Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Disember 2012

Jangan Cari Undi Dengan Buat Demonstrasi Atau Fitnah Rata-Riti #TolakPR #SayaPilihBN #LovePMVoteBN


Glosari :

*Rata-riti : ke mana-mana (Kamus Dewan Edisi Keempat)

*Tidak semena-mena : tidak ada sebab yg munasabah atau yg berpatutan; tidak tentu hujung pangkalnya; sewenang-wenang: (Kamus Dewan Edisi Kedua)



1. Semakin dekat semakin banyak kekalutan tercetus di merata tempat.

2. Dulu apabila digosipkan PRU 13 dijangka pada bulan 11 sebelumnya pada bulan Jun maka banyaklah program yang tidak semena-mena timbul. Bersih 2.0 antara contoh bagaimana ia timbul.

3. Perkara ini dapat dijadikan bukti bagaimana proses meraih undi menggunakan cara 'kekerasan' dan 'jalanan' diguna Pakatan Pembangkang. Bukan cara penerangan dan kempen ikut nada demokrasi.

4. Banyak lagi akan lahir menjelang PRU13 yang dikhabarkan antara terhangat di negara kita. Kerana kedudukan Pakatan yang semakin luas pengaruh mereka melalui penguasaan beberapa negeri bukti nyata  keghairan ke Putrajaya seakan sudah tidak ada yang mampu menghalangnya walau dengan apa jua cara.

5. Tiga perkara yang akan 'memabukkan' manusia iaitu wanita, harta dan takhta ternyata memang menjadikan apa sahaja cara akan digunakan termasuklah dengan mencetuskan huru-hara dan melawan undang-undang.

6. Kini soal Perlembagaan yang menjadi asas rukun negara sudah dipijak beramai-ramai dan sayang rakyat tidak bersalah dan tidak mendapat info yang jelas juga terpengaruh dengan dakyah mereka.

7. Rayuan panglima : mari kita usahakan agar kemaraan puak ini dapat dihalang dengan kuasa pena yang kita ada. Paling kurang share atau retweet atau email bahan menarik penjelasan isu-isu semasa agar rakyat sedar perkara sebenar.

8. Negara kita wajib kita pertahankannya dan ia pasti akan musnah di tangan Pembangkang yang terlalu bercelaru pentadbiran mereka walau tidak kita nafi ada juga kebaikan yang mereka lakukan sepanjang mentadbir kerajaan.

9. Soalnya antara dua pilihan sudah tentu yang TERBAIK dan MENEPATI JANJI menjadi pilihan. Dengan rekod cukup cemerlang Barisan Nasional adalah satu-satunya pilihan dan harapan demi Agama Bangsa dan Negara kita.

10. Bulatkan tekad dan sematkan doa dalam siri munajat selepas dan di dalam solat untuk memohon agar Allah Taala dengan berkat para kekasihNya akan melindungi rakyat dari serangan 'halus' Dajjal melalui tenteranya untuk menguasai Malaysia.

11. Doa senjata orang beriman dan doalah akan kita guna meruntuhkan kubu FITNAH mereka dari menutup pandangan mata akal dan hati pengundi yang akan menentukan destinasi Malaysia akan dapat berakhir di puncak kejayaan Wawasan 2020 atau berakhir di lembah kehancuran akibat sengketa dan peperangan seperti negara Islam lain contoh Iraq, Libya atau Yaman.


Sekian, mohon difikirkan dengan menarik nafas yang dalam...

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate