Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

11 November 2012

6630 Motorsikal Besar 1Malaysia Datang Putrajaya Bersama Perdana Menteri @NajibRazak



Pagi tadi YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan penutup 1Malaysia Bike Week di Dataran Boulevard hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Superbikers Association Malaysia (SAM) Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik juga bersama dalam majlis  tadi.

Sejumlah 6630 penunggang melebihi jangkaan awal 5000  penunggang motorsikal besar telah bersama YAB Perdana Menteri pagi ini.

Ia merupakan jumlah paling besar konvoi dan paling panjang sehingga mendapat pengiktirafan Malaysia Books Of Record.
Sijil turut disampaikan kepada YAB Perdana Menteri oleh wakil Malaysoa Book of Record.

PM kemudiannya telah mengelilingi Putrajaya bersama 'bikers' diiringi VIP yang lain. Kesungguhan PM menunggang motorsikal besar bersama bikers membuktikan sikap 'sporting' beliau bersama rakyat tidak kira apa jua peringkat.



Dalam ucapan sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedia menimbangkan permintaan untuk mengurangkan harga motorsikal, cukai dan insuran seperti yang diminta oleh penunggang motorsikal yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif SAM Dato' Seri Zahid Hamidi pada awal majlis.

Paling menarik mengikut pemerhatian panglima ialah pelbagai kaum dapat bersama-sama dalam jelajah selama enam hari bermula 6hb November 2012 hingga hari ini.

Majoritinya Melayu dan ini melambangkan kuasa ekonomi rakyat Malaysia hasil Transformasi Ekonomi yang sudah pasti hasil kerja keras pemimpin Barisan Nasional.

Tepat jam 12.40 tengah hari konvoi mengelilingi Putrajaya diketuai YAB PM selamat tiba ke pentas utama kembali untuk makan tengah hari. Anak PM juga turut sama mengikuti konvoi menunggang bersama bapanya.

Acara ini diharapkan akan diteruskan setiap tahun seperti yang disuarakan YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian beliau. 

Sekian live dari Putrajaya. 


Sent from Samsung Galaxy Note

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate