Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 November 2012

UMNO Online - 50 Penyokong PAS Kampung Pak Mali Bachok Sertai UMNO

Harap ramai lagi akan keluar Pas sertai UMNO demi masa depan yang cemerlang dan bahagia...



50 Penyokong PAS Kampung Pak Mali Sertai UMNO

BACHOK, 18 Nov — Sekumpulan 50 penyokong PAS di Kampung Pak Mali, Bakong di sini menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Umno di sini malam tadi.

Ketua Umno Bahagian Bachok Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima boring daripada kumpulan terbabit diketuai Syed Zain Syed Hassan, 48, dengan disaksikan lebih 300 penduduk kampung.

"Ini bermakna Umno berjaya menembusi kubu kuat PAS yang sukar dimasuki sejak 20 tahun lepas," kata Awang Adek kepada pemberita selepas menerima borang-borang itu pada majlis bongkar isu semasa di kampung berkenaan.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata tindakan mereka akan membantu Umno dalam usaha menawan Parlimen Bachok dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan berkenaan iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada pilihan raya umum akan datang.

Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata kegagalan PAS membangunkan Kelantan mendorongnya mengambil keputusan meninggalkan parti yang disertainya sejak 20 tahun lepas.

Katanya, usaha akan dibuat untuk menarik kira-kira 60 lagi penyokong dan anggota PAS di kawasan itu untuk menyertai Umno.

http://www.umno-online.my/?p=71950&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate