Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 November 2012

Penulis Lirik Awan Nano Budi Hikayat / Hasmi Hashim PKR Biadap Perlekeh Umat Islam Pertahan Nabi Muhammad !!!



1. Penulis lirik ini bernama Hasmi Hashim atau nama pena beliau Budi Hikayat seorang yang pandai menulis lirik lagu sehingga Awan Nano nyanyian Hafiz AF berjaya menjadi juara AJL 26 .


Hasmi di tengah diapit Hafiz dan M.Nasir

2. Selepas Anwar menghalal kalimah Allah kepada Kristian, Nurul Izzah kini penulis lirik dari Angkatan Muda Keadilan Johor pula mencetuskan polemik baru tentang Nabi yang layak disebut sebagai perbuatan yang sangat biadap.







3. Perkataan beliau sangat tidak beradab dan memperlekehkan usaha murni umat Islam mempertahankan Nabi Muhammad saw dari dihina pihak anti Islam.

4. Begitu juga mengatakan Nabi yang sepatutnya mempertahankan umat seolah-olah menghina Nabi Muhammad saw tidak mampu meminta kepada Allah agar umat baginda dipertahankan.

5. Meskipun Hasmi Hashim ini pandai menyusun perkataan menghasilkan lirik, namun kes ini membuktikan beliau tidak pandai menyusun kata-kata agar beradab dengan Nabi Muhammad saw.

6. Kita khuatir ini satu lagi bukti bagaimana Islam Liberal yang tidak berakarumbikan Islam dipegang oleh pemimpin pembangkang sehingga boleh merosakkan Islam secara tidak langsung serta membawa penghinaan kedudukan tinggi Nabi Muhammad saw. Selain Islam ala hipokrit yang tidak menjaga Islam seperti yang dikehendaki oleh agama dan hanya mengikut pertimbangan politik semata-mata. Baca hipokrit PAS ini di sini http://www.mykmu.net/?p=23223

7. Justeru kita mohon Hasmi Hashim memohon maaf secara terbuka, begitu juga YB Nurul Izzah yang masih gagal meminta maaf dan seterusnya menarik balik kenyataan isu murtad bangsa Melayu Islam serta bapa beliau yang masih tegar membenarkan kalimah Allah diguna oleh agama Kristian yang dilarang Majlis Fatwa Kebangsaan.


Lihat senarai blog yang menyiarkan video penulis lirik Awan Nano ini yang pasti membuatkan 'darah iman' anda menyirap menontonnya...


http://lensakini.blogspot.com/2012/11/budi-hikayat-hina-nabi-muhammad-saw.html

http://miazarraannur.blogspot.com/2012/11/penulis-lirik-lagu-awan-nano-hina-nabi.html

http://theflyingkick.blogspot.com/2012/11/penulis-lirik-awan-nano-pulak-sebarkan.html

http://lensakini.blogspot.com/2012/11/budi-hikayat-hina-nabi-muhammad-saw.html


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak. Sdr Hasmi bukan bermaksud menghina sesiapa pun yg mempertahankan Nabi. Apa yg dia pertikaikan adalah sifat hipokrasi org2 tersebut. Dan, bagi saya kenyataan pengarang no 4, itu adalah tidak tepat. Saya tidak merasakan apa yg disampaikan dalam keseluruhan forum tersebut merosakkan akidah. Ia adalah satu perbincangan yg terbuka. Apa yg dikata itu mungkin menyakitkan hati atau sinis atau dilihat sebagai menghina agama dsb, tapi itulah kenyataan.

Cari Blog Ini

Translate