Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Disember 2012

BERNAMA - ATM Kerah 1,000 Tentera Siap Sedia Bantu Bersihkan Kawasan Banjir

ATM Kerah 1,000 Tentera Siap Sedia Bantu Bersihkan Kawasan Banjir

KOTA BAHARU, 28 Dis (Bernama) -- Kira-kira 1,000 anggota dari tiga batalion Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan bersiap sedia untuk membantu membersihkan kawasan tumpuan awam yang dilanda banjir di Kelantan dan Terengganu selepas keadaan pulih sepenuhnya.

Panglima 8 Briged Infantri Malaysia, Pengkalan Chepa di sini, Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata pihaknya telahpun mengarahkan pegawai pemerintah di kem terlibat untuk mengenal pasti kawasan terbabit untuk memulakan gerakan itu apabila keadaan banjir pulih sepenuhnya.

Beliau memberitahu Bernama di sini Jumaat bahawa jika perlu, gerakan itu akan dijalankan secara bersepadu dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kesihatan.

Katanya anggota tentera terlibat akan membantu membersihkan kawasan tumpuan awam seperti masjid, surau dan balai raya sebagai susulan kepada kerja membantu mangsa banjir di kedua-dua negeri berkenaan sebelum itu.

Turut dikerah dalam gerakan itu kelak ialah anggota yang terlibat dalam 'Ops Merpati' dan 'Ops Wawasan' bagi membantu mangsa banjir di Rantau Panjang dan Tumpat di sempadan Sungai Golok, Kelantan, antara kawasan yang teruk dilanda banjir, katanya.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=918132


Sent from my iPad

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Tuan Minta di pautkan blog hamba mediauruk.blogspot.com...terima kasih atas sokongan tuan....

Cari Blog Ini

Translate