Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Januari 2013

Akhirnya Mat Sabu tukar pendirian, bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Mat Sabu tukar pendirian, bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS



KOTA BHARU : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS iaitu Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini. 

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS. 

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama PAS)," katanya selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat PAS Kota Bharu di sini, malam tadi. 

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS Ahad lalu, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna. 

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am PAS dan juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - BERNAMA

http://mymahasiswa.blogspot.com/2013/01/mat-sabu-tukar-pendirian-bersetuju.html?m=1


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate