Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 September 2012

UM Dimenangi Pro #AspirasiMahasiswa - Tahniah !!!


Kemenangan milik proaspirasi
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kumpulan proaspirasi diumumkan sebagai pemenang dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (UM) sesi 2012/2013.

Kemenangan itu diperoleh apabila satu daripada dua kerusi yang ditandingi semula pagi ini dimenangi kumpulan proaspirasi.

Naib Canselornya, Tan Sri Dr. Ghauth Jasmon berkata, pengundian semula itu diadakan membabitkan dua fakulti iaitu Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) setelah mencatat undian seri pada hari pengundian MPP Selasa lalu.

"Di Fakulti Pendidikan, kemenangan berpihak kepada calon promahasiswa iaitu Maiyamin Md. Nor apabila meraih undi sebanyak 136 menewaskan saingannya, Malik Syam Mohammed Latif (129).


"Bagi FSKTM pula, Neo Yew Boon yang bertanding atas tiket proaspirasi memenangi kerusi berkenaan setelah mendapat undian sebanyak 112 berbanding calon promahasiswa, Mohd Alif Jamaluddin (73)," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Semasa pengundian pada Selasa lalu, daripada 43 kerusi yang dipertandingkan, kumpulan proaspirasi menguasai 19 kerusi, promahasiswa (20), bebas (dua) dan dua kerusi lagi mencatatkan undian seri.

Calon memperoleh undian sama tersebut ialah Maiyamin dan Malik Syam yang mendapat 163 undi manakala Muhammad Alif dan Yew Boon (93).

Menurut Ghauth, UM memperuntukkan dua kerusi bagi setiap fakulti, akademi dan pusat.

"Baki satu kerusi di Fakulti Pendidikan telah dimenangi Zulaikha Zulkifli manakala Safwan Marwan memperoleh kemenangan di FSKTM," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Penggerak Mahasiswa, Marwan Kahar Baharuddin berkata, kemenangan menjadi milik proaspirasi berikutan dua calon bebas yang menang sebelum ini merupakan perwakilan bersekutu.

"Sehubungan itu, dengan kemenangan pagi ini, kumpulan proaspirasi memperoleh 22 daripada 43 kerusi yang dipertandingkan," katanya.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate