Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Oktober 2012

Suka Atau Tidak : The Red Warriors Menang Berganda Kerana Kepimpinan Tan Sri Annuar Musa dari UMNO Dan Barisan Nasional


Bapa Pembangunan Bola sepak Kelantan

Digelar Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan oleh penyokong The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa bukan sekadar memartabatkan bola sepak Kelantan malahan layak untuk diiktiraf sebagai pelopor pengurusan bola sepak moden negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Sumbangan beliau bukan sekadar menaikkan imej bola sepak Kelantan di peringkat negeri tetapi juga berjaya menggilap bintang-bintang sukan tersebut ke peringkat kebangsaan.

Untuk menjadi juara mungkin bergantung kepada nasib tetapi rekod mengekalkan pencapaian sebagai Juara Piala FA berturut-turut bukanlah satu kebetulan. Gandingan pemain yang berdedikasi serta pengurusan yang cekap pastinya resepi yang merencah kejayaan The Red Warriors.

Antara pencapaian signifikan beliau di dalam menguruskan kumpulan bola sepak adalah :

1) Kejayaannya membawa masuk penajaan syarikat penyiaran swasta bernilai RM120 juta ke dalam FAM telah memicu transformasi pakej tajaan Liga Malaysia apabila merancakkan penyertaan badan korporat ke dalam arena sukan bola sepak tempatan.

2) Beliau terkenal sebagai orang yang memulakan penjenamaan identiti kepada setiap pasukan liga sebagai contoh, Kelantan-Happy, Terengganu-Top IT, Kedah-PKNK, Selangor-MBI, Sarawak-NAIM, Johor FC-Kulim, Lions-StarHub, Pahang-The ZON.

3) Berjaya mengubah sistem ganjaran Liga Malaysia khasnya Liga Super dengan memberikan ganjaran hadiah kemenangan mengikut ranking liga fasa pertama dan fasa kedua berbanding sistem terdahulu yang hanya memberi ganjaran kepada juara, naib juara dan ketiga sahaja. Ini bukan sahaja memberikan penghargaan kepada pasukan yang bertanding, sebaliknya turut bertindak sebagai perangsang kepada pemain untuk menjadikan sai­ngan lebih rancak dengan memburu kedudukan terbaik walaupun sedar hasrat berada di kedudukan tiga teratas sudahpun tertutup.

4) Memangkin kerancakan saingan liga tempatan menggunakan kapasiti berdasarkan porfolio yang dipertanggungjawabkan kepadanya demi perkembangan dan kebai­kan bola sepak negara.



Panglima : apa kata Kerajaan Negeri pula mengambil alih pengurusan bola? Boleh ke tidak mereka mencapai kemenangan besar seperti dilakukan Tan Sri Annuar Musa? Budak kecil pun tahu tidak boleh.


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate