YDP Blogger Pembela Negara (BPN) Malaysia / Chief Blogger Of National Defence
Translate
Video Pilihan
31 Oktober 2012
Video : Kenyataan Ketua Pemuda UMNO @KhairyKj Isu AES - Amat Baik Tetapi Perlu Diperbaiki cc @razaliibrahim @tunfaisal
Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tangguhkan Pelaksanaan AES
Pandangan Blogger Suara Laksamana Isu AES Ini Sangat Rasional - Jom Baca
Pelaksanaan AES Perlu Kajian Dari Pelbagai Sudut cc : DS @NajibRazak
Siapa kata pelaksanaan AES hanya merugikan rakyat semata-mata kerana apabila gambar diambil dan kemudian saman dikeluarkan???
Adakah rakyat sedar betapa pentingnya AES demi mendisiplinkan para pemandu kenderaan di jalanraya hari ini???
Adakah rakyat sedar tentang statistik kemalangan jalanraya yang melibatkan lebuhraya, jalan persekutuan, jalan bandar, jalan luar bandar dan sebagainya disebabkan kecuaian pemandu???
Pada dasarnya, sistem AES ini amat baik tetapi adakah lokasi serta halaju yang ditetapkan praktikal di sesebuah lokasi?
Rata-rata rakyat Malaysia selaku pengguna jalanraya merungut tentang pelaksaan sistem AES terutamanya di lokasi yang tidak sesuai dan dianggap merepek dengan kelajuan yang tidak munasabah.
SL berikan contoh Lokasi AES yang SL gunakan hampir setiap hari selama hampir 14tahun :-
1. Lebuhraya PLUS diantara susur keluar tol Bangi ke susur keluar tol Kajang berjumlah 3 lorong.
2. Sejarah kemalangan di kawasan berkenaan sejak 10 tahun kebelakangan - TIADA
3. Halaju yang ditetapkan dikawasan berkenaan adalah 90km/h.
4. Lokasi kamera AES dipasang pada lokasi menuruni cenuram.
5. Secara logik akal : pada kenderaan yang menaiki cenuram lebuhraya pada kelajuan 90km/h, sudah pastinya akan menuruni cenuram pada halaju melebihi 90km/h sekiranya pedal minyak ditekan secara konsisten.
6. Semestinya sebaik sampai berdekatan dengan lokasi kamera, ada kenderaan yang terpaksa brek mengejut dan membahayakan kendaraan lain (pernah beberapa kali berlaku 'near miss' accident)
7. Jumlah kenderaan yang melalui lokasi tersebut lebih tinggi terutama pada waktu 5.30ptg - 7mlm bagi pengguna-pengguna yang ingin mengelakkan kesessakan lalulintas di Bandar Baru Bangi.
Pada SL, sesuaikah untuk lebuhraya 3 lorong pada kelajuan 90km/h tiada statistik direkodkan sebagai lokasi kemalangan tinggi di pasang kamera AES terutamanya apabila turun bukit???
SL pernah menemubual beberapa pengguna Lebuhraya PLUS tentang sesuaikah dipasang kamera AES di lokasi berkenaan pada awal operasi.
Video Debat Ust Syed Faiz vs Jeming Hassan Dakwaan Nik Aziz Wahabi Mujassimah - Mesti Tonton dan Sebarkan !!!
panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you
panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:
view full image
"AES Detector untuk elak disaman bagi pengguna Android @jamawijaafar @mpkotabelud @NajibRazak @lokmanadam @khairykj @liyanajasmay @lsurihani23 @wahazman @tuan_shyfull @pesakaalam @azaharihamid @aaron535aziz"
The Instagram Team
30 Oktober 2012
Berita Harian | PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib
Panglima : Berkat bantu rakyat negara makin Iuas lagi melimpah rezeki ! Alhamdulillah
PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib
2012/10/30 - 13:23:47 PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.
Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.
"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar.
"Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersil, pengeluaran minyak dijangka akan dicapai pada suku ketiga 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 dan 20,000 tong sehari," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Dengan penambahan rizab ini, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isi padu asal keseluruhan 64 juta tong.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, negeri Pahang dijangka menerima wang ehsan sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014.
Beliau berkata, penemuan ini membuktikan kewujudan minyak dan gas di kawasan selatan Malay Basin ke arah Lembangan Penyu.
"Oleh itu, medan minyak itu adalah terletak di kawasan pelantar benua iaitu melepas tiga batu dan terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.
"Ini dasar kita untuk mengagihkan kekayaan minyak dengan lima peratus pembayaran tunai kepada Pahang," katanya.
PETRONAS Carigali, anak syarikat Petronas dan Lundin Oil adalah usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran.
Sementara itu, Naib Presiden Perniagaan Eksplorasi dan Pengeluaran, Pengurusan Petroleum PETRONAS Nasional Bhd, Ramlan A Malek berkata, kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial dijangka siap pada suku kedua tahun depan.
"Kerja-kerja cari gali akan dilaksanakan oleh operator blok, Lundin Oil," katanya. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/articles/PETRONASCarigalitemuimedanminyakBertam_Najib/Article/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Sent from Samsung Galaxy Note
Blog Top Malaysia Ulas Konflik Mantan Mufti Dr Asri vs Fathul Bari
MUFTI YANG SUKA HURU HARA MASYARAKAT
Sebenarnya kami dah lama fed-up dengan Dr Asri tapi hanya bulan September sini baru kami belasah.
Mantan Mufti ini tidak hayati consensus sesama mufti dan mulut suka cakap sesuka hati hanya demi mahu timbulkan polemik dan kelirukan orang awam.
INi benar-benar menghuru harakan masyarakat dari usaha membawa progress minda.Ini semua kami salahkan Dato Shahidan Kassim yang dok suka sangat dengan Mantan Mufti Wahabi Perlis ini.
Hingga dia bawak makghib yang senang sangat kami cakap sebagai orang yang tak ada adab dan bertanggungjawab ini dalam majlis-majlis ilmu blogger.Agendadaily sini mula dedahkan sikapnya yang mula menyerang ILMU:
Baca lagi
The Unspinners: Dah lama kata Asri ni gila publisiti dan tak bertanggungjawab
Blog MP Kota Belud Siar Artikel Fakta Lengkap Tajuk : AES - Mengupas Kebenaran
|
PELABURAN GENNEVA GOLD DISAHKAN TIDAK PATUH HUKUM SYARAK : Majlis Fatwa Kebangsaan
1/8/12 - KUALA LUMPUR – Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara. Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini.
Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.
(Gambar kanan : Pelancaran Syariah Genneva yang melanggar etika Islam)
Kenyataan itu menasihatkan umat Islam tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas oleh mana-mana pihak, sama ada syarikat di dalam negara atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip jual beli emas seperti yang digariskan oleh syarak dan undang-undang negara.
Abdul Shukor berkata, transaksi jual beli mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan hukum syarak, dan sesuatu transaksi dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Beliau berkata transaksi juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman. – Bernama
Sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/fatwa-pelaburan-emas-genneva-malaysia-tak-sah-1.65671
Tarikh : 11 Julai 2012
Sent from my iPad
29 Oktober 2012
Isu Scorpena - Mari Baca Blog Jomo Malaya
Terkini : Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri
Dalang curi Galaxy Note II di KLIA serah diri
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Selepas lima hari diburu polis, seorang lelaki yang disyaki dalang utama kes kecurian telefon pintar Samsung Galaxy Note II bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal akhirnya menyerah diri di Balai Polis Sepang hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, suspek berusia 42 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah dan merupakan pekerja sebuah syarikat penghantaran kargo itu hadir bersama seorang peguam ketika menyerah diri petang ini.
Katanya, polis percaya dia ialah dalang utama yang merancang jenayah itu bersama empat lagi suspek yang masih diburu dan telah dikenal pasti identitinya.
Menurut beliau, penahanan suspek yang terbaru itu menjadikan jumlah individu yang ditahan berhubung kes tersebut setakat ini adalah seramai 13 orang.
Katanya, empat suspek yang diburu ialah U. Chalan, 23, dari Jalan Klang Lama; J. Aravindan, 29, dan J. Pratib, 22, dari Bandar Baru Nilai serta N. Selvakumar, 30, dari Taman Desa Cempaka, Nilai.
"Dalang kes itu telah membuat perancangan rapi dengan mengarahkan ahli sindiket menyamar sebagai wakil syarikat untuk mengeluarkan barangan daripada gudang simpanan," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana hari ini. - UTUSAN
Sent from my iPad
Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh
Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121029/dn_27/Perkasa-cadang-Suruhanjaya-Diraja-siasat-projek-Lembah-Sireh
Sent via Flipboard
Sent from my iPad
28 Oktober 2012
Mesti Baca : Dahsyat Cara Ku Li dan Kickdefella ' Check-Mate ' Geng Royalti R Husam Musa di Facebook !!! @NajibRazak
Berikut entri Kickdefella yang patut dibaca berkenaan beza status antara Negeri Kelantan dengan Negeri Sabah dan Sarawak, selain isu 3 batu nautika dan juga perjanjian antarabangsa yang gagal difahami pendokong tuntutan royalti minyak Kelantan sehingga memalukan mereka sendiri apabila tersebar hujjah seperti ini.
Pada hari Khamis, 18 Oktober 2012, admin Facebook Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memuat naik jawapan YB Menteri Di Kementerian Luar Negeri kepada soalan Ahli Parlimen Gua Musang itu berhubung dakwaan penyerahan dua blok carigali petrolieum kepada Brunei. Sebelum ini, YB Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS telah melemparkan pelbagai tuduhan mengenai kononya blok-blok tersebut telah diserahkan kepada Brunei oleh Kerajaan Malaysia.
Siri dakwaan dan kecaman Husam boleh dilihat di dalam weblognya sendiri iaitu seperti link-link di bawah.
i) Medan Minyak Tergadai: Ya atau Nafi.
ii) Dua Medan Minyak: Surat Terbuka Untuk Najib.
iii) Menteri Mempelam Serahkan Sabah dan Limbang.
iv) Penyerahan Sempadan: Cadangan Saman Awam Rakyat Malaysia.
v) Tenggiri Kita Berenang Ke Brunei.
Dengan jawapan daripada YB Menteri di Dewan Rakyat, ternyata apa yang ditulis oleh YB Husam di blognya hanyalah spekulasi yang penuh dengan elemen putar belit fakta dan hasutan.
Tidak diketahui ada kebetulan atau tidak, tetapi sebelum menyiarkan jawapan YB Menteri itu, Ku Li di Facebooknya ada berpesan,
"Jangan suka memusing fakta sehingga menjerat diri sendiri."
Tidak hairanlah, anak-anak buah Husam turut mengamalkan taktik sama. Bagaimanapun, pada hari Khamis itu, rakan-rakan mewakili suara anak Kelantan dan saya sempat untuk berdebat secara online mengenai tuntutan royalti oleh Kerajaan PAS Kelantan dengan geng NGO R di dalam FB Ku Li. Berikut adalah perdebatan yang dimaksudkan untuk penilaian pembaca sendiri. Ini merupakan permulaan sahaja di dalam usaha kami membuktikan bahawa NGO R hanyalah bercakap kosong sahaja selama ini.
Sent from my iPad
Mesti Baca : Wawancara Sinar Harian Dengan Menteri Pengangkutan Isu Kamera AES
Sejak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan 23 September lalu, pelbagai rungutan dilontarkan pengguna jalan raya kerana dilihat sistem ini seolah-olah membebankan mereka. Malah wujud persepsi kononnya ia antara usaha kerajaan untuk mengatasi defisit perbelanjaan menerusi wang saman dibayar pesalah lalu lintas yang dirakam sistem tersebut. Sinar Harian berkesempatan bertemu Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk mengulas isu ini.
Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, NOOR AZURA SAHRIL bersama jurufoto, AZMI ARYANTO.
Sejak AES dilaksanakan, bagaimana dengan maklum balas yang diterima daripada pengguna jalan raya?
Hajj 2012/ 1433AH - 9Dhul Hijjah -Arafah, Muzdalifah & Makkah - YouTube
Tolong RT guna skrip ini :
Gambaran Padang Mahsyar saksikan video ini @anwaribrahim @abdulhadiawang @nikabdulaziz @mbnizar @khalidsamad @drmariah @azminali
Sent from my iPad
Gambar Bukti Nyata Kronisme Dalam Kepimpinan Pakatan Rakyat
27 Oktober 2012
Ibadah Korban DS @Zahid_Hamidi : Lembu Dan Unta
Assalamualaikum wrt wbt.
Hari ini saya dan keluarga beraya di rumah mertua Kg Empang Batu, Melaka. Kami telah melaksanakan ibadah korban yang dibuat secara bergotong royong dengan keluarga, sanak saudara dan juga ahli kariah kampung.
Seekor unta dengan seekor lembu telah 'tumbang' pada acara korban yang bermula selepas selesai solat sunat Aidil Adha pagi tadi. Semoga ibadah kami diterima Allah hendaknya.
Sent from my iPad
Article: Berita Harian | Bekalan elektrik terputus di KKIA disiasat: Kong
Berita Harian | Bekalan elektrik terputus di KKIA disiasat: Kong
http://www.bharian.com.my/articles/BekalanelektrikterputusdiKKIAdisiasat_Kong/Article/
Beliau berkata kementerian tidak akan melindungi sesiapapun dalam siasatan ini dan memberi amaran tindakan tegas terhadap "pihak yang cuai" tanpa mengira sama ada ia merupakan individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.
Article: Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari - Nasional
Malaysia sedia ruang untuk perubatan moden, komplementari - Nasional
27 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Malaysia menyediakan ruang yang membolehkan pakar-pakar bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai perubatan moden dan perubatan komplementari dan tradisional termasuk untuk merawat kanser, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Beliau berkata Malaysia telah mengambil langkah untuk memastikan kualiti dan keselamatan pesakit yang menggunakan rawatan alternatif terjamin.
Koh merujuk kepada Rang Undang-undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang diluluskan Dewan Rakyat bulan lepas.
"Gabungan perubatan tradisional Cina dan Barat serta perubatan semula jadi umpamanya merupakan trend masa depan serta menjadi kaedah rawatan yang unik bagi penyakit kanser," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres dan Pameran Anti-Kanser Sedunia di sini, hari ini.
Persidangan dua hari anjuran Persatuan Anti-Kanser Malaysia itu melibatkan pakar-pakar dari negara seperti China, Mongolia, Taiwan dan Malaysia.
Sementara itu, Koh yang juga Presiden Gerakan berkata parti itu bersedia melaksanakan pelbagai pembaharuan demi kebaikan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, strategi pembaharuan itu memerlukan kerjasama semua pihak termasuk parti-parti komponen BN supaya boleh bekerja sebagai satu pasukan.- Bernama
Sent via Flipboard
Sent from my iPad
AES Detector Untuk Pengguna Android
26 Oktober 2012
@TengkuAdnanReal : 44 Ekor Lembu Korban Di Putrajaya cc @TunFaisal
Menurut Blogger harapan-esok.blogspot.com, ini kali ketiga ia diadakan.
Turut hadir ialah Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Saudara Tun Faisal Ismail dan blogger UMB menjayakannya.
Selain itu jentera UMNO Putrajaya dan warga Putrajaya juga datang memeriahkan acara tahunan yang paling besar dalam sejarah Islam itu.
Lagi gambar sila layari blog di atas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hebat Pemuda Bosnia Jalan Kaki 314 Hari Tunai Haji di Mekah
Kecekalan beliau wajar menjadi contoh dan kerana itu ia diletak muka hadapan Utusan Malaysia.
Tahniah jika anda dapat meniru semangat pemuda ini. Sangat sukar di akhir zaman untuk menempuh seseorang yang sanggup melalui 5,700 kilometer hanya untuk menjalani ibadah di Mekah.
UMNO Online - Husam Musa Kata DAP Lebih Baik Dari UMNO – Kenyataan Separuh Masak Husam Musa Memalukan
"Dari sudut apa Husam membandingkan antara DAP dan UMNO, sehingga mengatakan bahawa DAP lebih baik dari UMNO. Apa jasa DAP di dalam negara, selain terlibat dalam mencetuskan sejarah huru hara negara dalam peristiwa 13 Mei. Dari dasar dan prinsip politik pula, DAP dilihat sebagai sebuah parti yang mendukung kuat fahaman sekular dan menolak pengamalan Islam di dalam negara.
"Bahkan kenyataan terbuka kritikan dan penolakkan DAP terhadap perlaksanaan hudud dan negara Islam bukan saja telah mengguris hati ahli-ahli Pas, malah telah membangkitkan kemarahan seluruh umat Islam di dalam negara ini.
"Bagi saya, kenyataan ini hanyalah satu kenyataan politik dari Husam yang bagi saya agak separuh masak. Husam tidak boleh menolak kebenaran, biarpun kini dia menjalinkan hubungan rapat dengan DAP di dalam Pakatan Pembangkang, tetapi dia tidak boleh menolak hakikat jasa-jasa UMNO dalam menegakkan syiar Islam, membela bangsa Melayu dan memakmurkan negara," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Seterusnya beliau menegaskan, Husam tidak boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan DAP lebih baik dari UMNO, hanya bersandarkan peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja.
25 Oktober 2012
Media Kedah: Video Eksklusif !!! Ketua Pemuda UMNO Kedah Dakwa Azizan Razak Umpama Ber*k #tukarkedah #SGB
Selaku Pengerusi KCB, mustahil bagi Azizan Razak tidak tahu menahu langsung tentang projek berkenaan sedangkan kos pembayaran tuntutan pengurusan melebihi RM10,000 perlu melalui Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak turut berada.
Badrol Hisham turun mendesak Azizan Razak, selaku Pengerusi KCB memperjelaskan dengan jujur siapa yang membenarkan bekas CEO KCB, Akashah Ismail dan rombongan ke London untuk membuat pinjaman RM134 juta (USD44 juta) dari agensi pinjaman kewangan London, Capital Investment Agency.
Mustahil selaku Pengerusi KCB, Azizan Razak tidak tahu menahu akan pinjaman tersebut kerana ianya membabitkan jumlah pinjaman yang banyak.dan perlu di perbincangkan dalam Mensyuarat Lembaga Ahli Pengarah.
Dalam sidang akbar itu, Badrol Hisham menyifatkan kembali Azizan Razak "Umpama Beruk Menaiki Pokok Ceremai Yang Akhirnya Buah Ceremai Terlantun Ke Muka Sendiri".setelah perumpamaan itu di gunakan Azizan Razak untuk mengkritik desakan Pemuda BN kelmarin.
"Azizan Razak merupakan Beruk yang pandai berlakon dalam permasalah KCB", katanya lagi.
Selepas selesai sidang akhbar di bangunan MCA, Alor Setar, Badru Hisham bersama barisan Pemuda BN yang lain terus bergerak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar untuk membuat laporan polis terhadap kerugian yang meragukan di alami KCB setelah di cabar Azizan Razak untuk berbuat begitu.
Watch " Peneroka Melayu Menangis Marah Kerajaan Negeri Selangor Rampas Tanah " on YouTube
Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah
Watch Mariah Carey Tanya "Ustaz Don - pewarna rambut dan mandi wajib" on YouTube
panglimaperangcyber shared an Instagram photo with you
panglimaperangcyber just shared an Instagram photo with you:
Thanks,The Instagram Team
24 Oktober 2012
Blog Askar Setia: PASSEX - USS GEORGE WASHINGTON DAN KAPAL PERANG TLDM - TERSIRAT DAN TERSURAT
PASSEX - USS GEORGE WASHINGTON DAN KAPAL PERANG TLDM - TERSIRAT DAN TERSURAT
USS George Washington (CVN 73) dan KD Jebat (FF 29) dan KD Lekiu (FF30) |
USS George Washington (CVN 73), KD Jebat FF 29, KD Lekiu (FF 30) dan USS Vandergrift (FFG 48) |
Sebagai seorang perokok tegar, inilah 'buah tangan' - Lighter ZIPPO USS George Washington yang dapat saya beli sebagai kenangan menaiki kapal induk berkenaan |
Sent from my iPad