Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Disember 2012

NGO TIBAI & ISMA sifatkan gesaan Guan Eng Benar Kalimah Allah 'satu amanat DAP' Seperti Hj Hadi

NGO sifatkan gesaan Guan Eng 'satu amanat DAP'

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menyifatkan gesaan berterusan Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai 'satu amanat daripada DAP'.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, beliau melabelkan kenyataan tersebut sebagai amanat DAP kerana ia dituturkan sendiri Guan Eng selaku pemimpin tertinggi parti itu.

"Jika 31 tahun lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan amanat yang mengkafirkan UMNO sehingga memecah-belah umat Islam di negara ini, kini DAP juga tidak ketinggalan mengeluar amanat mereka sendiri.

"Lebih parah amanat ini menuntut agar kalimah Allah yang merupakan hak eksklusif umat Islam dipakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu dan inilah parti yang bersekutu dengan Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Guan Eng dalam ucapan Krismas beliau yang menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman juga setuju bahawa kenyataan terbaharu Guan Eng itu satu amanat di sebalik perancangan besar DAP untuk menyuburkan agama Kristian di negara ini.

Menurut Abdullah, gesaan berterusan mengenai kalimah Allah sengaja dibuat walaupun Guan Eng dan DAP sedar bahawa ia isu sensitif kepada umat Islam, membayangkan satu perancangan rapi dilakukan bagi melihat reaksi orang Melayu.

"Kalau kita kumpul semua tuntutan DAP dari dulu hingga sekarang, jelas mereka konsisten ke arah memperjuangkan Kristian dan saya setuju ini satu amanat daripada Guan Eng dalam usaha menggerakkan rancangan lebih besar," katanya


© Utusan Melayu (M) Bhd 




Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate