Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Januari 2013

DS @NajibRazak Catat Sejarah - PM Malaysia pertama jejak kaki di bumi Palestin !!! #JanjiDitepati

Syabas YAB Perdana Menteri kerana mengotakan janji untuk pergi ke Palestin semasa menghantar Datuk Azeez Ketua Kelab Putera 1Malaysia baru-baru ini.

Bukan sahaja kepada rakyat Malaysia bahkan kepada rakyat Palestin dan pemimpin Palestin juga beliau tetap menunaikan janjinya. 

Apabila berjanji tidak tepati bukan sahaja orang Islam, bahkan seluruh bangsa di dunia akan marah dengan perbuatan tersebut.

Berikut laporan berita terkini Utusan Malaysia tentang perjalanan PM ke Palestin bersama isteri, mengulangi keberanian Tun Mahathir menghantar isteri Tun Siti Hasmah ke Baghdad untuk memecah sekatan Amerika Syarikat 

Link baca di sini http://www.doposen.com/2012/10/10-fakta-mengenai-tun-dr-mahathir-yang.html yang memaparkan jasa Tun Mahathir terhadap negara Islam.



Daripada ZULKIFLI BAKAR

GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba di sini hari ini akan mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin.

Beliau yang melakukan lawatan kemanusiaan akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.

Najib juga akan menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al -Aqsa. Turut serta dalam lawatan itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130122/dn_19/Najib-PM-Malaysia-pertama-jejak-kaki-di-bumi-Palestin#ixzz2IfK115dn
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate