Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 November 2012

Web Rasmi PAS Diserang ? Atau Tidak Diuruskan ?


Sebentar tadi panglima sempat merayau ke laman web rasmi PAS menjenguk laporan Muktamar Pas yang sedang berlangsung namun agak pelik apabila mendapati laman web tersebut tidak berfungsi apabila ingin membuka link.

Sebelum ini pada persepsi panglima, Pas mampu memiliki kemampuan menguruskan IT yang baik dan  uruskan dahulu benda yang mudah ini. Jangan dikejar perkara besar jika perkara kecil pun gagal dilaksanakan.

Kegagalan pentadbiran Kelantan dan kekalutan di negeri lain bawah Pakatan wajar menjadi iktibar kepada rakyat bahawa Pakatan belum mampu lagi untuk memegang kerajaan. Mereka mungkin bagus membuat kritikan namun apabila diberi peluang mentadbir kerajaan mereka inilah juga yang gagal melaksanakan apa yang disebut di dalam ucapan atau ceramah yang mereka lontarkan.

Ini baru satu di antara beribu petunjuk bahawa Pas masih jauh dari layak menerajui Kerajaan Persekutuan. Sifat warak yang dilihat tidak menjamin mampu menguruskan negara mengikut apa yang diharapkan oeh agama. Seperti kisah sahabat Nabi Abu Zal Al Ghifari yang ditolak menjawat jawatan oleh Nabi saw walaupun ia seorang pemuda yang warak, wajar menjadi pedoman kita.

Walau pun kita sedar tugas menjadi pemimpin sukar dilaksana namun mencuba menyempurnakannya adalah wasilah mencapai kejayaan.
 
Kepada pihak IT PAS sila betulkan secepat yang mungkin atau ia akan menjadi bukti kelemahan yang ada yang wajar dinilai semula oleh rakyat jelata.


 
Sent from my iPad

1 ulasan:

eXception berkata...

Dia pakai Cloudflare, kemungkinan masa tu Cloudflare tak berfungsi atau tgh maintenance... Blog aku juga guna Cloudflare... Kdg-2 kena gak mcm tu...

Cari Blog Ini

Translate