Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 Disember 2012

Fatwa Tolak Amanat Hj Hadi 1981 Disokong Tok Guru Pondok Pasir Tumbuh dan Lubuk Tapah !!!

MAIK keluar surat rasmi pada 1981

KOTA BHARU 24 Dis. - Teguran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) terhadap Amanat Haji Hadi yang dibuat menerusi surat rasmi pada 1981, adalah fatwa yang masih terpakai sehingga sekarang.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar) berkata, teguran itu dibuat hasil mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang dipengerusikan oleh Mufti Kelantan yang kelapan, Allahyarham Datuk Mohd. Noor Ibrahim bagi membincangkan isu kafir mengkafir sesama Islam.

Katanya, Jabatan Mufti telah melakukan tanggungjawab mengeluarkan fatwa dan nasihat manakala sebarang pelanggaran terhadap keputusan itu bergantung kepada pihak berkuasa atau Mahkamah Syariah untuk mengambil tindakan.

"Orang sering bertanya apa tindakan Jabatan Mufti apabila timbul sesuatu isu, tetapi mereka tidak faham kami hanya boleh mengeluarkan fatwa.

"Pembahagian tugas sudah dibahagikan kepada tiga iaitu badan yang mengeluarkan fatwa, badan penguat kuasa dan badan kehakiman, jadi soalan seharusnya ditanya kepada bahagian penguatkuasaan.

"Misalnya mufti menyatakan haram orang lelaki sengaja meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut. Apakah mufti yang seharusnya pergi menangkap? Ini bukan kerja mufti tetapi kerja penguat kuasa dan seterusnya mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

"Kini terserah kepada pihak dan jabatan yang dipertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang untuk bertindak dan menjalankan tugas mereka," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Utusan Malaysia berhubung keputusan mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang dikeluarkan 31 tahun lalu yang membincangkan masalah agama yang mengelirukan masyarakat ekoran amanat itu.

Keputusan fatwa Jemaah Ulama yang bertarikh 15 Jamadil Akhir 1401 Hijrah itu telah dibahas berpandukan kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid ulama muktabar dan mereka sebulat suara memutuskan bahawa kesemua lapan perkara yang dibincangkan tidak benar serta bertentangan dengan ajaran Islam dan sangat mendatangkan bahaya terhadap akidah dan perpaduan umat Islam.

Lapan perkara tersebut adalah tidak sah jika sembahyang di belakang orang UMNO, haram dimakan daging sembelihan orang UMNO, terfasakh pernikahan antara orang UMNO dengan bukan UMNO dan tidak sah akad nikah oleh imam daripada UMNO.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah akad nikah yang dibuat oleh imam UMNO perlu diperbaharui, mayat orang UMNO tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam, jenazah orang UMNO tidak boleh disembahyangkan kerana murtad dan orang UMNO tidak boleh melakukan sembahyang jenazah terhadap orang bukan UMNO serta orang UMNO tidak perlu sembahyang atau menunaikan haji kerana amalan mereka tidak diterima Islam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin ketika dihubungi enggan memberi kenyataan atas alasan belum lagi membaca laporan yang dibuat Utusan Malaysia.

Berikut nama-nama Jemaah Ulama yang bermesyuarat pada 1981.

Datuk Ismail Yusoff

Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan.

Abd. Aziz Abu Bakar

Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

Abul Ghani Awang Chik

Pondok Kubang Bemban,

Pasir Mas.

Mohamad Yusoff

383 Jalan Atas Banggol.Kota Bahru.

Hassan bin Haji Ismail

Maahad Muhammadi,Kota Baru.

Abdullah Abd. Rahman

Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Hasbullah Mohd. Hassan

Imam Besar Masjid Muhammadi.

Hassan Idris

Penolong Pengarah Yayasan

Sekolah Agama Kelantan

(JASA) Lundang, Kota Bahru.

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate