Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 November 2012

Nik Aziz Makin Melampau Batas Bila Halalkan Doa Musnah Sesama Islam dan Dakwa Umno Telah Murtad !!!




Nik Aziz dakwa UMNO murtad

Nik Abdul Aziz Nik Mat bercakap kepada pemberita pada Muktamar Tahunan Pas di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan, Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 18 Nov. - Selepas adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN), Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memberi gambaran bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, UMNO tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar UMNO dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121119/po_01/Nik-Aziz-dakwa-UMNO-murtad#ixzz2Cd73ehCn
© Utusan Melayu (M) Bhd 




PADA PANDANGAN PANGLIMA :

1. KALAU NIK AZIZ SEORANG  NABI DAN PEMIMPIN PAS YANG LAIN SETARAF DENGAN NABI DIA BOLEH DOAKAN KEHANCURAN UMAT KERANA ITU KELEBIHAN DOA SEORANG NABI YANG TIDAK DITOLAK OLEH ALLAH.

2. PAS BUKAN PARTI NABI- NABI DAN SAYUGIA PERBUATAN NABI MUHAMMAD SAW PERLU DITIRU YANG TIDAK PERNAH MEMINTA KEHANCURAN UMATNYA. SEPERTI KISAH DI TAIF DAN PENGISLAMAN SAIDINA UMAR AL KHATTAB.

3. PALING TERUK NIK AZIZ SECARA TIDAK LANGSUNG MENGATAKAN UMNO MURTAD SEKALIGUS MENGULANGI TUDUHAN MENGKAFIRKAN UMNO OLEH HAJI HADI PADA 1981. 

4. INI JELAS PERBUATAN YANG TIDAK PERNAH BAHKAN DILARANG OLEH NABI. SEPERTI DISEBTUKAN DALAM SEBUAH HADIS : BARANGSIAPA MENGKAFIRKAN ORANG LAIN MAKA DIA AKAN KAFIR - PERLU DIRUJUK DALAM PERKARA INI.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Sekiranya saya tidak terbaca statemen dpd Tn Hj Abdullah Sameah yang tidak menyokong perbuatan mendoakan kehancuran sesama Islam, saya ingat orang2 Kelantan sama sahaja.

Maka saya dpd Perak menyeru bangsaku orang2 Melayu Kelantan agar menolak PAS pada PRU13 kerana perbuatan mereka seperti Syiah dan dikhuatiri mereka akan mengikut Syiah sekiranya mereka memegang tampuk Kerajaan.

Siput Merah

Tanpa Nama berkata...

Aku dh tanye beberape tok guru sememangnye x salah doa kn even sesama islam jika kita rase kite dizalimitetapi lbh afdal jika kite maafkn mereka. Dan zalim adalah subjektif yakni terpulang pd individu tersebut. So jika PAS rase mereka dizalimi oleh umno so, pas ade hak utk berdoa sedemikian. So terpulang pada ALLAH utk tentukan, bukan kita. Dn kita yg tau sikit2 maksud ayat quran x yahla nk komen lebih.

Tanpa Nama berkata...

Tp...hal murtad ke tak,apa hak nik aziz nk ckap?biar Allah yg tntukan murtad ke x.bkan nik aziz yg tntukan dosa pahala.tak perlu nk ckap open.dia ahli politik dan ulama.mesti ramai penyokong.dan secara tak lngsung dia ajar penyokong pas brdendam,membenci.and DAP terang terang murtad.pegi brgabung buat apeeeee

Cari Blog Ini

Translate