Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Disember 2012

Nik Aziz Disapina. Husam Takut? | Detik Perubahan

Nik Aziz Disapina. Husam Takut?

husam kickdefellaKUANTAN – Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak hadir pada perbicaraan kes samannya terhadap penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz di Mahkamat Tinggi di sini hari ini.

Tindakan Husam itu dilihat oleh banyak pihak sebagai cara beliau untuk melengah-lengahkan kes tersebut daripada berjalan dengan lancar.

Terlebih dahulu, Hakim Datuk Mariana Yahya meminta kedua-dua belah pihak supaya menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah.

Difahamkan , Husam menawarkan bayaran ganti rugi sebanyak RM100,000, permohonan maaf dan menarik balik artikel tersebut tetapi ia ditolak.

Kem Syed Azidi menolak tawaran tersebut kerana tidak bersetuju syarat yang dikenakan.

Ekoran daripada itu perbicaraan ditetapkan hari ini dengan Husam sebagai plaintif perlu memberikan keterangan di mahkamah namun beliau tidak hadir kerana mempunyai tugas penting berkaitan Exco Kelantan.

Sementara itu, peguam kepada Syed Azidi, Datuk Jahabardeen Mohd. Yunoos berkata, pihaknya akan memanggil lima saksi dan beberapa pemimpin utama Pas akan disapina dalam perbicaraan tersebut.

"Kedua-dua pihak telah bertemu tetapi tidak dapat selesaikan kes ini diluar mahkamah dan mohon dibicara, plaintif akan mengemukakan lima hingga enam saksi manakala kita ada lima saksi dan empat sapina.

"Sapina akan dikeluakan pada pukul 3 petang ini, diantara individu yang akan disapina ialah, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Exco Kerajaan Pas Kelantan dan peguam Nordin Nor," katanya.

Husam memfailkan saman fitnah terhadap Syed Azidi yang juga pengarah filem Persona Non Grata di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada September 2011 atas dakwaan menyiarkan berita yang tidak benar dan tidak berasas terhadapnya.

http://detikperubahan.com/2012/12/20/nik-aziz-disapina-husam-takut/


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate