Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 November 2012

Benarkah Kereta Peronda Polis Bergoncang di Waktu Malam Depan Asrama Pekerja Wanita Indonesia Seperti Tuduhan Dr Hamdan Adnan ?



Benarkah kereta peronda polis bergoncang diwaktu malam depan asrama pekerja wanita Indonesia?

Benarkah Polis tersebut boleh menghilangkan fail kes bunuh dengan harga RM1 juta.

Untuk selanjutnya mari kita baca tulisan Mazidul Akmar Sidek di bawah:

Malam tadi saya bersama kru 666, Razali dan Suhaimi melakukan tinjauan ke Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor. Lokasi, rumah teres dijadikan asrama pekerja kilang wanita, majoriti berasal dari Indonesia.

Saya difahamkan, dahulu kawasan itu meriah di malam hari. Ramai gadis kilang bersidai di beranda rumah sewa, kekadang tanpa memakai coli.

Namun hasil tinjauan setengah jam bermula pada kira-kira jam 11.30 malam tadi, berbeza. 

Kami hanya melihat beberapa gerai menjual minuman suram beroperasi, dipenuhi pelanggan warga Indonesia. Semua rumah sewa kelihatan lengang. Tiada pula gadis Indonesia duduk beramai-ramai di beranda sambil melambai setiap pemandu kenderaan melintasi rumah sewa mereka.

Saya dan rakan ke lokasi itu, selepas terbaca artikel tulisan Dr. Hamdan Adnan, mendakwa beberapa gadis Indonesia dijadikan 'mangsa', pemuas nafsu polis. Penulis sama juga mendakwa, SETIAP MALAM, anggota polis melakukan rondaan membawa gadis warga asing ke kawasan gelap di Kampung Sungei Way, kenderaan dipandu kemudian diberhentikan di kawasan terpencil lagi gelap untuk mereka 'bergembira'.

Tambah penulis lagi, dia mendakwa beberapa kali mengekori kereta peronda polis dari jauh dan melihat kenderaan itu 'bergoncang'. Teringin benar saya untuk merakamkan visual atau gambar itu JIKA benar berlaku.

Dr. Hamdan juga mendakwa, mengikut khabar angin, fail kes bunuh boleh 'dihilangkan' dengan bayaran RM1 juta.

Klik di sini untuk membaca artikel beliau bertajuk 'Police and rape are normal'.

Hemat saya, selain mengemukakan dakwaan sebegitu, lebih bijak andai Dr. Hamdan menampilkan bukti lengkap seperti rakaman video dan gambar pegun untuk menyokong kesemua dakwaan dipaparkan oleh beliau untuk tatapan umum itu.

Tanpa bukti, amat wajar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed meminta beliau memberikan penjelasan lebih terperinci kerana dakwaan ditampilkan serius sekaligus mencemarkan imej polis di kawasan pemantauan ACP Arjunaidi


Sumber

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/11/benarkah-kereta-peronda-polis.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate