Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Januari 2013

BN POST: Semalam Menteri Pertahanan DS @Zahid_Hamidi saman @RafiziRamli yang makin galak menfitnah beliau cc @NajibRazak

tindakan menyaman adalah tindakan terakhir Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas melihat berulang kali perbuatan menfitnah dilakukan oleh Rafizi Ramli.

diharap ia akan menakutkan orang lain yang gemar menfitnah dalam berpolitik agar mencari isu yang lebih kukuh faktanya untuk meraih undi.

kepada semua pihak tolong jangan jadikan rakyat meluat dengan perbuatan mereka.

Meskipun keras namun jelas nampak niat saman oleh Naib Presiden Umno ini hanya mahu membersihkan namanya sahaja dan nama parti bukan niat lain.

hari ini ketika Kerajaan dituduh menguasai Hakim ketika itu juga Anwar telah menang terhadap Utusan dalam kes saman beliau.

begitu juga yang lain.

Hari ini rakyat makin bijak dan jangan harap anak muda mudah terpengaruh dengan dakyah mereka.



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.


Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.



Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.



Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.



Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.



Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.



Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.





Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.



Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.



Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama

http://bnpost.blogspot.com/2013/01/fitnah-zahid-hamidi-saman-rafizi.html?m=1





Sent from Samsung Galaxy Note

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate