Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2012

Lelaki 24 tahun maut bermain komputer tanpa henti

Moralnya : Jangan mengikut nafsu. Dalam apa jua yang dilakukan.


Lelaki maut bermain komputer tanpa henti

BANGKOK 23 Nov. - Seorang lelaki Thailand dilaporkan maut di hadapan komputernya selepas bermain permainan komputer tanpa henti selama beberapa malam.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk di atas kerusi di biliknya di wilayah Samut Songkhram, barat daya Bangkok, semalam.

Pegawai polis tempatan, Chaichana Boonrod berkata, mangsa dipercayai ketagihan bermain permainan video dan mengalami kesukaran untuk tidur, menyebabkan mangsa bermain dari waktu malam hingga pagi.

Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - AFP

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate