Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 November 2012

Menteri Pertahanan : Malaysia Sedia Hantar Tentera Pengaman Ke Gaza Jika Diperlukan – Ahmad @Zahid_Hamidi


Panglima mengharapkan Malaysia sekali lagi dapat memberi keamanan kepada rakyat Palestin. Dengan menghantar tentera pengaman konflik di sana diharap dapat dihentikan demi mengelakkan nyawa manusia terkorban. Malaysia boleh melakukannya dengan pengalaman yang sedia ada. 

Semoga Malaysia sebagai pemimpin negara Islam dunia akan diiktiraf oleh Kuasa Besar dan Zionis Israel untuk menjadi pengantara kepada perundingan mewujudkan keamanan. 

Jika sebelum ini Amerika dan pihak Palestin Israel sahaja yang dilibatkan, apa kata Malaysia menjadi pihak keempat bersama-sama mencari jalan penyelesaian demi kebaikan dua belah pihak yang bertelagah. 

Malaysia Sedia Hantar Tentera Pengaman Ke Gaza Jika Diperlukan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 20 Nov -  Malaysia bersedia menghantar tentera pengaman sekiranya terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan keamanan di Gaza, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata setakat ini badan dunia itu tidak membuat sebarang ketetapan untuk menghantar pasukan pengaman di wilayah bergolak itu.
“Hantar atau tidak (tentera) bergantung kepada permintaan daripada badan dunia yang lain.
“Namun, kita telah buktikan bahawa angkatan tentera kita di tahap terkehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil),” katanya  semasa menghadiri Sambutan Hari Inovasi di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglimaketiga-tiga perkhidmatan tentera.
Beliau berkata ketika ini usaha sedang dilakukan ke arah mencapai perjanjiangenjatan senjata antara rejim Israel dan pihak Hamas di Gaza.
“Bagi kita pendirian ketua-ketua kerajaan Asean ialah pihak Israel dan Hamashendaklah menghentikan apa yang dilakukan (serangan bom),” katanya.
Serangan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 15 Nov lepas telah mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan lima kategori anugerah Inovasi iaitu Pengurusan Projek, Pelanggan, Kewangan, Sumber Manusia dan pengurusan Teknologi Maklumat.
Sebanyak 22 projek hasil inovasi dan Kumpulan Kreatif dan Inovatif dipamerkan semasa sambutan itu yang berakhir esok.



Berita ini turut disiarkan di blog beliau di sini

http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/2012/11/20/malaysia-sedia-hantar-tentera-pengaman-ke-gaza-jika-diperlukan-ahmad-zahid/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate