Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2012

Siaran Media NGO SERANG : Isu Perumahan Anak Muda Di Selangor cc @NajibRazak


20 Nov 2012

Sidang Media

Mengenai Isu Perumahan Anak Muda di Selangor

 

1.
Isu tempat tinggal atau perumahan merupakan keperluan kritikal terutamanya dikalangan Anak Muda di SelangorKenaikan harga rumah menyebabkan Anak Mudadi Selangor khususnya berada dalam dilema malah ianya juga amat membebankankita semua.

 

2.
Isu ini juga melibatkan hampir kesemua demografi Anak Muda di Selangor tanpamengira kaum dan agama. Setiap anak muda yang berada di Selangor sedikitsebanyak terasa dibebani dengan masalah perumahan sehinggakan ianyamenjejaskan kualiti hidup mereka.

 

3.
Masalah perumahan ini juga sebenarnya perlu diberikan keutamaan dan kamiberpendapat bahawa ianya menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untukmenyediakan perumahan mampu milik atau pun kos rendah dan kos sederhana kepada Anak Muda yang memerlukan.

 

4.
Tambah menyedihkanKerajaan Negeri bukan sahaja mengabaikan tanggungjawabini malah tergamak berjanji bulan dan bintang demi meraih kepentingan politiksendiri.

 

5.
Isu perumahan mampu milik ini bukan kali pertama dibangkitkanIanya pernahdibangkitkan sebelum iniMalah Koordinator BN, Dato Sri Ir Mohd Zin sendiri pernahmenyuarakan pendapat beliau berhubung isu ini.

 

6.
Lantaran tekanan yang dihadapiKerajaan Negeri melalui Exco Perumahan,Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkanIKLAN di salah satu akhbar menyatakan jumlah rumah kos rendahrumah kossederhana dan rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan Negeri Selangor sejak2008.

 

7.
Melihat kepada angka-angka yang dikeluarkanKerajaan Negeri sebenarnya cubamengaburi mata rakyat Selangor dan memberikan indikasi bahawa mereka kononnyaselama ini berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik kepada Anak Muda diSelangor.

 

 

 

 

 

8.
Namun begitunampaknya sekali lagi Kerajaan Negeri terperangkap dengantindakan mereka sendiriIni keranadalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggalkelima DUN Selangor pada 26 Mac 2012, Exco yang sama telah menjawab soalandaripada ADUN BN mengenai bilangan rumah dan jenis unit yang dibina sejak 2008hingga kini.

 

9.
Amat mengejutkan kerana statistik jawapan yang diberikan ketika Sidang DUNdengan iklan yang dikeluarkan adalah tidak konsisten dan sangat berbeza samasekaliTambah meragukan lagiada kawasan yang diumumkan mengalamipertambahan mendadakMalah ada juga beberapa kawasan yang menunjukkanpenurunan jumlah rumah yang dibina.

 

10.
Perbezaan yang sangat "significant" ini lah yang menimbulkan tanda tanya kepadarakyat sama ada "fact and figure" ini hanyalah fakta atau rekaan semata.

 

11.
Jadual di bawah menunjukkan contoh perbezaan "fakta" bagi Rumah Kos Rendah(RM42,000 ke bawah) yang telah disiapkan antara jawapan pada sidang DUN daniklan dalam akhbar.

 

Bil

Daerah

Bilangan Unit (Jawapansidang DUN)

26 MAC 2012

Bilangan unit

(Sinar Harian)

30 OKTOBER 2012

1

Gombak

180 (siap dan diduduki)

2,193

2

Hulu Langat

0

1,510

3

Klang

0

0

4

Kuala Langat

0

0

5

Petaling

0

1,696

6

Sepang

0

880

7

Hulu Selangor

107 (siap dan diduduki)

0

8

Kuala Selangor

Tiada Projek

191

9

Sabak Bernam

Tiada Projek

0

 

 

 

 

 

12.
Selain ituperbezaan yang ketara juga ditunjukkan dalam rumah kos rendah yangmasih dalam pembinaan sejak dari tahun 2008 hingga 2012.

 

Bil

Daerah

Bilangan Unit (Jawapansidang DUN)

26 MAC 2012

Bilangan unit

(Sinar Harian)

30 OKTOBER 2012

1

Gombak

694

3,871

2

Hulu Langat

0

923

3

Klang

132

0

4

Kuala Langat

0

0

5

Petaling

0

4,242

6

Sepang

0

0

7

Hulu Selangor

0

0

8

Kuala Selangor

0

3,423

9

Sabak Bernam

0

22

 

13.
Dapat diperhatikan, data pada Daerah Klang menunjukkan bahawa terdapat 132 bilangan unit yang sedang dibina ketika Exco memberikan jawapan dalam sidangDUN namun pada iklan dalam sebuah akhbar, data tersebut adalah 0. Data jugabegitu mencurigakan bagi kawasan seperti Petaling apabila dalam iklan di akhbar,ianya menunjukkan sejumlah 4,242 rumah kos rendah sedang dalam pembinaansedangkan 7 bulan sebelumnyatiada sebarang rumah yang dibina di kawasantersebut.

 

14.
Persoalannyaangka manakah yang harus diterimapakaiDimanakah lokasi sebenarperumahan iniApakah justifikasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dalammenentukan jumlah rumah yang akan dibina di sesuatu kawasan dan siapakahpemaju yang membina rumah tersebut?

 

15.
Adalah mustahil jika mereka berkata bahawa rumah ini masih dalam perancangandan belum dibina kerana mereka juga mengeluarkan data-data bagi rumah kos rendah yang baru diluluskan dan masih belum dibina.

 

Bil

Daerah

Bilangan Unit (Jawapansidang DUN)

26 MAC 2012

Bilangan unit

(SInar Harian)

30 OKTOBER 2012

1

Gombak

778

1,278

2

Hulu Langat

708

1,300

3

Klang

170

5,059

4

Kuala Langat

1,730

176

5

Petaling

550

1,540

6

Sepang

562

280

7

Hulu Selangor

0

0

8

Kuala Selangor

0

357

9

Sabak Bernam

0

0

 

16.
Perbezaan antara bilangan unit yang disebut dalam sidang DUN dengan IKLAN yangdikeluarkan dalam sebuah akhbar begitu ketara sekaliPersoalannyamana satukahyang benarAdakah Kerajaan Negeri sengaja memanipulasikan angka-angka inibagi menunjukkan mereka sebenarnya membuat sesuatu untuk mengatasi masalahini ataupun ianya sebenarnya hanya wayang sahaja?

 

17.
Kami juga ingin bertanya tentang bagaimanakah Kerajaan Negeri membuat prosedurpendaftaran kepada penduduk Selangor jika mereka ingin memiliki rumah kos rendahini? Adakah ianya secara 'first come first serve' ataupun secara undian ataupun perlumelalui proses-proses tertentuBagaimana pula dengan isu kelayakan dankemampuanSehingga kiniberapa ramaikah yang telah memohon dan berapaperatuskah anak muda yang diberikan peluang untuk mendapatkan rumah kosrendah ini dari keseluruhan permohonanjika ada?

 

18.
Dikesempatan ini jugakami ingin mengalu-alukan Anak Muda seluruh Selangor yang berhasrat untuk memiliki rumah kos rendah agar menelefon talian Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) 1300-22-2626, BN Selangor bagi memberikan butiran peribadi agar kita sama-sama dapat membantu menyelesaikan kemelut perumahan di kalangan Anak Muda di Selangor.

 

Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG)

Majlis Belia Negeri Selangor

Pemuda UMNO

Pemuda MCA

Pemuda MIC


 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate