Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Disember 2012

Mesti Baca : Petua Untuk Hilangkan Sakit Gigi


Pengalaman sakit gigi memang menyeksakan. walaupun menerima ia sebagai ujian mencuci dosa dan menaikkan darjat di sisi Allah Taala namun sebagai hamba kita selalu diminta berusaha mencari ubat dan berserah kepadaNya.

Kisah sakit gigi pernah menimpa Nabi Allah Musa a.s dan ia menunjukkan ujian Allah kepada seorang Nabi bertaraf Ulul Azmi dan antara yang cukup dikenali dengan kegagahan yang tidak terperi hebatnya.

Namun sakit gigi tetap menimpa baginda.

Ada kisah seorang hamba Allah yang gedebe tetapi apabila ditimpa sakit gigi rupanya beliau tidak mampu menahan kesakitan hingga mengalir air mata. Kisah bagaimana manusia juga ada kelemahan walau sehebat mana pun mereka.

Baca petua sakit gigi di bawah ini dan selalulah berkumur mencuci gigi dan memberusnya setiap kali mahu tidur dan selepasnya.

Redha menerima kesakitan menjadikannya satu kemanisan menjadi hamba Tuhan yang Maha Penyayang.

Petua ini dihidangkan kepada anda kebetulan itulah yang sedang dialami panglima kini di saat menjelang Tahun Baru beberapa hari lagi.

Petua yang baik ini boleh disebarkan untuk membantu rakan yang mungkin mencari jawapan untuk mengatasi sakit gigi. 

Ada juga petua kata guna belacan untuk sakit gigi. Petua kak ipar panglima amal dan menjadi pada beliau baru-baru ini...



Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.



Sent from my iPad

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebab ape gigi boleh jadi sakit yee ?

Tanpa Nama berkata...

Kat tengah gigi ada saraf (google imej keratan rentas gigi). Bila lapisan enamel dah takde (gigi nipis/lubang) asid yg terbentuk dari sisa makanan dlm mulut kena kat saraf dlm gigi. Ibarat tuang asid atas kulit la. Rasanya? Oooo mak aiii, sakit teramat sangat. (Aku tau la sbb baru kena.) Bila cabut gigi, hilang sakit sbb saraf ke dlm gigi tu dah putus. Yg hujung je sensitif. Pangkalnya tak sensitif. Bila saraf putus, saraf tu akan sembuh dan hilang fungsinya.

Nak keterangan lanjut tanyalah doktor gigi. Aku hentam je.

Tanpa Nama berkata...

Hi...!!!!! Kawan2..saya nak tanya sikit ni...
Gigi saya berlubang dan saya pegi cabut..tp selepas cabut masih lg sakit..padahal dah 5hari 2...nape ye....

Tanpa Nama berkata...

kalu 2-3 hari cabut tak baik lagi tu tanda kau kena sakit gigi tapioca!!!

coklatwrapper berkata...

Tepat 1 Ramadhan gigi depan aku sakit..adui...dah 3 Ramadhan ni masih sakit tapi dah kurang..kalau tak hilang sakit 2 hari lagi ni g cabut ler...heheh
Tapi tak kan raya takpa gigi depan? haha

Panglima Perang Cyber berkata...

Sebab makan petai badan jadi panas dan sakit gigi terjadi.minum air mineral banyak2 akan hilang Insya Allah

Panglima Perang Cyber berkata...

Gigi gerahan memang lambat sikit

bima sakti berkata...

Salam semua...ini petua untuk mengelak dari sakit gigi kata orang mencegah lebih baik dari merawat, sebelum gosok gigi tak kiralah bila2 masa, jangan sekali2 berkumur dulu, sapu air pada sekeliling rahang, sekeliling bibir, dibawah leher, supaya gigi sedia terima isyarat dahulu seperti nak masuk rumah org kena bagi salam dahulu, yang selalu sakit gigi ni kerana bila nak gosok terus kumur gigi terkejut gila, gigi ialah benda yang amat sensitive jadi jagalah sikit perasaan gigi ni, jangan lupa...selamat mencuba

Tanpa Nama berkata...

Qan

Tanpa Nama berkata...

Apa petua sakit gigi baru tmbuh kat hujung sekali(atas)..lama dah sakit..dari bln10 sampai sekarang masih sakit..sekarang teramat sakit..

Cari Blog Ini

Translate