Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 November 2012

Blog JALAN PULANG Dedah Bukti Boikot Barangan Israel Berjaya! McDonalds dan Starbucks Hampir Lengang !!!



Kata orang, jika sudah berselindung di sebalik tabir bersekongkol dengan kejahatan pastinya ia akan dibalas dengan balasan setimpal yang tidak pernah kita duga!

Walaupun diwar-warkan dengan gimik pemberian burger percuma sebanyak 200 ribu biji esok semasa sarapan, ternyata sambutan boikot yang dilakukan secara meluas di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter mula menampakkan kesan positif,


Tinjauan pengguna dan pemerhati ke beberapa buah cawangan rangkaian McDonalds dan Starbucks Coffee di Lembah Klang mendapati kaunter dibuka seperti biasa tetapi jumlah pengunjung terutama orang Islam merosot teruk dengan ketara.

Gambar-gambar yang diambli petang tadi jelas membuktikan bahawa kempen boikot yang dijalankan ekoran serangan ketenteraan tentera rejim Israel laknatullah ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sungguh menggalakkan.

Beberapa pengunjung yang ditemui rata-rata mengetahui kempen boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel dan memberitahu mereka akan meneruskannya jika tiada sebarang penjelasan kukuh diberikan pihak pengurusan rangkaian makanan segera itu ke manakah bayaran francais tahunan yang dibayar untuk terus menggunakan label produk mereka disalurkan.


Tidak cukup dengan itu, pengurusan mereka juga gagal menjelaskan bagaimana hubungan antara francais rangkaian di Malaysia tidak berkait dengan pemilik asal francais di Amerika Syarikat yang diketahui antara penyalur utama kepada pembunuhan rakyat Palestin yang kini sudah mencecah lebih 50 orang sejak serangan tentera rejim dilancarkan lima hari lalu.

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada umat Islam yang memboikot sumber utama Yahudi membunuh saudara seagama kita sendiri dan sebarkan kepada rakan-rakan yang masih belum mengetahuinya.

Teruskan berdoa moga Palestin diberi kekuatan tambahan ke atas usaha kecil kita ini, ameenn. 



Panglima : Setakat ini tekak panglima sememangnya berasa loya dan pelik sejak dahulu lagi apabila makan atau minum di Macdonalds atas permintaan anak yang mahu makan di sana. Itu pun selepas didesak berpuluh kali. 

Prinsip Panglima sejak dahulu makanan segera paling banyak sebulan sekali sahaja untuk dimasuki kami sekeluarga. Dengan kadar lemak tinggi, air berkarbonat serta harga yang mahal maka ia tidak menjamin kesihatan yang baik untuk tubuh badan.

Kita tidak kisah harga yang mahal asalkan memberi kebaikan kepada kita semua namun kita sangat kisah jika harga itu memudaratkan tubuh kita kembali.

 Sebagai pengguna kita berhak sokong atau boikot mana-mana produk yang dirasakan tidak berkhasiat, tidak menjana kebaikan untuk pembesaran anak kecil. Seperti yang ditegaskan Menteri yang jaga KPDNKK siang tadi. Sebagai blogger kita juga bebas menyuarakan pandangan asalkan ia atas fakta yang dipegang bukan hasutan untuk kezaliman.

Namun jangan pula menghukum kafir atau munafiq jika ada orang yang  terpaksa ke Macdonalds kerana melayan kerenah anak kecil yang belum mengerti persoalan perang Gaza.

Sedih hati bila lihat anak kecil yang tidak berdosa dibom oleh Zionis Israel. Sudah tentu ia akan menutup hati kita dari membeli di restoran Macdonalds yang didakwa banyak pihak terbukti sokong Zionis Yahudi.



Usaha memboikot syarikat makanan segera wajar kita lakukan sebagai mengguna kuasa pembeli yang boleh mengubah polisi jika teratur dan tersusun cara kita. Begitu juga kuasa media baru diguna untuk tujuan ini. Sayang benar jika senjata ini kita tidak gunakan...


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate