Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Disember 2012

Edisi Santai : Man Khan Adik Shah Rukh Khan Asal Kelantan ???



Man Khan adalah penyanyi yang diundang semasa program dengan Tok Pa pelancaran Kelab TokPa Ahad lepas di Holiday Villa Kota Bharu. Gambar-gambar program anda boleh lihat di FB Twitter dan Instafram Panglima.

Beliau turut ditemui di luar pentas selepas selesai menyampaikan persembahan.

Kelebihan suara yang dimiliki tidak mustahil boleh menaikkan nama beliau yang datang dengan pakej lengkap yang boleh dijadikan idola kepada anak muda di Kelantan.

Kelunakan suara beliau rupanya datang dari tunjuk ajar Mat Glamour - seorang pendikir barat yang popular di Kelantan yang kini tidak segan silu menyanyi lagu menyokong BN UMNO.

Panglima juga sempat berjumpa beliau di luar dewan dan mengambil tips menjaga suara dan mendapat suara yang merdu. Siapa berminat boleh tanya selepas ini.

Lagu yang sedap ini sayang jika tidak diketahui rakyat Kelantan atau Malaysia umumnya. Kerana ini juga antara warisan budaya yang tidak boleh pupus kerana ia aset utama negara kita.

Silakan menghayati lagu Man Khan dan Mat Glamour dan ambil pengajaran daripadanya.


Lagu lain yang popular beliau iaitu Anak Kampung versi Kelate  :


Dan ada lagu nasihat tajuk 'Budok Malah Skoloh' (budak malas sekolah)  : 


yang diubah dari lagu Barakallah Maher Zain.

Selain itu anda juga wajib dengar Lagu Mat Glamour - Sifu Man Khan -  yang semakin popular wajib Anak Kelate dengar belako iaitu Acu Test Sepenggal...




Besar harapan kita Kelantan akan kembali dipegang oleh orang yang juga warak dan tegas dalam bab agama sepeti Tok Pa.

Kelantan berganti diperintah Tok Guru kepada Tok Pa dari Islam kulit kepada Islam sejati yang akan bahagia dua alam samada di dunia mahupun akhirat sana.

Persembahan Mat Glamour secara live di hadapan YAB Perdana Menteri anda boleh lihat bawah ini :






Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate