelan Penstrukturan Semula Air . Dalam proses Penstrukturan tersebut Pulau Pinang telah dapat mendapat kelebihan di mana aset dan pengurusan air diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hutang sebanyak RM 655 juta telah dilupuskan.


Sumber : Anak Bukit Gantang

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate